Tajuk: Syurga Dan Neraka Di Alam Kubur

PENDAHULUAN

Buku “syurga dan Neraka di Alam Kubur” ini mencakupi semua liku-liku hakikat hidup yang sentiasa dihayati oleh semua insan pada setiap hari. Malangnya ia tidak pernah menumpukan perhatian kepadanya, hinggalah hakikat itu menimpa dirinya sendiri. Iaitu disaat-saat dimana peringatan tidak akan berguna lagi, barulah ia mahu beringat. Maka hakihatnya tidak ada yang lain melainkan maut dan mati.

Saiyidina Ali radhiallahu-anhi berkata:“Manusia sentiasa dalam lalai, apabila mati baru akan sedar.”

Oleh yang demikan itu, maut itu sudah tidak menjadi peringatan lagi bagi setiap manusia. Semakin hari semakin kurang bilangan orang yang mengingati maut. Hal-hal ynag bakal berlaku sesudah mati juga sudah tidak mendapat tempat dihati manusia lagi. 

Syurga Dan Neraka di alam Kubur

Azab dan nikmat di alam kubur adalah dua perkara yang benar-benar berlaku, yang pasti akan dialami oleh setiap manusia. Setiap manusia yang hidup di muka dunia ini, setelah ia menghembuskan nafasnya yang terakhir akan pasti menempuh kehidupan baru iaitu di alam nikmat atau di dalam azab.

Al-quran al-karim telah menerangkan kepada kita tentang perkara ini di dalam beberapa firmanNya: “kiranya engkau lihat ketika orang-orang yang bersalah itu di dalam sengdara kematian, sedang para Malaikat mengembangkan tangan-tangannaya seraya berkata: Keluakanlah jiwa kamu! Hari ini kamu akan dibalas dengan siksaan kehinaan disebabkan kamu telah mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap Allah s.w.t. , dan kamu menyombongkan diri pula, tidak mahu memandang keterangan—keterangan Allah s.w.t.” ( al-An’am: 93 )

Setiap yang berbuat kebaikan pasti akan dibalas dengan nikmat syurga. Manakala sesiapa yang berbuat jahat mereka ini akan dikelilingi oleh siksaan yang buruk seperti keluarga Fir’aun, mereka telah ditenggelamkan lalu dimasukkan ke dalam neraka serta dibakar. Ini adalah disebabkan kesalahan-kesalahan mereka.

Dalam firmanNya lagi:“Maka Allah telah memelihara mereka dari keburukan amalan mereka, dan keluarga Fir’aun pula telah dikelilingi oleh siksaan buruk. Neraka itu di dedahkan kepada mereka pada masa pagi dan petang, dan nanti di Hari Kiamat diseru: Masukkanlah keluarga Fir’aun ke dalam azab siksaan yang amat pedih.”( Ghafir: 46)

Bagi golongan-golongan orang yang tidak taat kepada perintah Allah s.w.t mereka ini pasti akan merasakan siksa. Siksa yang paling dekat adalah siksaan yang berlaku di dalam kubur sebelum Hari Kebangkitan, dan siksaan yang besar adalah sesudah itu. Tiada siapa yang dapat mendengar siksaan di kubur melainkan binatang sahaja.

Siksa kubur ialah siksa yang berlaku di alam barzakh iaitu alam yang berada s esudah mati dan sebelum dibangkitkan. Setiap manusia yang mati, tidak kiralah samada mayatnya dikuburkan atau pun tidak dia tetap akan merasakan siksa kubur. Seandainya Ia mati kerana dimakan binatang, ataupun dibakar sehingga menjadi abu, lalu abunya diterbangkan ke mana-mana, ataupun ia mati lemas tenggelam di dasar laut sekalipun, roh dan jasadnya tetap akan mengalami siksa kubur. Sama dengan sesiapa yang dikuburkan juga.

Janganlah kita menganggap bahawa api di dalam kubur sama dengan api di dunia ini. Malah api di dalam kubur itu tidak dapat untuk dibayangkan di dunia ini kerana panasnya adalah telampau. Apabila seseorang itu di siksa oleh Allah s.w.t. dengan api namun tiada siapa pun yang dapat merasakanya walaupun tumbuhan sekalipun tidak dapat merasakan kepanasannya. Ini adalah kerana Allah s.w.t. telah menutupinya dengan lapisan bumi dan batu yang terdapat di atas dan di bawahnya, supaya api itu menjadi lebih panas daripada bara api dunia.

Lebih ajaib dari itu adalah apabila dua orang yang dikebumikan sebelah menyebelah, jika sebelahnya adalah lubang dari neraka maka panasnya tidak pula sampai ke sebelah yang mungkin dari syurga. Segala ketenangan dan kenikmatan yang dirasakan oleh rakan yang sebelahnya tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

Itulah kudrat Allah s.w.t. yang mahu mendedahkan segala rahsia ini kepada sesetengah hambaNya dan menyembunyikannya pula kepada sesetengah yang lain. Allah s.w.t. sengaja mahu merahsiakan perkara-perkara ini adalah untuk menguji keimanan setiap hambaNya. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“kalulah tidak kerana kamu sekelian akan dikebumikan, niscaya aku akan berdoa kepada Allah s.w.t. memohon supaya kamu didengarkan tentang azab kubur, sebagaimana aku sendiri mendengarnya.”

Himpitan kubur

Di dalam kubur berlaku himpitan yang akan dirasakan oleh semua manusia. Himpitan bumi berlaku sebaik sahaja sesudah mayat selesai di soal jawab oleh malaikat Mungkar dan Nagkir. Himpitan ini berbeza-beza dengan orang lain kerana ia bergantung kepada amalan yang dilakukannya. Himpitan ini digambarkan seperti dihimpit dengan sesuatu yang keras sehingga bercerai-berailah seluruh tulang-belulangnya

Orang yang taat kepada Allah s.w.t akan dihimpit dengan penuh kasih sayang dan lemah-lembut bagaikan pelukan seorang ibu yang amat kasih kepada anaknya. Manakala orang yang menderhaka kepada Allah s.w.t. pula bumi akan menghimpitnya dengan cara yang keras dan kasar, kerana bumi marah padanya disebabkan ia telah menderhaka kepada Allah s.w.t.

Al-hakim at-Termizi berkata sebabnya ada himpitan itu kerana setiap manusia ada melakukan dosa maka wajarlah mereka dihimpit sebagai balasannya. Sesudah itu ia akan memperoleh rahmat Allah s.w.t.

Menghadapi Maut

Sesungguhnya seseorang hamba yamg mu’min, jika ia menghadapi akhirat dan putus hubungan dengan dunia maka ia akan didatangi oleh malaikat maut. Malaikat maut itu akan menghampirinya dan duduk di kepalanya seraya berkata :“keluarlah kamu wahai jiwa yang tenang kepada pengampunan Allah dan keredahaanNya.”

Kemudian keluarlah jiwa itu mengalir seperti memgalirnya air dari tempatnya. Kemudian turun pula malaikat di tangan masing-masing terdapat kafan dan pacai yang dibawanya dari syurga. Mereka lalu duduk beramai-ramai di sisinya sepanjang mata memandang. Kemudian apabila malaikat maut mengambil roh orang itu, mereka tidak akan membiarkannya dia akan diwafatkan oleh utusan-utusan mereka.

Kemudian keluarlah jiwa orang itu dengan membawa sewangi-wangian bauan dan diarak oleh para malaikat. Roh tersebut dibawa melalui askar-askar yang berada di antara langit dan bumi. Maka askar-askar tersebut bertanya roh siapakah ini. Sekiranya jawapannya adalah sebaik-baik nama dan pujian maka akan dibukakanlah pintu-pintunya dan diiringi oleh sekumpulan Malaikat Muqarrabun pada tiap-tiap langit sehinggalah sampai ke langit ke tujuh.

Kemudian malaikat akan mencatitnya di tempat yang tinggi iaitu illiyin. Illiyin ialah kitab yang dicatitkan dan disaksikan oleh para malaikat yang dekat. Tertulislah didalamnya:“ kembalikanlah ia ke bumi, kerana Aku telah berjanji kepada mereka daripada bumi, dan daripada bumi juga akan Aku keluarkan mereka sekali lagi.” Kemudian dibawalah ia ke bumi serta rohnya pun dikembalikan kepada jasadnya. Ketika itu ia akan didatangi dua orang malaikat yang bersifat keras dan kasar, lalu mengherdiknya dengan kuat dan mendudukkannya sambil menyoal beberapa soalan, seperti di bawah:

Siapa Tuhanmu ?
 Apa agamamu ?
 Apakah katamu terhadap orang yang diutus kepadamu itu ?
 Apa yang engkau tahu tentangnya ?

Firman Allah Ta’ala:“ Allah s.w.t menetapkan (lidah) orang-orang yang beriman dengan perkatan yang tepat di dalam kehidupan dunia dan di akhirat.”( Ibrahim: 27 )

Maka hamba yang mu’min akan mudah menjawab soalan-soalan tesebut.

“Tuhanku Allah s.w.t dan agamaku Islam. Orang yang diutuskan kepadaku dia adalah persuruh Allah dan dia telah membawa keterangan-keterangan daripada Allah s.w.t. Maka aku pun beriman dengannya dan mempercayainya.”

Sabda rasulullah s.a.w:“ Telah benar hambaKu! Pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga, dan tujukkanlah tempanya di dalamnya. Lalu dibentangkanlah baginya ruangan sejauh mata memandang Bergembiralah engkau dengan keredhaan Allah s.w.t. dan syurga Jannatun-Na’im.”

Tetapi apabila seorang hamba yang jahat menghadapi akhirat yang hatinya hanya bergantung kepada dunia dan terputus perhubungan dengan akhirat. Maka malaikat maut yang datang padanya disaat matinya dan duduk di kepalanya seraya berkata:“ Keluarlah dengan mendapat kemarahan dan kemungkaraan Allah s.w.t.”

Lalu turunlah Malaikat yang berwajah hitam membawa besama-samanya berbulu dari Neraka. Apabila Malaikat itu mencabut nyawanya mereka pun beredar dari situ tidak mambawa nyawa itu di dalam tangannya. Dan ketika dikeluarkan nyawa itu ia dalam keadaan hancur dan terputus-putus urat-uratnya, bagaikan daging yang pecah berkecai dicucuk besi yang dibakar di atas api, kemudian diletakkan pula ke atas bulu yang basah.

Kemudian nyawa itu diambil dari malaikat seperti bangkai baunya. Apabila ia dibawa di hadapan peghuni-penghuni antara langit dan bumi mereka bertanya apakah roh yang berbau busuk ini. Dan jawapannya adalah seburuk-buruk nama dan di bawa hingga sampai ke langit tetapi tidak dibukakannya pintu langit.

Para Malaikat berkata:

“kembalikanlah ia ke bumi, kerana (kata Tuhan) Aku telah menjanjikan bahawa Aku telah menjadikannya dari tanah, dan kepada tanah pula ia akan Aku kembalikan, dan daripada tanah akan Aku keluarkan mereka sekali lagi”

Maka ia pun dilemparkan dari atas langit terhempas ke bawah. Baginda lalu berfirman:

“ Barangsiapa yang mnyekutukan Allah s.w.t, maka seolah-olah ia telah terjun dari atas langit, lalu disambar oleh burung atau dihumbankan olehNya tempat yang jauh.”( al-Haj:31)

Kemudian rohnya dibawa pulang dan dikembalikan.dan didatangi dua Malaikat yang mengherdiknya dengan keras dan kasar serta mengejutkannya sambil betanya kepadanya soalan-soalan yang sama. Dan roh tersebut tidak dapat mnjawabnya lalu dikirimkan kepadanya Malikat yang pekak dan bisu yang memegang penokol besi. Mereka akan dipukul dengan penokol besi tersebut. Besi tersebut jika memukul gunung, gunung akan menjadi debu. Lalu orang tersebut dimasukkan ke neraka.
Firma rasulullah s.a.w.:

“sesunggugnya seseorang kamu, apabila meninggal dunia ditunjukkan kepadanya tempatnya setiap pagi dan petang. Kalau ia dari ahli syurga, akan ditunjukkan tempatnya di syurga. Kalau ia dari ahli neraka, kan ditunjukkan juga tempatnya di neraka. Dikatakan kepadanya: inilah tempatmu hinggalah engkau dibangkitkan Allah s.w.t. kelak di HariKiamat.”( riwayat Bukhari dan Muslim).

Terselamat dari gangguan di dalam kubur

Seorang mayat itu apabila diletakkannya di dalam kuburnya setelah ia mendengar hentak kasut orang yang menghantarnya ke kubur, maka datanglah gangguan-gangguan kepadanya.

Orang yang beriman

Bagi orang yang beriman, maka sembahyang akan melindunginya di bahagian kepalanya. Manakalanya puasa akan berada di kanannya dan zakat berada di kirinya. Manakala kebaikan-kebaikan yang lain seperti sedekah, sembahyang, berbuat baik, menolong orang lain akan duduk di bahagian kakinya.

Sekiranya datang gangguan dari arah kepala, maka sembahyang akan melindunginya dengan berkata, tiada jalan masuk disini. Jika datang dari arah kanan, maka puasa pula akan berkata tiada jalan masuk dari sini. Jika datang dari akan kiri, maka zakat akan berkata, tiada jalan masuk juga disini. Kemudian gangguan itu datang dari arah kaki, lalu ia berkata kebajikan-kebajiaknnya dari sedekah, sembahyang, berbuat baik dan menolong orang ramai telah melindunginya daripada gangguan-gangguan itu.

Setelah itu Malaikat akan berkata kepada ia “Duduklah!” maka ia pun duduklah, dan ditunjukkan kepadanya matahari yang hampir terbenam, dan ia ditanya lagi “ Apa katamu terhadap lelaki ini yang telah terdahulu sebelummu, dan apa ynag engkau dapat saksikan terhadapnya.” Lalu ia pun menjawab “Muhammad s.a.w.!” Aku menyaksikan bahawa dia adalalah persuruh Allah s.w.t sesungguhnya dia telah membawa kebenaran daripada Allah s.w.t .” Kemudian Malaikat pun menjawab “atas dasar itulah engkau hidup dan atas dasar itulah engkau akan dibangkitkan Insya Allah.

Kemudian dibukakanlah baginya salah satu daripada pintu syurga serta diberitahu kepadanya bahawa itulah tempatnya seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Setiap orang mukimin pasti akan berasa bahagia ketika itu. Kemudian dibukakan pula salah satu pintu syurga dan diberitahu bahawa itulah tempatnya disyurga dan apa yang disediakan oleh Allah s.w.t untuknya didalamnya.

Kemudian dibukakan pula kepadanya pintu neraka serta diberitahu bahawa inilah tempat jika engkau menderharka kepada Allah s.w.t. Kemudian diluaskan tempatnya didalam kubur seluas 7 hasta dan diterangi sekitarnya oleh cahaya. Ketika itu barulah jasadnya kembali seperti sedia kala dikandung oleh roh sebagaimana ia hidup dahulu didalam suasana yang baik. Iaitu dikelilingi oleh burung-burung di atas pohon syurga.

Orang yang menderhakan kepada Allah s.w.t
Manakala orang kafir pula, apabila didatangi gangguan dari kepalanya tiada apa-apa yang membentenginya. Begitu juga jika gangguan dari kepalanya, kiri dan kanannya, serta kakinya tiada suatu pun yang membentenginya.

Lalu dikatakan kepadanya “Duduklah!” maka ia pun duduk dalam keadaan terperanjat dan takut. Lalu orang yang derhaka ini tidak dapat menjawab soalan-soalan yang akan ditanya itu.

Firman Allah s.w.t:“ Maka sesungguhnya ia mendapat kehidupan yang sempit, dan Kami himpunkannya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.”( Taha: 124 )( Riwayat at-Tabari dab Ibnu Hibban )

Berkata Hani, hambasahaya Saidina Usman bin Affan: Saiyidina Usman sering menangis terisak-isak hingga membasahi janggutnya, setiap kali beliau berdiri di hadapan kubur. Maka beliau pernah ditanya: Mengapa tuan mengingati syurga dan neraka tuan tidak nangis. Akan tetapi, apabila tuan mengingati kubur, tuan menangis terisak-isak.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Kubur adalah tempat yang pertama dari tahap-tahap akhirat. Sekiranya seseorang yang terselamat daripadanya, maka apa yang berlaku sesudah itu adalah lebih mudah dari yang sebelumnya. Sekiranya ia terkandas di situ, mkas yang kemudian dari itu adalah lebih payah lagi.”

Bagaimana menyelamatkan diri dari siksa kubur

Daripada kisah Abdul Rahman bin Samurah, beliau menceritakan tentang kedatangan Rasulullah s.a.w. menjenguknya yang berada di Shuffah serta ucapan yang baginda sampaikan. KataNya baginda lihat lelaki dari umatnya didatangi oleh beberapa dugaan:

- Malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya. Maka datanglah ketaatan lelaki itu terhadap kedua ibu bapanya menolak malaikat maut itu daripadanya.

- Syaitan datang menganggu lelaki tersebut. Maka datanglah zikirnya kepada Allah s.w.t untuk menghapuskan segala syaitan-syaitan yang menggangu itu.

- Malaikat azab datang menggangu umat rasulullah s.a.w., maka datanglah sembahyangnya menyelamatkannya daripada gangguan itu.

- Seorang lelaki tercungap-cungap kehausan, apabila ia menghampiri sebuah telaga ia akan hilang (bayang-bayang). Maka datanglah puasanya dalam bulan Ramadhan lalu memberikannya minum hingga ia merasa puas.

- Para nabi duduk berkelompok-kelompok, setiap kali umatnya datang menghampiri kelompok tersebut ia akan dihalau dan dihalang. Maka datanglah mandi junubnya memimpinnya dan mendudukkanya disebelah rasulullah s.a.w.

- Umat Rasulullah s.a.w dikelilingi kegelapan dari setiap penjurunya. Umatnya berasa bingung didalam kegelapan itu. Tiba-tiba ia telah didatangi oleh amalan haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya daripada kegelapan itu dan memasukaknnya ke dalam cahaya.
- Seorang lelaki umatnya mencari perlindungan daripada bahang api neraka, maka datanglah sedekahnya menjadi dinding antaranya dengan api itu serta menjadi penaungnya.

- Seorang lagi lelaki dikalangan umatnya bercakap-cakap dengan orang mu’min tetapi meraka tidak mahu bercakap denganya, maka datanglah hubungan silaturrahimnya menolongnya menasihati orang mu’min itu.
- Malaikat Zabaniah menggangu seorang umatnya, maka datanglah kepada lelaki itu suruhan berbuat baek dan laranganya dari membuat jahat telah menyelamatkannya dari tangan Malaikat Zabaniah itu serta menyerahkan pula ke tangan Malaikat Rahmat.

- Seorang lelaki umatnya berlutut, dan diantaranya dengan Allah s.w.t terdapat dinding ( halangan ), maka datanglah kebaiakn akhlaknya memimpin tangannya dan membawanya menghadap Allah azzawajalla.

- Seorang lagi umatnya surutan amalannya telah terlepas ke sebelah kirinya, maka datanglah anak-anaknya yang mati semasa kecil untuk memberatkan timbangan kebaikannya.

- Seorang lelaki berdiri di tepi jurang neraka jahanam, maka datanglah sifat harapannya kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya bahaya neraka itu.

- Seorang lelaki telah terjerumus ke dalam neraka, maka datanglah airmatanya hasil dari tangisan kerana takut kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya dari bahaya neraka itu.

- Seorang lagi lelaki umat rasulullah s.a.w berdiri di atas titian Shirath, menggeletar seluruh anggota badannya seperti pelepah kering yang digongcang oleh angina rebut, maka datanglah sangkaannya yang baik terhadap Allah s.w.t untuk meneteramkan ketakutannya, lalu ia pun terus berjlan tanpa takut-takut lagi.

- Seorang umat rasulullah s.a.w kadangkal bertatih, dan kadangkala merangkak, dan kadangkala pula berpaut-paut di atas titian Shirath, maka datanglah selawatnya ke atas diriku, lalu menegakkannya serta menyelamatkannya dari bahaya itu.
- Akhir sekali, rasulullah s.a.w bercerita tentang seorang lagi lelaki dari kalangan umatnya. Dia telah tiba di hadapan pintu syurga, tiba-tiba semua pintu-pintu syurga itu ditutupkan di hadapannya, maka datanglah syahadatnya ( penyaksiannya ) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t, maka dengan serta ia dijemput untuk memasukinya.


Disini terbuktilah segala kebaikan dan segala perintah Allah s.w.t bahawa sesiapa yang mengikut perintahnya maka mereka pasti akan dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Maka gunakanlah ilmu yang ada untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t supaya nanti ketika disaat siksaan dikubur kita dapat menyelamatkan diri daripada sebarang halangan.

Memadailah maut itu sebagai pengingat

Maut itu tidak mengetuk pintu, tidak takut pengawal, tidak menerima tukar-ganti, tidak mengambil penjamin, tidak mengasihani yang kecil dan tidak menghormati yang tua.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Usia umatku antara enam puluh dengan tujuh puluh tahun, dan sedikit sekali yang melewatinya ( lebih dari tujuh puluh tahun ).”( Riwayat Termizi )

Daripada Abu Hurairah radhiallahu-anhu lagi, Rasulullah s.a.w telah bersabda:“Allah s.w.t tidak menerima keuzuran seorang hamba, setelah ia diberi tempoh ke umur enampuluh tahun.”( Riwayat Bukhari )

Apa yang terkandung di dalam shuhuf Musa alaihis-salam semuanya adalah pengajaran.

Rasulullah s.a.w berfirman lagi:“Orang yang tidak melupakan kubur dan kehancuran yang berlaku di dalamnya, ia meninggalkan apa yang tiada diperlukannya matabenda dunia, ia lebih mementingkan yang kekal dari yang binasa, ia tiada menghitung esok dari hari-harinya dan mengira dirinya di dalam golongan orang-orang yang mati.”( Riwayat Ibnu Abid-Dunya )

Setiap umat mu’min perlu mempunyai sifat malu, malu kepada Allah s.w.t.
Maka janganlah hendaknya kamu tidur dengan bersenang-lenang pada malam hari melainkan kamu ingat bahawa ajal akan datang pada bila-bila masa. Maka hendaklah kamu menjaga perut dan apa kandungannya, menjaga kepala dan segala fikiran yang terkandung di dalamnya, hendaklah sentiasa ingat akan mati dan kehancuran yang berlaku sesudah mati serta meninggalkan segala keindahan hidup di dunia.

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Bersegeralah kamu mebuat amalan sebelum tiba fitnah-fitnah, seperti gelombang kegelapan malam, apabila seseorang itu pada waktu pagi beriman, dan pada waktu petang pula kafir. Demikian pula sebaliknya pada waktu petang beriman, dan pada waktu pagi kafir, dia menjual agamanya dengan matabenda dunia.”( Riwayat Muslim )


Kamu hendaklah bersegera beramal sebelum datangnya tujuh perkara ini kepada kamu:

1. kepapaan yang melupakan
2. kekayaan yang mencelakan
3. penyakit yang membinasakan
4. ketuaan yang menyanyukkan
5. mati yang cepat
6. Dajjal ( seburuk-buruk perkara yang ditunggu )
7. hari kiamat yang merupankan hari yang paling dahsyat

Rasulullah s.a.w telah bersabda:“ wahai sekelian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t sebelum kamu mati, dan segerelah beramal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan antara kamu dengan Tuhanmu dengan memperbanyakkan mengingatiNya serta memperbanyakkan sedekah secara rahsia dan terang-terangan, nescaya kamu akan mendapat rezeki, memdapat pertolongan dan memdapat pernyumpurnaan.”( Riwayat Ibnu Majah)

Maka dengan itu Rasulullah s.a.w bersabda untuk menasihati seorang lelaki supaya merebut 5 masa sebelum datang lima masa iaitu:

1. masa muda sebelum masa tua
2. masa sihat sebelum masa sakit
3. masa kaya sebelum masa papa
4. masa lapang sebelum masa sibuk
5. masa hidup sebelum masa mati.

Hakikat Dunia

Allah s.w.t telah melindungi para waliNya dari pengaruh dunia dengan memelihara mereka dan menjauhkan mereka dari segala keinginaan dan syahwatnya. Ini adalah sebagai suatu kemuliann diri dam pembersihan jiwa dari kekotoran serta mengangkat mereka dari lembah kekejian. Mereka telah dimaklumkan bahawa kemewahan hidup di dunia itu adalah fitnah. Ia juga merupakan sebab kezaliman dan kerosakan di muka bumi ini. Dan segala kesenangan di dunia itu adalah tipuan semata-mata.

Orang yang sangat mencintakan dunia adalah dikeji, samalah dengan orang yang selalu mengutamakan dunia daripada akhirat. Kerana sesiapa yang mahukan keindahan dunia dan kesenangan didunia, sudah tentu tiada tempatnya di akhirat kelak. Keindahan didunia itu tiada lain melainkan ujian dan fitnah, dan bukanlah kemuliaan dan kecintaan dari Allah s.w.t. yang bertalu-talu kepada penghuni-penghuni dunia ini bukanlah bermakna mempercepatkan kebaikan bagi mereka, atau untuk mendekatkan diri mereka kepadaNya.

Allah s.w.t telah pun memberitahu kepada kita, bahawa Dia akan memperindahkan kehidupaan didunia itu kepada musuh-musuhNya dan kepada orang-orang ynag terpedaya oleh kesenangannya, sehingga mereka itu tidak akan mendapat bahagian lagi di akhirat kelak. Oleh itu, Allah s.w.t telah melarang Rasulullah s.a.w. untuk menghalakan pendangannya kepada dunia.

Firman Allah s.w.t:“Biarkanlah mereka makan dengan senang-lenang serta dilalaikan oelh cita-cita, dan mereka nanti akan mengetahuiyan.”( al-Hijr: 3 )

Ingatlah, bahawa dunia itu tidak mempunyai nilai dalam pandangan Allah s.w.t. Tidak mempunyai harga. Allah s.w.t tidak pernah pandang kepada duniawi sejak ia diciptakan. Dunia ini pernah ditawarkan kepada junjungan kita Nabi Muhammas s.a.w. dengan segala anak kuncinya serta perbendaharaannya, tetapi baginda telah menolaknya dan tidak sedikit pun tertarik kepadanya. Baginda tidak rela mencintai sesuatu yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Allah s.w.t. dengan sengaja telah menyempitkan dunia dari hamba-hambaNya yang soleh, dan meluaskan kepada musuh-musuhNya supaya mereka terpedaya. Oleh kerana itu, sesiapa yang telah menyangka ia telah dimuliakan dengan kemewahan dunia itu, lalu ia pun lupa apa yang dilalukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda mengikat batu diperutnya kerana telalu lapar.

Al-Hasan berkata:“wahai anak Adam! Janganlah anda mengantungkan harapan anda kepada dunia, sehingga matimu terpikat kepadanya, sebab dunia itu adalah seburuk-buruk tempat untuk anda bergantung. Putuskanlah talianmu dengan dunia, dan tutupkanklah segala pintu-pintunya. Memadailah kepadamu wahai anak adam sekadar yang boleh menyampaikanmu ke tempat tujuan. Insaflah!

Kesimpulan

Seandainya Tuhan Penciptan dunia ini tidak mengkhabarkan sesuatu mengenainya, ataupun tidak membuat perumpamaan-perumpamaan untuk mengingatkan para hambaNya tentang bahaya-bahayanya, nescaya apa yang dilihat dan diketahui mengenainya sudah memadai untuk menyedarkan orang yang lalai, dan mengejutkan orang yang tidur nyenyak. Sesudah Allah s.w.t sendiri mengingatkannya, menasihatinya dan mengancam dan lebih banyak lagi. Akan tetapi adakah manusia akan insaf ??!

Memalui tulisan ini, saya berharap dapat membantu golongan-golongan yang masih tertanya-tanya mengenai alam kubur. Sesungguhnya alam kubur adalah paling pedih siksaannya. Malah duduk diatas kubur juga adalah salah. Ini kerana dalam firman Rasullulah s.a.w:“Wahai orang yang duduk diatas kubur, turunlah dari atas kubur itu. Janganlah engkau mengganggu tuan empunya kubur itu, kerana dia juga tidak mengganggumu.”( Riwayat at-Tabarani )

Ada sebuah surah mengandungi 30 ayat akan memberikan syafaat kepada sesiapa yang membacanya hinggalah diampunkan segala dosanya iaitu surah “surah Tabarak” atau “surah al-Mulk”. Juga sesiapa yang mengamalkan Surah al-Ikhlas dalam masa sakit matinya, mka ia akan terselamat daripada ujian kubur.

Sabda Rasulullah s.a.w:“ Barangsiapa membaca Surah al-Ikhlas pada sakit matinya ia tidak akan diuji di dalam kuburnya dan ia akan selamat daripada himpunananya, dan ia akan dijulang oleh Malaikat di Hari Kiamat dengan tangan mereka sehingga sampai di atas titian Shirath dan melalukannya menuju ke syurga.”


------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com