Tajuk: Rahsia Di Sebalik Doa

PENDAHULUAN

Bilakah manusia mula berdoa?Jawabnya ialah apabila Allah s.w.t mula ciptakan doa. Ketika itu manusia pertama iaitu Adam a.s. dan Hawa hidup dengan penuh kenikmatan tetapi mereka dapat digoda oleh syaitan, lalu keduanya melanggar perintah Allah s.w.t iaitu dengan memakan buah pokok terlarang iaitu buah “Khuldi’. Akibat daripada itu, Adam a.s. disingkirkan dari kenikmatannya. Sehubungan dengan itu, Allah mengajarkan kepada Adam a.s. beberapa kalimat, sebahagian firman Allah s.w.t. Maksudnya: “Kemudian Adam a.s. menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah s.w.t menerima taubatnya”. (Q. S. Al-Baqarah, 37)

Kalimat yang di ajarkan oleh Allah s.w.t kepada Adam a.s. adalah berupa doa taubat sebagaimana firman Allah s.w.t: Maksudnya: Keduanya berkata “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi”. (Q. S. Al-Araf, 23)

Jelaslah bahawa Adam a.s. berdoa dan meminta keampunan daripada Allah s.w.t dan dia tahu kepada siapa d ia minta dan berdoa.

Seterusnya, setelah bilangan manusia menjadi semakin bertambah dan lahirlah generasi-generasi baru dan tersebar ke berbagai tempat, ada sesetengahnya sudah terpesong akhlaknya serta merupakan ajaran Nabinya. Tetapi jika mereka merasa lemah dan memerlukan pertolongan, mereka akan memohon dan berdoa jua akhirnya, kerana dengan berdoa mereka dapat menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Ingatlah bahawa Allah s.w.t maha mendengar. Dengan itu, manusia memerlukan doa disaat dirinya dalam keadaan lemah iaitu dia sendiri tidak dapat mengatasinya. Dia sedar bahawa yang boleh menolongnya hanyalah Allah s.w.t.

Doa Para Nabi

Doa merupakan salah satu senjata yang boleh menyelamatkan kita bagi yang menyakini kekuatanNya Antara orang-orang yang benar-benar menyakini kekuatannya adalah orang yang paling dekat denganNya iaitu Para Nabi. Mereka mengabdikan serta menyerahkan segala urusannya hanya kepada Allah s.w.t. Banyak mukjizat - mukjizat yang diberikan kepada mereka, antara mukjizatnya ialah doa yang diucapkan oleh Para Nabi yang mengandungi pengaduan, keluhan dan permintaan kepada Tuhannya Nabi berdoa untnk kepentingan diri dan umatnya. Al-Quran banyak merakamkan doa Para Nabi untuk dijadikan panduan kepada umatnya.

Antara doa-doa Para Nabi ialah:

• Nabi Nuh berdoa untuk anaknya agar dimasukkan ke dalam golongannya, tetapi Allah s.w.t menegurnya kerana anak-anaknya tidak termasuk dalam golongannya. Nabi Nuh pun memohon maaf atas kesilapannya, akhirnya anak-anak Nabi Nuh binasa bersama-sama orang yang ingkar.

• Nabi Ibrahim berdoa agar api yang dinyalakan oleh Namruz untuk membakar dirinya menjadi sejuk ibarat air dan ia pun selamat. Semua yang menyaksikannya hairan dan erpengun dengan kejadian itu.

Selain daripada doa-doa di atas, terdapat banyak lagi doa-doa yang telah diminta oleh Para Nabi kepada Allah s.w.t.


Berdoa Hanya Kepada Allah s.w.t. Islam mensyariatkan kepada umatnya supaya berdoa dan meminta hanya kepada Allah. w. t, kerana Allah s.w.t Maha dekat kepada hambanya dan lebih dekat daripada urat nadi hamba itu sendiri.

Firman Allah s.w.t:Maksudnya: ”Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepada (manusia) daripada urat lehernya”. (Q. S. Qaaf, 16)

Apabila kita memohon sesuatu kepada Allah s.w.t, kita janganlah cepat bosan dan putus asa kerana Allah s.w.t paling tidak suka kepada orang yang mudah mengaku kalah. Kita juga jangan mudah terpengaruh dengan setengah orang yang menempuh jalan sesat untuk mencapai sesuatu hajat. Contohnya mereka menemui tukang-tukang tilik, kerana mereka menganggap dirinya berdosa kepada Allah s.w.t. Sekiranya perasaan itu ada, ia hendaklah di buang terus dalam diri kita. Tuhan itu tidak zalim dan Tuhan akan sentiasa menerima taubat orang yang berdosa. Kita mesti yakin bahawa kita dekat kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.t sendiri telah menyatakan bahawa Dia dekat kepada hambanya.

WAKTU-WAKTU BERDOA YANG MUSTAJAD

Semua waktu dan masa adalah baik untuk kita berdoa dan memohon hidayah daripada Allah s.w.t. tetapidalam banyak-banyak waktu terdapat waktu-waktu yang lebih baik dan lebih mustajab untuk kita berdoa. Antaranya:

Waktu Malam

Apabila waktu malam menjelma, keadaan beransur sunyi kerana sebahagian aktiviti terhenti. Tetapi ada sesetengah makhluk Allah s.w.t menjadikan malam itu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t kerana diwaktu malam ketika orang lena tidur, Tuhan memperkenankan doa hambanya dan malaikat turun ke langit dunia. Pada waktu malam, terdapat beberapa masa di waktu malam yang paling baik dari yang lain menurut Al-Quran dan Al-Hadis.

i. Waktu larut malam (Jauf Al-Lail) Iaitu waktu apabila sudah lebih separuh malam (mulai 1. 00 malam)
ii. Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
iii. Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
iv. Waktu sahur (dinihari) iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.

Waktu Petang

Banyak hadis yang menyebut bahawa Rasulullah a.s. banyak berdoa dan menyuruh umatnya berdoa di waktu petang.

Hari Jumaat

Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari jumaat. Hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Ianya merupakan saat-saat dikabulkannya doa.

Sabda Rasulullah s.a.w. Ertinya: “Sesungguhnya seutama-utama hari adalah hari Jumaat, maka hendaklah engkau memperbanyakkan selawat kepadaku”. (H. R. Abu Daud)

Untuk menentukan saat yang paling mustajab pada hari jumaat, Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asy’ari, bahawa saat yang paling mustajab pada hari jumaat adalah saat di antara duduknya imam di atas mimbar sehigga selesai solat jumaat.


Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan masa yang baik untuk berdoa kerana bulan ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dari awal hingga akhir. Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Apabila Bulan Ramadhan tiba, maka terbukalah pintu-pintu langit”. (Muttafakun glaihi)

Pintu langit terbuka bermaksud rahmat Allah s.w.t mencurah-curah kepada hambanya yang memanfaatkan bulan ramadhan dengan sepenuhnya. Allah s.w.t memperkenan permohonan hambanya. Dalam bulan ramadhan, terdapat satu malam yang paling mustajab iaitu malam Al-Qadr yang waktunya pada malam ganjil di antara malam 21-29 ramadhan. Tiada seorang pun yang tahu tentang malam ganjil tersebut. Oleh kerana itu, sesiapa yang ingin mendapatkan malam tersebut, mereka mesti bersiap sedia dari awal-awal lagi. Sesiapa yang kebetulan beribadah pada malam tersebut, pahalanya sama dengan beribadah selama seribu bulan.

Malam Nisfu Sya’ban

Malam nisfu sya’ban ialah pada malam 15 hari bulan sya’ban. Pada malam tersebut adalah termasuk salah satu saat perkenan doa, malam tersebut hendaklah diisi dengan banyak berzikir dan ibadah lainnya.

Bulan Rejab

Pada malam pertama bulan rejab merupakan saat mustajab untuk berdoa. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa menghidupkan malam pertama bulan Rejab (dengan zikir, berdoa atau ibadah lainnya), hatinya tidak akan mati di saat hati-hati mati.

Malam Dua Hari Raya

• Hari Raya Aidil Fitri
• Hari Raya Aidil Adha

Waktu-Waktu Yang Berperistiwa

• Selepas mengangkat air sembahyang
• Sewaktu azan berkumandang
• Di antara azan dengan iqamah
• Di saat iqamah sembahyang

TEMPAT-TEMPAT PERKENAN DOA

Berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan bukan di tempat-tempat yang kotor dan yang di pandang makhruh oleh masyarakat atau syarak, seperti di tempat yang mempunyai najis, di dalam tandas dan sejenisnya. Walau di mana sahaja kita berdoa kepada Allah s.w.t insyaallah, Allah s.w.t akan terima doa kita asalkan ia memenuhi syarat-syarat perkenan doa apatah lagi kalau kita berdoa di tempat-tempat yang baik.

Di Tanah Suci Mekah

Mekah adalah tanah suci bagi umat islam dan merupakan negeri yang aman serta di haramkan sebarang pertumpahan darah di dalamnya. Mekah merupakan bumi yang paling di cintai oleh Allah s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah a.s. yang di riwayatkan oleh Ahmad:

Ertinya: “Sesungguhnya engkau (hai Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah s.w.t dan bumi yang paling di cintai oleh Allah s.w.t, dan andainya aku tidak di halau keluar, tidaklah aku keluar”.

Mekah mengandungi banyak tempat perkenan doa.

a) Masjid Al-Haram

Semua kawasan masjid Al-Haram merupakan tempat berkat dan mustajab doa, namun demikian dalam kawasan tersebut terdapat beberapa tempat yang lebih utama, iaitu:

i. Kaabah

Kaabah merupakan rumah ibadah yang pertama kali di bangunkan untuk menyembahkan kepada Allah s.w.t. Barangsiapa yang memasukinya akan merasa tenang, aman dan tenteram. Di sanalah punjak mustajabnya doa.

ii. Di Multazam

Multazam adalah kawasan di antara Pintu Kaabah dan Penjuru Hajar Aswad. Nabi bersabda: “Multazam adalah suatu tempat antara Penjuru dengan Pintu Kaabah, tiada seseorang yang meminta kepada Allah s.w.t di tempat tersebut, melainkan akan dikurniakan.

b) Di Safa dan Marwah

Safa dan Marwah adalah dua buah bukit kecil yang berhampiran dengan Masjid Al-Haram. Jarak antara kedua bukit itu lebih kurang 720 hasta. Di kedua bukit itu doa diperkenankan oleh Allah s.w.t.

c) Di Mas’a

Mas’a adalah tempat antara bukit Safa dan bukit Marwah yang merupakan tempat orang melakukan Sa’i.

d) Di Tapak Kelahiran Rasulullah a.s

Bumi tapak kelahiran Rasulullah a.s. (Maulid Nabi) sebagai salah satu tempat perkenan doa.

e) Di Tiga Buah Masjid

Tiga buah masjid yang Allah s.w.t perkenankan doa ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjai Al-Aqsha di Bait Al-Maqdis.


Tempat-Tempat Mustajab Yang Lain

a. Di kuburan Para Nabi terutamanya Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim
b. Di tempat orang musafir
c. Di tempat orang yang disingkirkan oleh kawannya
d. Di tempat orang yang bangun beribabat di hujung malam

ORANG-ORANG YANG DIPERKENAN DAN DITOLAK DOANYA

Semua manusia di dunia ini berhak meminta saja yang dikehendakinya kepada Allah s.w.t tidak kira orang muslim atau kafir, yang soleh atau jahat. Semua itu, bergantung kepada Allah s.w.t untuk memperkenankan doa hamba-hambanya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Aku perkenankan permohonan orang-orang yang memohon kepadaku”.

1) Orang Soleh

Orang-orang yang sentiasa mengamalkan “amal maa’ruf nahi mungkar” sudah tentu Allah s.w.t akan memakbulkan doanya kerana ianya tidak banyak dosa.

2) Orang Yang Dizalimi

Orang-orang yang dizalimi ataupun yang dianiayai, doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t sama ada orang yang dizalimi itu orang baik ataupun jahat. Air mata orang yang teraniaya akan dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai banjir yang dapat membahayakan dan meruntuhkan keagungan maruah orang menganiayainya.

3) Orang Yang Sedang Melakukan Ibadah Haji

Sabda Rasulullah a.s. : “Orang-orang yang sedang mengerjakan Umrah adalah utusan Allah s.w.t, seandainya mereka memohon, akan diperkenankan dan seandainya dia meminta ampun mereka akan diampunkan”. (H. R. Ibnu Majah)

4) Orang Yang Sedang Berperang Di Jalan Allah s.w.t

5) Orang Yang Sakit

Sabda Rasulullah a.s. : “Tidak tertolak doa orang yang sedang sakit sehingga dia sembuh”. (H. R. Baihaki)

6) Orang Yang Mendoakan Saudaranya

Sesama orang islam hendaklah saling mendoakan saudaranya demi kejayaan sekalipaun tidak diminta, kerana doa yang demikian yang diperkenankan.

7) Orang Yang Berpuasa

Orang yang berpuasa dengan penuh keyakinan dan penuh pengharapan akan diampuni oleh Allah s.w.t. Oleh itu, doanya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah a.s: Ertinya: “Orang yang berpuasa mempunyai doa yang mustajab di kala ia berbuka”.

8) Para Nabi

Para Nabi adalah manusia paling dekat kepada Allah s.w.t dan doa mereka diperkenan oleh Allah s.w.t.

9) Ibubapa

Doa ibubapa adalah yang paling mustajab untuk anaknya dan Allah s.w.t perkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah a.s. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:

Maksudnya: “Doa ibubapa untuk anaknya menembusi hijab”.

10) Orang Yang Sedang Dalam Kesusahan

Doa orang yang sedang dalam kesusahan bukan sahaja mustajab untuk dirinya sendira, tetapi juga mustajab untuk orang lain yang di doakannya (orang yang menolongnya).

Orang-Orang Yang Ditolak Doanya

Allah s.w.t berjanji bahawa setiap permohonan yang dipanjatkan kepadaNya akan diperkenankan dan diberi salah satu dari tiga macam: Segera dipenuhi hajat pemohon berkenaan, dijadikan sebagai penebus dosanya atau disimpan untuk dipetik diakhirat kelak. Di samping, itu ada pemohon yang tidak diperkenan doanya oleh Allah s.w.t dan ditolak doanya kerana:

a. Menggunakan Barang-Barang Haram

Orang yang menggunakan barang-barang haram untuk keperluan hidupnya seperti pakaiannya haram atau makanannya haram, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

b. Ingin Disegerakan

Memohon kepada Allah s.w.t tidak boleh minta disegerakan permohonannya (terburu-buru) seolah-olah Tuhan dipaksa untuk mengikut kehendaknya, doa yang demikian tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah a.s: Ertinya: “Akan diperkenankan doa diantara kamu selama dia tidak terburu-buru (minta disegerakan), dia berkata, aku telah berdoa kepada Tuhanku tapi tidak diperkenankan”. (H. R. Muslim)

c. Tidak Yakin

Memohon sesuatu kepada Allah s.w.t hendaklah mempunyai keyakinan bahawa doa kita akan dimakbulkan dan jangan ragu-ragu. Allah s.w.t tidak akan makbulkan doa orang yang tidak yakin pada diri sendiri.

d. Memohon Perkara Batil

Doa yang diperkenankan oleh Allah s.w.t adalah memohon kebaikan untuk dirinya atau untuk orang lain. Allah s.w.t tidak memperkenankan doa yang bertujuan untuk merugikan pihak lain seperti memutuskan hubungan persaudaraan, menyingkirkan orang lain demi kepentingan dirinya, memutuskan hubungan suami isteri dan perkara-perkara dosa lain

RUMUSAN

Apa yang dapat saya simpulkan daripada buku yang saya kaji iaitu yang bertajuk “Rahsia Di Sebalik Doa” hasil karya Drs. Mohd. Zen Karim ialah kita dapat mengetahui banyak benda yang berkaitan dengan doa seperti maksud doa dan sejarah doa. Selain daripada itu, kita juga dapat mengetahui waktu-waktu berdoa yang mustajab, tempat-tempat perkenan doa, orang-orang yang diperkenan dan ditolak doanya, dan sebagainya. Sebagai umat islam kita hendaklah mengetahui serba sedikit tentang doa kerana doa sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Untuk berbuat apa-apa pun kita mestilah mulakan dengan membaca doa, contohnya dalam menunaikan ibadat solat. Daripada buku ini juga, terdapat banyak doa yang boleh kita jadikan panduan dan pengajaran seperti doa-doa Para Nabi. Doa merupakan kunci bagi manusia untuk memohon sesuatu kepada Allah s.w.t, sekiranya kita betul-betul memohon kepadaNya, insyaallah doa kita akan dimakbulkan. Kesimpulannya, doa sangat penting bagi kita terutamanya bagi umat Nabi Muhammad s.a.w.


------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com