Tajuk: Mengenali Dajjal Dan Yajuj Wa Ma’juj

Pendahuluan

Dajjal berasal daripada perkataan “dajala” yg bermaksud ‘menutup sesuatu’. terdapat banyak pendapat yang berkaitan dengan maksud dajjal ini. Antaranya ialah kerana dajjal adalah pembohing yang menutup kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat kedua kerana dajjal menutup bumi dengan bilangannya yang ramai. pendapat ketiga pula kerana ia menutup manusia dengan kekafiran. Pendapat seterusnya kerana dajjal tersebar dan menutupi seluruh muka bumi. Pendapat terakhir mengenai maksud dajjal ini kerana mereka merupakan bangsa yang menyebarkan perniagaan(agama) ke seluruh dunia.

Yajuj wa ma’juj pula berasal dari perkataan ajja atau ajij. Ajja bermaksud ‘nyala api’
dan ajij pula bermaksud bermaksud ‘berjalan cepat’. Ini keranahebatnya gerakan golongan yajuj wa ma’juj ini. Identiti yajuj wa ma’juj dikatakan berasal dari keturunan Adam berdasarkan hadis Ibnu kathir dan hadis Bukhari dan Muslim. Kitab Ruhul Ma’ani menyifatkan 2 kabilah keturunan Yafith bin Nuh, yang bangsa turki adalah sebahagian daripada mereka. Pada waktu al-quran diturunkan, yajuj wa ma’juj sudah ada tetapi pergerakan mereka dikekang sampai saat tertentu yang selepas itu akan terlepas dan menguasai dunia.

Mengapa Tiada Perkataan Dajjal dalam Al-quran?

Perkataan dajjal tiada dalam Al-quran kerana tiada orang yang suka dipanggil penipu walaupun dia itu adalah penipu. Suatu ketika dulu, orang kristian lebih mementingkan agama dari urusan dunia. Pada akhir zaman, mereka lebih utamakan dunia dan meninggalkan agama. Dalam urusan dunia, mereka lebih maju daripada bangsa lain maka bangsa lain mengikut mereka dengan membuta buli. Oleh itu mereka digelar penpu terulung.

Sebelum kemunculan dajjal’akan munculnya pembohong-pembohong antara penduduk yamamah, penduduk san’ia Al-Absy, pendudk Himyar dan bilangannya seramai 30 orang atau lebih. selepas itu akan muncul golongan islam yang mengajak ke neraka.

Siapakah dajjal?

Ibnu Sayyad

Ibnu Sayyad berasal dari yahudi madinah. Pada suatu hari, seorang wanita yahudi telah melahirkan seorang yang buta matanya sebelah dan taringnya keluar. Rasullah dan Abdullah bin Umar bin Al-Khattab telah keluar dan menemui Ibnu sayyad yang sedang bermain dengan anak-anak. Ibnu Sayyad tidak melayan kehadiran Rasulullah. Rasullah telah bertanya “Apakah kamu bersaksi yang aku adalah utusan Allah?” Ibnu Sayyad telah menanyakan Rasulullah soalan yang sama. Mendengar soalan itu, Rasulullah telah pulang ke rumah dan datang semula pada kali ketiga dan keempat dengan ditemani oleh Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Rasulullah bertanya “Apakah yang telah dilihat olah kamu?” Ibnu Sayyad menjawab “aku telah melihat kebenaran dan kebatilan dan Arasy diatas air. Mendengar jawapan itu, Umar segera menghunus pedang dan ingin membunuh Ibnu Sayyad tetapi dihalang oleh Rasulullah. Ini kerana orang yang akan memebunuh dajjal adalah Isa putera Maryam. Jika Ibnu Sayyad bukan dajjal Umar tidak boleh membunuhnya kerana dia adalah orang daripada ahli Al-Ahdy (orang yag memegang janji)

Pada suatu hari, Ibnu Sayyad telah menemani Abu Said dalam perjalanan dari makkah ke madinah. Dia berasa bosan dengan tuduhan orang terhadap dirinya yang mengatakan dirinya dajjal. Dia berkata, Rasulullah bersabda Dajjal tidak boleh masuk makkah dan madinah tetapi dia boleh. dajjal juga tidak dilahirkan tetapi dia dilahirkan oleh ibunya. Dajjal juga kafir tetapi dia orang Islam.

Dimanakah dajjal sebelum ini?

Hadis Tamim dan Fatimah Binti Qais tentang Al Jassasah dan dajjal, menceritakan Tamim Ad-Dari dan 30 orang sahabatnya telah mengharungi lautan dan dipermainkan ombak selama 1 bulan dan sampai di satu pulau. tiba-tiba satumakhlu yang berambut panjang, tebal dan lebat telah menemui mereka dan memperkenalkan diri sebagai Al-Jassasah. Al-jassasah menyuruh Tamim Ad-Dari dan ahlinya menemui lelaki dalam gua yang kedua mata kakinya sampai kedua lututnya dibelenggu besi. Lelaki itu menanyakan perihal pohon kurma Baithan(antara Amman dan Bayaan). Tamim menjawab yang pohon itu masih lebat buahnya. lelaki itu berkata yang satu hari nanti pohon itu akan kering buahnya lelaki itu juga menanyakan perihal mata air Zughan dan Tasik tabariyyah kerana suatu hari nanti kedua-duanya akan kering. lelaki itu juga menanyakan tentang Rasulullah, adakah orang arab menentangnya?Tamim Ad-Dari menjawab yang dulu memang orang arab menentangnya tetapi kini mereka beriman kepadanya. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Al Masih Dajjal dan bersumpah tidak akan biarkan suatu daratan dari tidak dimasukinya kecuali makkah dan madinah kerana kedu-duanya dilindungi oleh malaikat yang terhunus pedangnya dan bersedia untuk memenggal kepala dajjal.

Hadis Nawwas bin Sam’an Al-Kalabi

Rasulullah pernah bersabda “jika dajjal keluar dan aku masih hidup, cukuplah Rasulullah sebagai lawan tapi jika ketika itu aku sudah tiada, maka hendaklah kita melindungi diri sendiri dan Allah adalah tempat perlindungan. Dajjal adalah pemuda yang berambut sangat buruk dan matanya buta sebelah. Jika bertemu dengannya hendaklah kamu membaca surah Al-Kahfi. Dajjal akan keluar antara Syam dan Iraq, lalu menghentak ke kiri dan kanan. Sahabat bertanya “berapa lamakah ia berada di permukaan bumi?”. Rasulullah menjawab, “ Ia akan berada dibumi selama 40 hari, sehari antaranya bersamaan dengan setahun, sebulan dan seminggu dan hari-hari selepasnya adalah seperti biasa. Dajjal berjalan bagaikan awan yang ditiup angin. Kemudian, ia akan datang pada suatu kaum, lantas kaum itu beriman kepadanya dan ia menurunkan hujan dari langit, mengeluarkan tanam-tanaman dan haiwan ternak pula lebih banyak kandungan susunya. Kemudian ia mendatangi suatu kaum lain, lalu kaum itu menolak ajarannya, lantas kaum itu ditinggalnya, hingga pada pagi esok, kaum itu akan ditimpa kesusahan.

Tanda-tanda pada dajjal dan huraiannya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ialah “dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata kanannya buta. Aku bertanya:siapakah ini? Lalu dijawabnya bahawa dia adalah Masih Al-Dajjal. ”(bukhari 77)

Hadis lain juga meriwayatkan bahawa imam Bukhari dalam hadisnya, “Awas!Dia pecak(buta sebelah)…dan di antara dua matanya tertulis ‘Kafir”. Daripada kedua hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dajjal mempunyai ciri-ciri berikut:

1)bahawa mengenai bentuknya, dajjal digambarkan berbadan kekar.
2)bahawa roman mukanya putih dan mengkilat.
3)bahawa rambut kepalanya pendek dan ikal.

Ketiga-tiga gambaran ini sesuai dengan bentuk orang-orang eropah. ini kerana perempuan eropah pun memotong rambutnya, kulitnya putih dan mengkilat. adapun ciri-ciri lain seperti matanya buta sebelah dan di dahinya tertulis perkataan kafir pula melambangkan rohani bangsa dajjal. Justeru itu, gambaran dajjal buta mata sebelahnya diertikan bahawa dajjal tidak mempunyai peribadi yang elok.

Bahawa dua matanya itu, satu digunakan untuk melihat hal-hal kerohanian dan agama dan satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubung dengan kebendaan dan keduniaan. Buta matakannya bermaksud, bangsa dajjal ini memberi sedikit sahaja perhatian kepada hal-hal agama dan kerohanian berbanding hal-hal berkaitan kebendaan dan keduniaan. kejayaan dajjal dalam keduniaan mengakibatkan bangsa ini buta sebelah. Demikian juga halnya dengan perihal perkataan ‘kafir’ di dahinya dapat dibaca oleh semua orang termaksud yang buta huruf.

Ini kerana, tulisan yang dimaksudkan bukanlah tulisan biasa, melainkan menifestasi perbuatan seseorang. Pernyataan bahawa tulisan itu hanya dapat dibaca oleh orang mukmin sahaja, ini bererti bahawa orang kafir tidak pernah sedar akan kekafiran mereka, sehingga memerlukan mata orang mukmin untuk membaca buruknya kekafiran mereka.

Tanda-tanda kemunculan dajjal dan huraiannya.

1)Dajjal membawa syurga dan neraka?

Dalam suatu hadis meriwayatkan bahawa, syurga yang dibawa dajjal bukanlah syurga di akhirat tetapi bermaksud melimpahnya persediaan bahan makanan, kesenangan dan kemewahan. manakala maksud sebenarnya ialah siapa sahaja mengikut dajjal, dia akan hidup mewah. Begitu juga dengan maksud neraka yang dibawa oleh dajjal ialah kurangnya bahan makanan dan kesenangan hidup. maksud sebenarnya di sini ialah siapa saja yang menentangnya tidak akan mempunyai persediaan bahan makanan. Bandingkanlah kehidupan dua bangsa iaitu bangsa islam dan nasrani. Bangsa islam hidup serba kekurangan, dan bangsa nasrani yang hidup dalam keadaan mewah. inilah yang dimaksudkan dengan syurga dan neraka dajjal.

2)Dajjal dan kenderaannya yang sangat laju.

Ketika Rasulullah ditanya, sejauh mana kelajuan perjalanan dajjal, baginda menjawab, ” Kecepatan dajjal adalah seperti awan yang ditiup angin”. Pada ketika itu, cerita itu nampak seperti dongeng sahaja tapi pada masa kini, kecepatan kapal terbang melebihi kecepatan angin. Kemudian dijelaskan bahawa “Lautan hanya berada dibawah kaki dajjal sahaja”. Hal ini benar-benar terjadi dengan gerakan kapal selam dibawah permukaan laut.

3)Kemampuan dajjal mengeluarkan khazanah Bumi.

Singkatnya, semua kekayaan bumi baik yang berupa mineral atau hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa eropah. Semua kekayaan mengiringi dajjal dan keuntungan bangsa-bangsa eropah semakin bertambah sedangkan bangsa-bangsa lain di dunia hanya dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah untuk memenuhi keperluan industri mereka.

4)Penyokong dajjal hidup senang, musuhnya pula hidup susah.

Cara yang paling mudah untuk menyokong dajjal ialah bersetongkol dan akur kepadanya. Hadis yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut dajjal hidup senang ini berlaku pada orang –orang yang sumpah setia kepada mereka. Sungguh benar bahawa jaminan yang terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang ini ialah memeluk agama kristian. Orang-orang yang tidak mahu mengikut dajjal akan hidup susah dan sengsara. Alangkah benarnya kata-kata Rasulullah, ”sesiapa yang mengikut dajjal akan hidup senang tetapi dia dijadikan kafir”. Sebenarnya system pendidikan kita yang dibawa barat barat bertujuan untuk memesongkan anak-anak dan remaja dari agama dan Allah. Dan apakah yang menjadi daya penarik terhadap pendidikan ini? Tiada lain hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi kembalilah pada persoalan perut dan roti.

5)Dajjal bersama roh orang-orang yang mati.

Dajjal memang amat sibuk dengan urusan dunia tetapi dajjal tidak lupa bisikan jahat yang membisikan kehidupan di luar dunia. Maka, dari itu dajjal memperlihatkan perhatiannya di bidang ini yang disebut ‘spritisme”

6) Wanita mangsa tipu daya dajjal

Dewasa ini bangsa eropahlah yang memebuka segala jenis pintu-pintu maksiat macam godaan berupa godaan berupa pergaulan bebas yang melampaui batasan antara lelaki dan perempuan. Memang sifat pemalu pada perempuan mampu bertahan lama tapi kini mereka telah mengucapkan selamat tinggal kepada budaya timur dan kesopanan islam dan berganti menggunakan kesopanan setengah telanjang ala barat. Mereka bukan sahaja
mengunjungi tempat-tempat hiburan bahkan mereka mula terikut-ikut berkaraoke dan menari.

7)Dajjal dan anak luar nikah.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan bertambahnya anak-anak luar nikah. fenomina ini sudah lazim terjadi di negara-negara barat. Sejumlah besar anak-anak luar nikah ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan taraf mereka. Bahkan, anak-anak yang lahir dalam keadaan perang diberi jolokan ‘anak pahlawan’

8)Menyembuhkan penyakit yang krohik.

“Dia (dajjal) akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra dan menghidupkan orang mati”
(Kanzul ‘Ummal, jilid vii hal. 2080)

Di sini yang dimaksudkan “menghidupkan orang mati” ialah menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, seakan-akan dajjal dapat menghidupkan orang mati.

9)Dajjal berleluasa di dunia.

Sebagaimana yang dijelaskan, dajjal akan bermaharajalela dan berleluasa untuk menjelajahi seluruh dunia:

“Tiada satu tempat di dunia yang tidak diinjak dan dilalui oleh Dajjal”.

Semua pekerjaan ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang. Bukan masalah kecepatan sahaja tetapi bagaimana orang mahu mengikutinya. Semua ini mungkin terjadi jika ia dilakukan oleh satu bangsa. Di satu pihak, kita melihat cepatnya gerakan bangsa-bangsa eropah, jangankan 40 hari, beberapa hari sudah cukup bagi mereka mengelilingi dunia.

Membunuh dajjal sekaligus membunuh yajuj wa ma’juj.

Mereka disebut dajjal kerana kebohongan dan penipuan mereka tentang hal agama, sedangkan mereka disebut yajuj wa ma’juj kerana kekuasaan mereka dalam bidang politik. Alangkah peliknya bahawa sekalipun dajjal mati dibunuh dan nafasnya Al-Masih al-maulud begitun ampuh hingga sesiapa yang terhidu nafas beliau akan mati serta-merta tetapi yajuj wa ma’juj begitu kuat hingga Al-Masih dan pengikutnya terpaksa mengungsi ke bukit. Kesimpulannyayang dimaksudkan membunuh dajjal bukanlah menyembelih seseorang kerana dajjal bukanlah orang tetapi bangsa dan bangsa ini akan kekal sampai kiamat. Ini jelas bahawa kejahatan mereka di bidang agama disebut fitnah dajjal, kerana mereka menyesatkan manusia dengan tipu muslihat mereka, sedangkan yajuj wa ma’juj memperlihatkan kejahatan mereka dari bidang politik. Untuk membasmi kejahatan mereka dalam bidang politik, akan dilakukan menerusi cara lain. Mungkin pembasmian ini dilakukan dengan cara pertempuran sesama mereka sendiri. Dengan kata lain, mereka akan saling bertempuh seperti dalam Perang Dunia Kedua. Atau boleh jadi sebahagian besar bangsa-bangsa itu akan terhindar dari kehancuran kerana mereka memeluk islam, hal ini diisyaratkan oleh satu hadis bahawa akhir zaman “matahari akan terbit di barat”. ini beerti kebenaran akan ternampak di kalangan bangsa-bangsa barat. Jadi, bukanlah omong-omong kosong dalam ru’yah Rasulullah melihat dajjal mengelilingi Kaabah mengisyaratkan bangsa-bangsa eropah akan memeluk islam.

Nabi Isa a.s turun dan membunuh dajjal
1)Seorang lelaki yang menyerupai Nabi Isa
Disebutkan dalam kitab Khorida Al-‘Ajaib wa Faridah Al-Ghoroib halaman 205, karangan Syeikh Sirajuddin Abu Hafsh Umar bin al-Wardiy, termasuk ulama mutaqaddimin dan ahli makrifat, sebagai berikut: “Segolongan ulama berkata : Turunnya Isa yakni keluarnya seorang laki-laki Yang menyerupai Isa dalam keutamaannya, seperti sebutan ‘malaikat’ untuk orang baik dan ‘syaitan’ untuk orang jahat. Hal itu hanya untuk menyerupakan. Bukan beerti orang itu benar-benar malaikat ataupun syaitan”.

Jelasnya kata Isa bin Maryam di dalam hadis-hadis tentang turunnya Isa bin Maryam pada majazi, yakni kata kiasan. Jadi maksudnya orang yang akan turun pada akhir zaman dengan tugas sebagai imam, membunuh babi, dan sebagainya itu bukanlah Nabi Isa bin Maryam yang dulu diutuskan untuk bani Israil yang dah wafat itu, akan tetapi seseorang yang menyerupai pelbagai persamaan dengan Isa bin Maryam.
Tugas dan misi Isa akhir zaman.

1)Menegakkan semula syariat yang ada, bukan membawa syariat baru.
Nabi Isa dahulu diutuskan untuk Bani Israil supaya menegakkan semula syariat yang ada pada masa itu iaitu syariat Nabi Musa, tidak mendirikan syariat sendiri ataupun syariat baru. Tokoh pembaharu akhir zaman atau Isa Akhir Zaman pun datang untuk menegakkan semula syariat yang ada iaitu syariat Nabi Muhammad atau islam, tidak mengubah, mengurangi atau menambah sedikit pun, akan tetapi hanya membersihkan semula dari debu dan kotoran yang ada pada agama suci itu selama ini. Dia tidak mengada-ada, tidak membikin syariat baru, dan wahyu-wahyu yang ia terima dari Allah pun hanya bersifat mubhasysyirat, yakni khabar gembira dan bimbingan-bimbingan atau pengarahan, bukan wahyu tasyri’.

2)Hadir ketika keadaan ummat sangat lemah.
Nabi Isa diutuskan ketika kemerosotan dan kelemahan melanda ummat yahudi pemeluk syariat Nabi Musa a.s. Isa Akhir Zaman juga bangkit ketika keadaan ummatnya ramai seperti buih air, ramai jumlahnya tetapi lemah

3)Berjuang tanpa senjata fizikal.
Nabi Isa dahulu berjuang menegakkan syariat agama dan kerajaan rohani dengan cara jamaaliyah(keindahan) kelemahlembutan(tanpa peperangan)-bukan jalaaliyah (kegagahan, keperkasaan dan perang fizikal) seperti di zaman isa dahulu. Isa Akhir Zaman juga menegakkan agama islam dengan tidak menganakat senjata. Senjata Isa Akhir Zaman ialah hujah dan dalil yang jitu, ajarannya adalah ilmu sejati yang mencerdaskan otak, membuka lebar cakerawala berfikir serta menajamkan firasat.

4)Dituduh murtad, terpesong dan pengacau.
Nabi Isa dahulu dianggap pembohong, terpesong dan murtad oleh kaum yahudi. Bagaimanapun, pihak penguasa tidak menentukan apa-apa kesalahan pada dirinya. Demikian juga halnya pada Isa Akhir Zaman yang dianggap terpesong, dan menyesatkan dianggap keluar dari islam tetapi di setiap sidang pengadilan, dia sentiasa menang kerana memang ia tidak bersalah dan selalu mendapat petunjuk dari Allah.

5)Penjaga terakhir syariat yang dianutnya
Nabi Isa adalah orang terakhir dalam salasilah para penjaga atau pemelihara syariat Nabi Musa a.s.

Isa Akhir Zaman juga merupakan orang terakhir dalam salasilah pemelihara syariat Nabi Muhammad s.a.w. yang terdiri daripada para khalifah beliau. Maka, manakala Isa Akhir Zaman datang tidak lagi mujaddid selepas dia. yang ada hanya para khalifah penerus sampai kiamat.

6) Dibangkit di negeri jajahan pemerintahan terkuat di zamannya
Nabi Isa dahulu dibangkitkan di suatu negeri yang sedang menjadi tanah jajahan terkuat ketika itu iaitu pemerintahan Rom. Isa Akhir Zaman juga akan dilahirkan dan dibangkitkan disuatu negeri yang sedang mengalami jajahan Negara terkuat pada zamannya.

7)Berbalah dengan para ulama di zamannya
Nabi Isa berselisihan dengan kaum yahudi mengenai turunnya Nabi Ilyas(yang telah wafat) itu semula. Para ulama yahudi (bahkan sekarang)percaya yang Nabi Ilyas diangkat ke langit dan akan diturunkan semula. Nabi Isa menjelaskan tiada orang yang badannya diangkat ke langit dan orang yang akan turun menggantikan Nabi Ilyas ketika itu ialah Nabi Yahya yang kaum yahudi dustakan.

Begitu juga halnya dengan Isa Akhir Zaman yang berselisih faham dengan banyak ulama tentang nubuatan Nabi Muhammad tentang turunnya Isa bin Maryam di akhir zaman. Mereka percaya yang Isa bin Maryam diangkat ke langit hidup-hidup dan akan turun semula ke bumi dengan tubuh kasarnya dahulu. Isa Akhir Zaman juga menjelaskan tiada manusia yang diangkat hidup-hidup ke langit dan Nabi Isa dahulu telah pun wafat, dan riwayat mengatakan Nabi Isa akan turun semula hanyalah symbol simbolik yang hakikatnya akan turunnya seoarang pemerintah agung yang bersifat seperti Nabi Isa yang dahulu.

Tindakan drastik Isa Akhir Zaman
1)Menghancurkan salib
Bukan beerti Isa Akhir Zaman akan pergi ke gereja-gereja dan menghancurkan salib-salib yang ada di sana dan di leher orang-orang yahudi ataupun batu nisan di kuburan mereka. Tetapi dia dan sahabat-sahabatnya akan akan menghancurkan akidah salib, iaiatu akidah orang-orang nasrani. mereka membuktikan pada dunia kesalahan-kesalahan orang-orang nasrani itu, iaitu akidah Isa masih hidup di langit, dosa warisan, penebusan dosa, ketuhanan jesus dan sebagainya dengan bukti-bukti yang kukuh dan nyata.

2)Menghapuskan khinzir
Ini pun bukanlah beerti Isa Akhir Zaman akan pergi ke hutan untuk mengejar binatang najis itu. Erti yang sebenarnya ialah Isa Akhir Zaman dan jemaahnya adari ummat Nabi Muhammad berjuang membersihkan “budaya babi”, budaya kotor, jijik, lucah dan tidak tahu malu(sama dengan watak babi) yang datang dari barat. budaya itu akan dibersihkan dengan budaya islam yang suci.

3)Melenyapkan peperangan
Perjuangan Isa Akhir Zaman tidak lagi dengan mengangkat senjata secara fizikal seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya kerana di zamannya tidak lagi menghalang orang islam dari melakukan perintah agamanya. Bahkan pada zamannya, kebebasan agama terjamin oleh undang-undang. Zaman ketika itu adalah di mana Islam hanya tinggal namanya, al-quran hanya tinggal tulisan, masjid-masjid banyak tetapi kosong sahaja dari petunjuk dan ulama menjadi sumber fitnah dan sejahat-jahat manusia di bawah langit(riwayat Baihaqi).

4)Melahirkan pemerintahan yang adil
Maksudnya Isa Akhir Zaman akan mampu memberikan hujah-hujah, fatwa-fatwa dan jalan keluar yang tepat, logik dan hujah yang kuat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh dunia ketika itu.

5)Menjadi Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu
Dinamakan Isa kerana memiliki banyak persamaan dengan Nabi Isa dan dinamakan Imam Mahdi kerana dia diutus untuk menjadi pemimpin(Imam) untuk menyatukan ummat yang telah bercerai-berai ke dalam satu jemaah seperti dizaman Nabi Muhammad s.a.w. Juga disebut Mahdi untuk memberitahu orang-orang yang memusuhinya yang menganggapnya sesat, murtad tidak benar kerana dia dipimpin oleh wahyu seperti mana nabi-nabi dahulu yang dianggap terpesong oleh kaum mereka.

Pemahaman Isa adalah Mahdi dan Mahdi adalah Isa dijelaskan dalam hadis berikut:“Orang yang hidup dari kalangan kamu nanti akan bertemu Isa bin Maryam sebagai imam yang mendapat petunjuk(Imam Mahdi)”. (Riwayat Ahmad)

“Tidak ada Mahdi selain Isa”. (Riwayat Ibnu Majah)

Adapun diceritakan keluar Imam Mahdi dahulu sebelum keluar Isa adalah bermaksud yang orang itu banyak menerima mimpi yang benar, ilham dan khabar-khabar gembira dari Allah dan barulah dia mendapat tugas-tugas dan pangkat seperti Nabi Isa. Seperti Rasulullah sendiri, sebelum menerima tugas kerasulan, beliau terlebih dahulu mendapat sebutan “Al-Amin” baru kemudian “rasul”. Bagaimanapun, Al-Amin dan Rasulullah adalah orang yang sama.

Kesimpulannya…
Pendek kata, tokoh yang akan dibangkit dan dijanjikan oleh Rasulullah akan datang di zaman dajjal disebut Mujaddid A’zhom, pembaharu agung kerana kerosakan ummat pada zamannya adalah lebih besar daripada kerosakan ummat pada ummat sebelumnya.
Yang penting bagi kita ummat islam adalahabila kita tahu atau diberitahu bahawa orang itu telah datang, kita tidak bolah menentang atau mempercayai terus sebaliknya melihat dahulu tanda-tanda yang ada padanya. Kemudian, barulah kita menggabungkan diri ke dalam barisan khalifah Allah.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com