Tajuk: Kiamat Di Ambang Mata

PENDAHULUAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir alam ini dengan bijaksana. seperti yang kita semua sedia maklum, beriman kepada hari hisab dan hari kebangkitan semuanya merupakan rukun iman. Walhal di dalam kitab suci Al-Quran banyak menceritakan tentang kedasyatan hari kebangkitan dimana saat itu semua manusia yang telah meninggal dunia telah dibangkitkan dari kubur. Di saat itu maka terdengarlah tiupan sangkakala yang akan membangunkan semua yang telah terlelap di dalam liang lahad. “Dan apabila bumi diratakan, dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengerti akan akibat perbuatannya”(Al-Insyiqaq:3-5)

Demikianlah gambaran Allah tentang dasyatnya hari kiamat. Di saat itu, bagi manusia yang menerima kitab amalannya dengan tangan kanan, maka ia akan menerima banyak keringanan. bagi orang yang mendapat kitab amalannya melalui belakang punggung, dapat dipastikan orang ini akan masuk Neraka Sa’ir. Buku ini mengenai kiamat kiranya perlu dihadirkan, lebih-lebih pada zaman yang dikuasai oleh pemikiran dan gaya hidup kebendaan. perkara ini yang akan mengarahkan manusia menjadi hamba-hamba yang buta, tak tahu bagaimana ia harus memulai dan di mana ia akan berhenti. Padahal maut pasti dating. Tidak kira kepada orang awam atau terhormat atau pembesar kerana kita semua pasti akan dijemput Tuhan. Pernahkah kita semua terfikir mengapa manusia banyak mengejar fatamorgana kehidupan duniawi?Hakikat maut terus dilupakan sedangkan itu yang akan menumbangkan kehidupannya. Di dalam kubur siang dan malam tiada perbezaanya. Sedang di dunia, harta benda telah dibahagi-bahagikan, ladang dan kebun pun ditinggalkan. Dan kini ia berhijrah dari tanah bumi yang lapang ke lubang kubur yang sempit. Dan tiba-tiba ia akan mendengar suara keras.

“Hai para penghuni kubur, apakah yang membuat tertipu dengan kehidupan dunia?Dimana rumahmu yang mewah itu?dimana baju-bajumu yang licin dan halus itu?”
“Andai kau tahu, wahai saudara……. bahawa tanah yang keras ini akan menjadi tempatmu, tak pernahkah kau fikirkan dari mana kiranya cubaan ini bertentangan. ?”
Kiamat ini adalah sesuatu yang sudah pasti akan terjadi. Maka hendaknya kamu memperhitungkannya dan melihat gejala-gejalanya. sekali lagi wahai saudara…. sesungguhnya itu hakikat yang pasti. Demi Allah, kiamat bukan khayalan dan fatamorgana, kamu akan sampai kepadanya, walau cita-cita kamu masih sempat membumbung. Ketahuilah maut itu bagai air dalam gelas, yang setiap orang akan meminumnya…. .

MAUT DAN KUBUR
Situasi maut dapat diketahui melalui penjelasan hadis yang diungkapkan oleh
Barra’ bin A’zib. Diteranglkan bahawa malaikat akan mendatangi orang yang hendak mati. Bagi orang yang soleh, malaikat rahmat akan datang membawa khabar tentang syurga dan nyawanya akan dicabut dengan lembut dan rohnya akan segera naik ke Mala’ul A’la(tempat tertinggi). Berbeza pula dengan si munafik. Ia akan melihat pelbagai seksa ketika maut menjemput. Bagi hamba yang beriman, maka ketika berada di dalam situasi terputusnya dunia dan hendak mengadap akhirat, malaikat maut mengambil tempat dekat dengan kepala hamba seraya berkata: “wahai jiwa yang baik …keluarlah menuju Allah dan keredaan-Nya”. Malaikat menbawa terus roh baik itu, hingga sampai ke lanngit dunia. seterusnya para malaikat membawa sehingga ke langit ke tujuh. Maka Allah Yang Maha Mulia berfirman: “tuliskanlah untuk hambaKu ini dalam kitab Illiyin(kitab bagi orang-orang soleh)dan kembalikan lagi ke bumi, sebab ia Kuciptakan dari tanah. dan dalamnya ia akan ku keluarkan lagi”. Bagi hamba yng kafir pula, saat kematiannya amat menakutkan. malaikat maut datang dengan wajah yang hitam dan membawa pakaian yang amat kasar. Mereka duduk di tempat yang terjangkau pandangan mata dan berkata “wahai jiwa yang kotor, keluarlah engkau menuju murka Allah”. maka roh itu akan melepas dari jasadnya dengan cara yang kasar. Apabila sampai ke langit yang ke tujuh, Allah berkata :
“Tuliskanlah amal perbuatannya di kilal sijjien, yakni di tingkat bumi yang terendah”. Roh itu akan kembali kepada jasadnya.

AZAB DAN NIKMAT KUBUR
Hal-hal yang tejadi di dalam kubur merupakan satu keghaiban, namun kita harus mengimaninya. Di dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Hafid Abu Ya’la dalam sanadnya yang diterangkan oleh Tamiem bin Aus Abdari ra.

Dikatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Allah Maha Perkasa Lagi Maha Mulia berkata kepada malaikat maut:
“pergilah engkau kepada wali si fulan bin si fulan. Bawa kemari dia! Aku telah mengawasinya dalam keadaaan senang mahupun sengsara. Ku dapati ia sebagaimana kehendak dirinya. Bawa dia ke hadapan-Ku, ia akan Ku senangkan. ”
Malaikat yang diperintahkan akan turun bersama-sama dengan lima ratus malaikat yang lain. Mereka akan membawa kain kafan dan kewangian dari syurga. di saat itu, kain sutera putih dibentangkan, misyq diusap-usapkan pada dagu calon mayat, dan pintu-pintu syurga akan dibuka. perilaku malaikat maut itu kepada si mayat itu sangat lembut melebihi perlakuan seorang ibu kepada anaknya. Allah berfirman:
“Mereka adalah yang diwafatkan oleh malaikat sebagai orang-orang yang baik(soleh). ”
“maka ada pun kalu ia (orang yang mati)itu dari muqarrabin (dekat dengan Allah), Untuknyalah kesenangan, rezeki yang baik dan syurga yang penuh kenikmatan. ”
Ketika malaikat maut mencabut nyawa, roh itu akan berterima kasih kepada jasadnya kerana beribadat kepada Allah dan mejauhi maksiat. Malaikat maut pun akan segera mencabut nyawanya. di saat, proses pengurusan jenazah berjalan dengan cepat dan lancar kerana malaikat yang membantu walaupun manusia tidak dapat melihat. di saat itu, iblis akan berteriak menyesali pasukannya yang gagak menghasut seorang anak adam. Ketika malaikat maut membawa roh naik ke atas, Allah Taala akan berkata kepada malaikat maut: “Pergilah dengan hambaKu ini letakkanlah dia pad ataman yang ditumbuhi pepohonan rending tanpa duri serta pohon-pohon pisang yang teratur rapi:yang dinaungi oleh bentengan air yang mengalir terus tanpa henti”

Setelah hamba itu diletakkan di pusaranya, datanglah solat berada di sebelah kanannya, puasa di sebelah kiri, Al-Quran di kepalanya, ketabahan dan kesabaran di sisi kuburnya. di saat itu azab diutuskan untuk mendatangi tubuh itu. pertama azab akan datang dari sebelah kanan tubuh itu, solat akan membela tubuh itu, azab akan pergi kepada kepala tetapi Al-Quran akan membelanya, begitu lah seterusnya, maka azab akan berlalu tanpa hasil.
Setelah itu, Allah akan mengutuskan malaikat mungkar dan nakir yang tidak menaruh belas kasihan kepada sesiapapun. di tangan masing-masing memegang palu besi dan mereka akan bertanya siapakah Robbmu, apakah agamamu dan siapa Nabimu. Sesungguhnya orang yang soleh itu akan menjawab “Robbku Allah, agamaku islam dan Nabiku Muhammad S.A.W
Munkar dan nakir membenarkannya dan memperluaskan kuburnya sehingga empat puluh hasta bagi setiap penjuru. pintu pintu syurga juga dibuka. ‘waliyullah inilah tempatmu kerana engkau taat kepada Allah. ’

Nabi melanjutkan ceritanya. dikisahkan, Allah mengutuskan kepada malaikat maut:
“perilah kepada musuhKu, si fulan bin fulan, kemudian bawalah ia kepadaKu, akan Aku balas dia. ”
Maka malaikat maut akan pergi kepada orang tersebut dengan wajah yang menyeramkan sambil membawa besi penusuk daging bersama lima ratus malaikat lain yang membawa bara api jahannam serta cambuk dari api. Apabila sampai di tempat yang dituju, malaikat maut memukul besi berduri tajam itu sehingga menancap ke seluruh ahagian tubuh termasuk ke akar rambutnya. Rohnya dicabut dalam keadaaan menyeksakan. Malaikat maut berkata “keluarlah hai roh terkutuk, masuklah ke dalam api neraka yang diliputi oleh hamparan asap hitam yang sangat panas dan tanpa mengenala belas kasihan. ”pada masa yang sama, tentera iblis memberitahu kepada raja iblis bahawa mereka telah mengirimkan seorang anak adam ke neraka. Apabila jasad itu berada di dalam kubur, Allah menyempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuk. kemudian Allah mengirimkan ular sebesar leher unta untuk melumatkan tubuh. setelah tubuh itu hancur akan disempurnakan balik tubuh tersebut. kemudian datanglah malaikat mungkar dan nakir lalu bertanya “siapakat Tuhanmu?apa agamamu?dan siapa Nabimu?. . . . . orang munafik dan kafir itu tidak dapat menjawab soalan tersebut. mungkar dan nakir memperlihatkan syurga kepada musuh Allah itu dan menyatakan tempat ini akan menjadi tempatmu sekiranya engkau taat kepada Allah. Kemudian malaikat mungkar dan nakir menyuruhnya melihat ke bawah terlihatlah oleh musuh Allah itu pintu neraka jahannam yang sedang terbuka. Hadis yang panjang ini memberikan penjelasan kepada kita bahawa kubur adalah tempat terakhir untuk kita sebelum kita menempuh kiamat dan alam akhirat. Walaupun kita kaya dengan harta dunia, namun harta dunia ini dianggap sebagai daki dunia sahaja. Harta dunia tidak boleh membawa kita kemanaBermohonlah kepasa Allah semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.

TIUPAN SANGKAKALA
Rasulullah saw bercerita tentang keadaaan kiamat iaitu keadaan ketika tiupan sangkakala. para sahabat bertanya “ya Rasulullah apakah sangkakala itu?” “sangkakala diperbuat daripad tanduk”jawab Rasulullah”. “Bagaimana bentuknya ?”. tanya para sahabat. “Teramat besar, besar lingkarannya seluas langit dan bumi. dan akan ditiup sebanyak tiga kali. ” Tiupan pertama, tiupan yang amat menakutkan seisi langit dan bumi. Kecuali orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Ketika itu, gunung-gunung bergerak bagaikan awan disapu angin. bumi bergoncang bagaikan kapal dipukul ombak. Firman Allah dalam surah An-Nazi’at ayat 6-8: “(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan)pada hanya tiupan pertama mgengoncangkan alam. Tiupan itu diiring oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut”. Ibu-ibu menyusui kebingungan. Wanita hamil keguguran, anak-anak muda menjadi cepat tua. Manusia bertebaran kesana kemari. Bumi terbelah dua dan langit pecah berserakan laksana logam panas meleleh. Nabi saw bersabda “orang-orang yang mati tidak mengetahui sesuatu tentang kejadian itu. ”di tengah-tegah manusia yang ketakutan, terdapat manusia yang dikehendaki Allah untuk tidak mengalami keadaan seperti itu. Firman-Nya “Maka terkejutlah segala yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. ” (An-Naml:87).

Menurut Abu Hurairah, orang yang dikehendaki itu ialah orang yang syahid dalam perang sabil. mereka dilindungi Allah dari perasaan takut. Setelah Allah menurunkan seksaan yang begitu lama dengam peristiwa yang memilukan itu, kemudian Dia memerintah kepada malaikat israfil untuk meniup sangkakala yang kedua. Semua penghuni langit dan bumi mati kecuali orang yang dikehendaki dan memuji Allah sahaja yang masih tinggal. “siapakah yang masih tinggal?”malaikat maut menjawab, “Ya Allah engkaulah yang tetap tinggal kerana Engkau Maha Hidup dan tidak pernah akan mati. Selain itu yang masih tinggal saat ini adalah malaikat-malaikat pemikul singahsana-Mu, Malaikat jibril dan aku sendiri. ”
“hai Jibril dan Mikail matilah engkau!, ” Kata Allah. Maka ‘Arasy berkata kepada Allah “Ya Allah, Jibril dan Mikail telah mati, ”Mendengar perkataan ‘Arasy itu, Allah selanjutnya berkata, “Diam, aku telah mentakdirkan seluruh makhluk yang berada di bawah ‘Arasy (mahligai) untuk mati. Maka kedua-duanya (Jibril dan Mikail) juga mati. ” Kembali Malaikat Maut mengadap Allah, “Ya Allah, Jibril dan Mikail telah mati, sementara aku malaikat pemikul ‘Arasy masih tinggal. ”Selanjutnya setelah menitahkan kematian buat malaikat pemikul ‘Arasy. Maka malaikat pemikul ‘Arasy pun menglami kematian. Tinggallah malaikat maut yang masih hidup. Allah Yang Maha Perkasa menitahkan supaya malaikat maut juga mati. Demikian, tiada lagi yang tinggal selain Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Tunggal.

Kemudian Allah melipat langit dan bumi seperti melipat kertas kepada tiga bahagian. Kemudian, Ia berbisik sebanyak tiga kali “Milik siapakah kerajaan ini?”. Tidak ada yang menjawab pertanyaan itu kerana hanya Dia yang tinggal pada masa itu. Maka dijawab-Nya bisikan-Nya itu, “milik Allah yang Maha Tunggal Dan Maha Kuasa. ”
Sesaat kemudian, Allah menggantikan langit yang hanncur luluh menjadi bumi yang datar. Dengan sekali suara, Allah membangunkan semua yang telah mati. Dan hujan diturunkan selama empat puluh hari dan air menggenag ke atas mereka sedalam dua belas hasta. Allah memerintahkan jasad-jasad makhluk-Nya yang terbengkalai untuk tumbuh. Jibril dan mikail hidup kembali. Allah lalu memanggil roh semua makhluk-Nya. Taktala itu, ada roh ynag bersinar cemerlang iaitu roh orang muslim. sedang manusia yang lain nampak gelap.
Setelah itu, Allah, menitahkan malaikat israfil meniup sangkakala untuk yang ketiga kalinya. apabila berbunyinya sangkakala itu, roh-roh datang bagaikan lebah.
Allah berfirman: “Demi KeperkasaanKu, serta KeagunganK, hendaklah roh kembali kepada jasadnya masing-masing”.

Manusia berkumpul satu tempat untuk menunggu pengadilan Allah dalam keadaan telanjang dan tanpa alas kaki selama tujuh puluh tahun. Sebab itulah kerana menunggu terlalu lama, mereka menangis tanpa henti sehingga air mata mereka berubah menjadi darah yang akhirnya menengelamkan hingga ke dagu mereka. Dalam kedaan bimbang itu, mereka meratap dan bertanyakan siapakah yang dapat memberi syafaat kepada mereka di depan pengadilan Allah. Lalu mereka akan mendatangi Adam kerana Adam dianggap sebagai bapa mereka. tetapi Adam menolak kerana dia bukan yang memberi syafaat. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain secara berturutan. Akhirnya mereka mendatangi Nabi Muhammad saw. Setelah mendengar permohonan itu, lalu Nabi bertolak ke fahash (letak kaki atau tiang-tiang ‘Arasy, ”. Di sana, malikat diutuskan oleh Allah untuk menjemput Nabi Muhammad saw. Setelah itu, Nabi kembali bersama manusia yang lain. Pada saat itu, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit. Dan tidak lama kemudian turunlah penghuni langit terdiri dari jin dan manusia disertai dengan menyalanya bumi oleh gemerlapnya cahaya. Sesaat kemudian, Allah Aljabbar Yang Maha Suci turun dalam naungan awan diiringi oleh lapan malaikat yang membawa ‘Arasy. Kaki-kaki malaikat berada di antara bumi yang paling bawah sampai ke langit, sedangkan ‘Arasy berada di bahu-bahu mereka. Tiada henti-hentinya malaikat bertasbih. Allah meletakkan singgahsana-Nya dimana sahaja yang dikehendaki dan berkata kepada makhlukNya, “Hai sekalian jin dan manusia, aku telah mendengarkan Perkataan-Ku semua kamu lakukan. Sesungguh semua perbuatan dan amalmu tertulis dalam buku amal masing-masing. akan dibacakan kepadamu. Barang siapa yang mendapat nilai baik di dalam buku itu, dia hendaklah memuji Allah SWT jika sebaliknya dia harus mencela diri sendiri. Allah membeza-bezakan manusia dan memerintahkan mereka supaya mengambil buku amal masing-masing. Ada dia antara umat manusia yang berlutut kerana ketakutan.

Kemudian Allah memberi keputusan kepada hamba-hambaNya. pertama-tama kepada binatang-binatang. kepada mereka Allah jadikan debu. Disaat itu, orang kafir menyatakan adalah lebih baik jika mereka dapat menjadi debu. dan rasa menyesalan keluar dari mulut mereka. Untuk kesempatan pertama, dipanggillah para syuhada yang gugur di jalan Allah. Mereka bersama kepala orang yang membunuhnya sebagai saksi. Tidak ada seorang hamba pun terlepas dari pengadilan Allah.
“Hendaklah kamu mengikuti ilah-ilah yang kamu sembah masing-masing. ”ketika itu, ada malaikat yang menyerupai Uzair, kemudian diikuti oleh kaum yahudi. Demikian juga yang menyerupai Nabi Isa, dan kemudian diikuti oleh kaum Nasrani. Hal itu disebabkan di dunia mereka menyembahnya dan menjadikan mereka sebagai ilah. Dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 99:”andai kata berhala-berhala itu ilah, tentulah mereka tidak masuk neraka. dan semuanya akan kekal di dalamnya. ”

Tinggallah orang-orang mukmin. Di antara mereka terdapat juga orang-orang munafik. Kepada orang yang munafik, Allah menempatkan mereka pada suatu tempat. Di tempat itu, Allah berkata kepada orang-orang munafik itu. :
“Hai manusia orang-oarang telah pergi, maka kejarlah mereka bersama ilahmu”. Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak mempunyai ilah selain Allah. Kami tidak menyembah selain kepada-Nya”. ketika itu nampaklah kaki Allah yang menunjukkan Kebesaran dan KeagunganNya. Mereka bersetuju dan kemudian orang munafik itu jatuh kerana dosanya. Allah menjadikan tulang-tulang rusuk mereka seperti tanduk sapi, serta disuruh Nya mengangkat kepala mereka.
Di atas api neraka, Allah membentangkan titian shirat seperti belahan rambut seperti mata pedang, hingga membuatkan seseorang tergelincir bila melewati dia atasnya. Ada yang berjalan secepat kilat, ada yang terputus di tengah jalan dan ada juga yang selamat sampai tetapi muka mereka menjadi cacat. Ketika ahli syurga menuju ke pintu syurga, mereka bertanya siapakah yang akan memberi syafaat kepada umatku yang masuk ke dalam neraka membantu kami di hadapan Allah sehingga ia memasukkan kami kedalamnya?
setelah itu, mereka mendatangi Adam untuk memberi syafaat, tetapi Adam menolaknya. begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain seterusnya. Atas perintah Nabi Isa akhirnya mereka mendatangi Nabi Muhammad saw. “Kujadikan engkau sebagai pemberi syafaat. Izinkan mereka masuk syurga. ”

Rasulullah bersabda “Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, di dunia kamu tidak lebih tahu tentang isteri-isteri dan rumah-rumahmu daripada ahli syurga terhadap isteri-isteri dan rumah-rumah mereka”
hati laki-laki itu laksana cermin bagi wanita, demikian juga sebaliknya. Keduanya tidak menunjukkan kebonsanan bagi pasangannya selama-lamanya. Setiap kali mendatangi si isteri ia berkata kepada si suami:
“ Demi Allah di syurga ini tiada yang lebih bagus selain dirimu. Dan tiada yang aku cintai selain engkau. ”
lalu suami itu berkata: “Bila ada seseorang yang masuk ke dalam neraka, tidak lain kerana di celakakan oleh perbuatan mereka sendiri. ”
Selanjutnya Nabi meminta keizinan Allah untuk memberi syafaat. Allah berfirman:
“wahai Muhammad keluarkanlah orang-orang yang didalam hatinya terdapat iman meskipun seberat dinar”. Dan dengan titah Allah itu, keluarlah mereka melalui perantaraan Nabi Muhammad saw.

“Keluarkan juga orangg-orang yang didalam hatinya terdapat iman sebesar dua pertiga dinar, kemudian sepertiga dinar, satu kirat dan sebesar biji intat. ” Keadaan itu membuatkan iblis rasa iri hati, namun ianya sudah terlambat.
Allah swt lalu berseru: “sekarang tinggal Aku, dan Aku Maha Penyayang. ”DikelurkanNya manusia yang tidak terhitung banyaknya. lalu ditebarkan di sebuah kali yang bernama kali hayawan (kali kehidupan mereka tumbuh bagaikanbenih biji tumbuhan pada genangan air kali yang banjir. tubuh mereka teruus tumbuh seperti zar (semut kecil atau serangga-serangga kecil), Di leher mereka tertulis jahannamiyan (penghuni jahanam). para penghuni syurga akan mengenali mereka menandakan mereka tidak pernah berbuat baik

SURAH AT-TAKWIR

“Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedilikan) dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh), dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya dengan dosa apakah dia dibunuh, dan apabila catatan-catatan(amal perbuatan manusia) dibuka dan apabila langit dilenyapkan, dan apabila Neraka Jahim dinyalakan, dan apabila syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyising, sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia(Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arasy, yang ditaati di sana (di alam malaikat)lagi dipercaya. Dan temanmu (Muhammad)itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat jibril di ufuk yang terang. dan dia (Muhammad)bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk maka kemanakah kamu akan pergi?Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (iaitu) bagi siapa diantara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki(menempuh jalan itu)kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam”(At-Takwir:1-29)

Tafsir Surah At-Takwir

1. Bila matahari digulung(dilipat-lipat)

Yang dimaksudkan dengan kejadian itu, barangkali matahari pada saat itu padam dan terlepas dari garis edarnya (falak)Ibnu Jarir menerangkan perkataaan takwir beerti menggulung sesuatu barang. Matahari-matahari serta bintang-bintang yang besar jumlahnya itu, digulung seluruhnya oleh Allah Ynag Maha Perkasa pada hari kiamat. Ibnu Abbas menerangkan setelah semua itu digulung, Allah akan mendatangkan angin besar yang meniupkan api.

2. Dan Apabila bintang-bintang berjatuhan.

Pada hari kiamat, bintang-bintang yang biasa beredar pada paksinya akan jatuh berguguran ke bumi. gravitinya menjadi lemah menyebabkan ia akan bertembung antara satu sama lain. menurut Kalbi, langit pada saat itu akan menurunkan hujan bintang kea rah bumi, dan tidak ada satu pun yang tertinggal. Berdasarkan keterangan Ibnu Abbas,
Adh-Dhahak menerangkan ayat tersebut. menurut beliau, binttang-bintang itu adalah lampu-lampu yang bergantungan antara langit dan bumi. yang dipegang oleh malaikat yang tercipta dari cahaya juga. Maka apabila ditiup alcala untuk pertama kali, matilah semua penghuni dan langit, tidak terkecuali malaikat yang memegang gantungan bintang itu.

3. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan.

Ayat ini memberi erti bahawa apabila hari kiamat nanti, gunung-gunung yang terpatri akan tercabut dari bumi dan akan terbang di udara bagaikan awan ditiup angin. penjelasan ini memberi peringatan kepada umat manusia supaya mereka mempersiapkan diri menghadapi hari yang besar itu.

4. Dan apabila unta-unta yang bunting itu ditinggalkan (tidak dipedulikan)

Pada masa itu, unta betina yang sedang bunting merupakan harta yang sangat berharga bagi masyarakat bangsa arab. Tapi begitu telah datangnya hari akhirat unta-unta itu ditinggalkan walaupun amat berharga.

5. Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan

Pada hari kiamt nanti, binatang-binatang akan dikumpulkan bersama manusia di padang mahsyar. Binatang- binatang tersebut dikumpulkan dan mendapatkan qishas. Lalu kepada mereka dikatakan oleh Allah, “jadilah abu, ”maka, mereka mati dan lebur menjadi abu.

6. Dan apabila lautan itu dijadikan meluap.

Lautan akan meluap dan menyeliputi permukaan bumi serta berubah menjadi lautan api pada hari kiamat kerana dalam perut lautan sebenarnya mengandungi magma(sumber api) yang menyala-nyala, sedangkan air lautan akhirnya menguap. Menurut Riwayat, lautan merupakan penutup neraka jahannam. Meskipun belum diketahui sumbernya, menurut hadis dikatakan bahawa laut adalah api di dalam api. Ayat Al-Quran yang berbunyi ‘apabila lautan dijadikan meluap’itu merupakan mukjizat dari Al-Quran.

7. bila jiwa-jiwa(roh-roh) itu dipertemukan

Peristiwa ini merupakan awal kebangkitan dan kembalinya manusia kepada Allah swt untuk dihisab serta menuju kepada penghidupan yang abadi. Kata “Zuwwijat” mengandungi pengertian sebagai kembalinya roh-roh kepada jasad.
Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa ketika itu, manusia dikelompokkan menjadi tiga golongan iaitu: Assabiqun, ialah golongan yang merintis keimanan. Ashabul Yamin, iaitu golongan kanan. Ashabus-Syimal, ialah golongan kiri. roh orang mukmin dikumpulkan dengan Nurul ‘Ain (bidadari). sedangkan roh-roh orang kafir dan orang munafik dikumpulkan bersama-sama syaitan.

8. Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh.

Ayat ini menerangkan perlakuan kejam yang dilakukan oleh orang jahiliah terhadap anak-anak perempuan mereka. iaitu membunuh anak-anak perempuan mereka. Pendek kata anak-anak perempuan yang dibunuh oleh ayah mereka akan menjadi saksi dalam perbuatan ayah mereka itu.

9. Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia)dibuka

Semasa hidupnya setiap amalan manusia akan dicatat di dalam buku catatan. Pada saat hari hisab di padang mahsyar itu, setiap manusia akan melihat catatan amalnya. Dan manusia akan hairan dengan setiap amalan mereka kerana setiap amalan kecil pun dicatat walaupun sebesar biji sawi. Di saat itu tiada satu pun pembelaan terhadap kesalahan-kesalahan manusia dan tiada lagi kepura-puraan.

10. Dan apabila langit dilenyapkan.

Imam Qurthubi menafsirkan, langit akan dicabut dari tempatnya seperti penutup dibuka dari sesuatu tersebut.

11. Apabila Neraka Jahim dinyalakan.

Dinyalakan Neraka Jahim serta di dekatkannya Sturga merupakan langkah terakhir pada hari kiamatsebagai persiapan manusia, yakni kelompok penghuni ahli neraka dan penghuni syurga. Kata “su’irat” dalam ayat tersebut mengandungi erti dinyalakan atau dihidupkan sehingga api berkobar-kobar dan panas membara, apalagi bila bahan bakarnya ditambahkan dengan orang-orang kafir.

12. Dan apabila Syurga didekatkan.

Dengan ayat ini maka, kedua belas peristiwa hari kiamat telah dipaparkan. Menurut Hasan, syurga itu tetap berada di tempatnya tetapi manusia yang mencari untuk mendapatkannya.

13. Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan terbenam.

Dalam ayat ini menunjukkan Allah bersumpah dengan bintang-bintang. Dengan bersumpah menyebut bintang-bintang yang beredar dan terbenam, menunjukkan Kemahakuasaan Allah dalam pengaturan terhadap ciptaanNya.

14. Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya.

Maksudnya adalah apabila memulai waktu malam dan ketika malam akan berlalu yakni menjelang fajar.

15. Dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyising.

Ertinya kehidupan makhluk hidup mulai berlangsung dengan kesegaran dan semangat yang baru kerana waktu siang telah datang.

16. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia(Jibril)

Dalam ayat ini Allah swt menekankan bahawa setiap yang disampaikan oleh Rasulullah tentang khabar hari kiamat dan peristiwa yang menyertainya bukanlah satu ramalan ataupun imaginasi semata-mata, melainkan perkataan yang benar dari Allah swt sebagai firman-Nya dan disampaikan melalui perantaraan malaikat jibril.

17. Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.

Ayat ini membantah tuduhan orang-orang Quraish yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah gila kerana menyampaikan khabar mengenai kiamat dan semua peristiwa yang terjadi saat itu.

18. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.

Menurut ayat ini, ketika Nabi melihat Jibril dalam rupanya yang asli du ufuk varle yang tinggi, dia memiliki tujuh ratus buah sayap.

19. Dan dia(Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.

Nabi Muhammad bukanlah seorang yang suka memalsukan Al-Quran. Beliau sentiasa menyampaikan kebenaran berdasarkan wahyu Allah yang diterima.

20. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk.

Dengan ayat ini, Allah membantah tuduhan orang-orang yang menyatakan bahawa khabar yang disampaikan oleh Nabi merupakan perkataan syaitan.

21. Maka ke manakah kamu akan pergi?

Ayat ini merupakan pertanyaan kepada oranmg-orang kafir. sebab setelah Allah menerangkan bahawa Al-Quran itu benar-benar datng dari Allah, yang didalamnya berisi petunjuk bagi manusia menuju pada jalan kebenaran orang-orang kafir itu tetep saja ingkar.

22. Al-Quran itu tiada lainnya hanyalah peringatan bagi semesta alam.

Allah menurunkan ayat ini untuk menegaskan kepada manusia tentang hakikat Al-Quran. Al-Quran ini diturunkan sebagai peringatan agar manusia berzikir dan mengaungkan asma-Nya serta mengikutu jalan yang lurus dan benar.

23. (Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.

Sebagai peringatan, maka Al-Quran diturunkan bagi orang-orang yang mahu mendapatkan hidayah dan petunjuk Allah.

24. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki(menempuh jalan itu0kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.

Imam Qurthubi, seorang ahli tafsir yang terkenal memberikan penyataan mengenai ayat ini. Menurut beliau, tiada seorangpun yang beramal baik kecuali kerana Allah swt memberikan taufik kepadanya.

SURAH AL-INFITHAR

“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila kubur-kuburan dibongkar;maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka)Terhadap Tuhanmu Ynag Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian mu dan menjadikan (susun tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendak Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada(malaikat-malaikat yang mengawasi(pekerjaanmu), yang mulia(di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-perkejaan itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka dan mereka masuk kedalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu/Sekali lagi tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?(iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam Kekuasaan Allah.(Al-Infithar 1-19)

Sebagaimana yang telah dikemukakan pada pembahasan sebelumnya, berdasarkan hadis dari Abdullah Bin Umar ra, Rasulullah saw bersabda: “barangsiapa yang ingin melihat hari kiamat, dengan mata kepala sendiri, hendaklah membaca:
-Idza syasyamasu kuwirat (surah At-Takwir)
-Idza Ssamaun fatarat (sirah infithar)
-Idza Ssamaun Syaqqat (surah Insyiqaq)”

Tafsir Surah Al-Infithar

1. Apabila langit terbelah.

Bila langit terbelah atas perintah Allah swt, pada hari kiamat nanti, berubahlah tatanannya serta bintang-bintang rosak semuanya.

2. Dan Apabila kuburan-kuburan dibongkar (ayat 4)

Pada saat itu, semua kuburan akan dibongkar untuk mengeluarkan manusia yang dimakamkan disitu. dan kemudian mereka akan disempurnakan dan dihidupkan lagi untuk menerima hisabdi hadapan Allah swt.

3. Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakan dan yang dilalaikannya(ayat5)

Ayat 5 surah Infithar ini juga seolah-olah merupakan larangan Allah bagi manusia untuk berbuat maksiat sebab akan mendatangkan azab di akhirat kelak.

4. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah (ayat6)

Dalam ayat ini, Allah mencela dan menegur manusia yang terpedaya oleh syaitan hingga terpedaya dan menyimpang dari kebaikan.

5. Yang telah menciptakan kamu, lalu memyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu)simbang (ayat 7).

Dalam ayat ini, menerangkan Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna. kemudian, Allah menyempurnakan manusia dengan struktur tubuhnya, baik pendengarannya, penglihatannya, dan sebagainya. Selepas itu, Allah menjadikan tubuh manusia seimbang dan serasi seperti dua mata, dua telinga, dua tangan dan dua kaki. Antara satu bahagian dan bahagian lainnya masing-masing tidak Nampak lebih panjang ataupun lebih pendek.

6. Dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu (ayat 8)

Allah menciptakan manusia mengikut kehendak dan kebijaksanaanNya. Dalam kehendakNya itu, ia menciptakan laki-laki dan perempuan, mulia dan keji, tinggi mahupun pendek, serupa mahupun berbeza. Namun demikian, manusia tetap merupakan makhluknya yang paling baik, sehingga tidak sama dengan haiwan ataupun lain-lain.

7. Namun, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan (ayat 9)

Ayat inimenceritakan tentang adanya hari’ kemudian dengan segala peristiwanya, serta keterangan mengenai bukti siftanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang bagi manusia. Maka ayat berikut akan memaparkan tentang keras kepalanya manusia memungkiri hari pembalasan itu.

8. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu). Maka mereka mengetahui apa yang kamu lakukan (ayat 10, 11 dan 12).

Amal perbuatan manusia semua dicatat oleh malaikat-malaikat pencatat amal yang mulia di sisi Allah swt. Tidak ada satu pun perbuatan yang terlepas dari catatannya.

9. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka masuk kedalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka sekali-kali tidak dapat keluar dari neraka itu. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?(iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu adalah kekuasaan Allah. (ayat 13 sampai 19)

Ayat-ayat tersebut menerangkan tempat kembalinya orang-orang yang berbakti kepadanya serta orang-orang yang derhaka selepas mengikuti penilaian amal dengan adil. Penilaian itu didasarkan catatan amal yang telah dilakukan oleh kiraman katiban (malaikat pencatat amal yang mulia). Syurga Naim diperuntukkan bagi golongan Al-Abrar iaitu orang-orang yang patuh dan berbakti kerana iman, sedangkan Neraka Jahim merupakan tempat kembali bagi golongan Al-Fujjar yang bererti terkeji atau kejahatan.

“Apabila langit terbelah dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya langit itu patuh dan apabila bumi diratakan dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. Dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu, manusia akan mengetahui akibat perbuatannya). Hai manusia sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu maka pasti kamu akan menemui-Nya. Adapaun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka dia akan diperisa dengan pemeriksaan yang mudah dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang maka dia akan berteriak “celakalah aku” dan dia akan masuk kedalam api neraka yang menyala-nyala. sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian) yang benar sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja dan denganmalam dan apa yang diselubunginya dan dengan bulan apabila jadi purnama sesungguhnya kamu melalui tongkat demi tongkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman?Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka mereka tidak bersujud bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya). Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka). Maka beri khabar gembiralah mereka dengan azab yang pedih. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya. ”(Al-Insyiqaq:1-25)

1. Dan apabila bumi diratakan (ayat 3)

Pada saat itu, bumi diratakan oleh Allah. Ertinya semua isi bumi tercabut dari akarnya, sehingga tidak ada lagi lekukan atau tonjolan seperti yang terlihat selama ini. Gunung-gunung berhamburan bagaikan kapas ditiup angin, terlihat samar-samar bagaikan fatamorgana.

2. Dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya (bumi) menjadi kosong (ayat 4).

Pada saat bumi diratakan maka ia akan mrngeluarkan seluruh manusia yang telah berada di dalam kubur. Semua isi bumi dikosongkan. tidak ada stu pun yang tersisa di perutnya. Wanita-wanita yang sedang hamil melahirkan bayinya meski belum saatnya lahir, kerana goncangan bumi sangat keras. Suasana pada saat itu sangat menakutkan.

3. Dan ia patuh (tunduk)kepada Robbnya, dan sudah semestinya ia patuh (ayat 5).

Ayat ini menceritakan bahawa bumi pun tunduk dan patuh kepada Allah.

4. Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguhmenuju Robbmu, maka pasti akan kamu menemuiNya.

Dengan kesempurnaan manusia, manusia menjadi makhluk yang paling mengenal Tuhannya dan juga lebih taat daripada bumi dan seluruh isinya. Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa perkataan “kaditun” dalam ayat ini mengandungi makna bersungguh-sungguh bekerja untuk dirinya sendiri, meliputi pekerjaaan yang baik mahupun yang keji sambil menunggu batas akhir kehidupannya menuju Tuhannya.

5. Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya) (ayat 13 dan 14)

Pertama, Orang seperti itu memang patut masuk neraka sair, sebab masih hidup di dunia, mereka bersenang-senang bersama-sama keluarga dan kaumnya tanpa mahu melakukan ibadat kepada Nya. Kedua ketika di dunia mereka hanya berhuru-hara sahaja, tidak mahu peduli perintah Allah. Dikatakan penjara bagi orang mukmin kerana gerak merka dibatasim dengan larangan yang tidak boleh dilakukan, sebaliknya banyak kewajipan yang harus dipenuhinya.

6. (Bukan demikian) yang benar, Sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya (ayat 15)

Dalam ayat ini, Allah menegaskan bahawa semua perbuatan manusia dapat dilihat dan diketahuiNya. Itulah sebabnya kelak, mereka akan dibalas dengan balasan yang setimpal dan dengan perhitungan yang adil.

7. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, dan dengan bulan apabila jadi purnama, sesungguhnya kamu melalui tongkat demi tingkat (dalam kehidupan) (ayat 16 hingga 19)

Ayat yang menceritakan tentang sumpah Allah dengan cahaya merah apabila senja dan dengan malam serta yang diselimutinya itu mengandungi erti bahawa ia bersumpah dengan seluruh malam itu. bahkan dengan seluruh makhlukNya. Sebab kata “wasaqa” dala ayat itu beerti mengumpulkan atau membawanya. Jadi pada malam hari, ia mengumpulkan binatang-binatang dan manusia kembali ke tempatnya masing-masing. setelah Allah bersumpah dengan makhlukNya, Manusia akan diciptakan tingkatan demi tingkatan.

8. Mengapa mereka tidak mahu beriman? (ayat 20).

Pertanyaan yang diajukan oleh Allah didalam ayat ini merupakan titik balik dari keterangan-keterangan ayat sebelumnya yang berisi tentang Kebesaran dan KekuasaanNya. Sungguh sangat keterlaluan dan menghairankan, bahawa orang-orang kafir itu tetap saja tidak mahu beriman kepadaNya.

9. Dan apabila Al-Quaran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu bersujud (ayat 21)

Ayat ini menerangkan tentang orang-orang kafir tidak mahu bersujud dan tunduk kepada Al-Quran sebagai pembawa kebenaran yang disampaikan melalui Rasulullah saw.

10. Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya) (ayat 22)

Sikap orang kafir yang keras kepala dan bongkak mendustakan Al-Quran disebabkan kerana ras dengki dan iri hati pada Rasulullah saw. Sebab kehadiran beliau di tengah-tengah umatnya saat itu, dikhuwatiri dapat mengancam kepimpinan dan pengaruh kekuasaan mereka.

11. Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka (ayat 23)

Allah swt mengetahui segala sesuatu tidak terkecuali yang tersirat dalam hati manusia, seluruh isi alam semesta bahkan semua maksud dan motif manusia yang belum terucapkan sekali pun dapat diketahui oleh Allah

12. Maka berilah khabar kepada mereka dengan azab (siksa)yang pedih (ayat 24)

Sebagai balasan bagi mereka yang mendustakan dan tidak mahu tunduk kepada Al-Quran, maka Allah akan mendatangkan azab (siksa) yang keras dan menyakitkan.

13. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka pahala yang tidak terputus-putus (ayat 25)

Ayat ini merupakan janji Allah swt bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dianugerahi-Nya pahala yang tidak terputus-putus untuk selama-lamanya bagi seseorang yang telah mengikrarkan tekad : ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya” serta mengamalkan segala kebaikan dengan sikap yang istiqamah. Janji Allah adalah pasti, Maka ayat terakhir dari surah Al-Insyiqaq yang sedang kita bicarakan ini merupakan motivasi bagi seseoramg hamba yang tekun beribadah.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah semoga Dia member taufik dan hidayah kepada kita agar sentiasa taat dan takut kepada-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. sesungguhnya kiamat itu pasti berlaku walaupun kita tidak mengetahui bila ianya akan berlaku.

Jadikan setiap kisah yang kita dengar pada zaman Rasullullah sebagai teladen kita agak ia dapat membimbing kita menjadi umat Rasulullah iaitu umat akhir zaman yang bersyukur. Dan semoga kita mendapat syafaat daripada Rasulullah dan selamat sampai sepanjang melalui titian sirat. Dan kita berdoa semoga kita semua selamat sampai ke syurga.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com