Tajuk: Muqaddimah Sembahyang Berjemaah

PENDAHULUAN

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar al-Qawariri r. a ia berkata:Aku sama sekali belum pernah lalai dari sembahyang Isyak berjemaah. Hanya di suatu malam aku kedatangan tamu, sehingga aku terlambatsembahyang isyak berjemaah. Setelah tamu pulang aku pergi ke beberapa masjid di Koto Basrah dan kudapati semua orang sudah sembahyang dan semua pintu masjid sudah tertutup.

‘Akhinya aku kembali ke rumah dan aku ingat sebuah hadis yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah lebih utama dari sembahyang bersendirian, dan berpahala 27 kali ganda. Maka aku pun sembahyang Isyak 27 kali.

Bila nabi dan para sahabat sering mesti disangga kerana sakit agar tidak tertinggal meninggal sembahyang berjemaah. Kita justeru rela menghabiskan wktu berjam –jam di depan tv untuk menyaksika aneka hiburan, pertandingan atau hal lainnya. Kita enggan sembahyang berjemaah. Pada hal banyak manfaat yang dapat diperoleh ari ibadah yang menyita waktu hanya beberapa minit itu. Selain melatih disiplin dan memperkukuh kebersamaan, sembahyang berjemaah juga boleh menjadi warnig untuk melaksanakan ketaatan – ketaatan lainnya. Dan kalau orang moden sering mengeluhkan kehampaan spiritual mka lazimlah sembahyang berjemaah. Seorang Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih la
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam
FALSAFAH SOLAT BERJEMAAH

Sembahyang itu ada yang disebut bermakna dalam dirinya sendiri, keran ia merupakan tujuan pada dirinya sendiri, khususnya sembahyang sebagai peristiwa mengadap Allah dan berkomunikasi dengan Dia, sama ada melalui bacaan ataupun melalui tingkah laku. Dan sembahyng ada disebut bermakna peralatan, kerana ia dapat dipandang sebagai alat untuk mencapai sesuatu diluar dirinya sendiri.

Jika seseorang dengan penuh kesungguhan dan keinsafan menghayti kehadiran Tuhan dalam hidup sehariannya maka tentu dapat diharap bahawa keinsafan itu akan mempunyai kesan pada tingkah laku dan pekertinya, yang tidak lain daripada kesan kebaikan. Meskipun pengalaman akan kehadiran Tuhan itu merupakan kebahagiaan tersendiri yang tidak terlukis dalam kata-kata, namun tidak kurang pentingnya ialah wujud keluarnya dalam tindakan sehari-hari berupa perilaku berbudi pekerti luhur.

Sembahyang dalah ibadat yang paling agung, dan suatu kewajipan yang ditetapkan atas setiap orang muslim. Dan Allah menegakkannya, sesuatu beerti menjalaninya sahaja. Kesan sembahyang dan hasil tujuannya ialah sesuatu yang diberitakan Allah kepada kita dengan firmanNya, “Sesungguhnya sembahyang mencegah dari kotor dan keji”, dan firmanNya lagi, “Sesungguhnya manusia diciptakan gelisah :jika keburukan menimpanya, ia banyak keluh kesah dan jika kebaikan menimpanya, ia banyak mencegah dari sedekah. Keculi mereka yang sembahyang.

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH

Sebahagian besar umat islam di berbagai daerah tidak begitu memerhatikan sembahyang berjemaah, bahkan hingga para juru dakwahnya. Disini dikemukakan keistimewaan-keistimewaan solat berjemaah

Keistimewaan yang pertama ialah Mematuhi perintah Allah. Dengan bersembahyang berjemaah beerti seseorang mematuhi salah satu perintah Allah yang dibebankn kepada umat manusia yang beriman. Dalam hal ini Allah menegaskan :

“Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama-sama orang-orang yang rukuk”(Surah al- baqarah:43)

Sedang dalam mazhab Syafi’i, sembahyang berjemaah adalah fardu kifayah yang mesti didirikan dalam sebuah perkampungan.

Keistimewaan yang kedua ialah Sebagai saksi keimanan. Sembahyang berjemaah adalah alat utama lagi penting untuk memakmurkan masjid- masjid. Jika bukan kerana solat berjemaah, tentu masjid- masjid menjadi lengang dan sepi. Allah bersaksi bahawa memakmurkan masjid hanyalah dengan iman dan bahawasanya mereka adalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah, hingga berada dalam kebenaran.

Keistimewaan yang ketiga ialah mendapat takziah. Bagi mereka yang melakukan sembahyang secara berjemaah, akan mendapat takziah dan anugerah besar dari Allah. Kerana sembahyang jemaah merupakan bahagian dari sebab yang mengantarkn umat manusia mengingat Allah dan bertasbih kepadaNya di masjid-masjid. Allah memuji mereka dan memberi jolokan sebagai rijal(orang-orang yang gentleman). Mereka adalah mereka yang tidak lalai melaksanakan sembahyang hany kerana perniagaan mahupun kegiatan lain.

Seterusnya Mematuhi perintah rasul. Dengan melaksanakan sembahyang berjemaah beerti telah mematuhi perintah Rasulullah dan mengikuti sunnah baginda sama ada percakapan atau perbuatan. Rasulullh memerintahkan kepada umatnya supaya segera melaksanakan sembahyang berjemaah. alam hal ini Rasulullah menegaskan : ‘Sesiapa mendengar azan lalu mendatanginya, maka tidak ada sembahyang yang sempurna baginya kecuali dia mempunyai uzur. ”

Selain itu kita juga boleh meraih keselamatan. Mengikuti sunah Rasul dalam sembahyang berjemaah dan ibadah-ibadah yang lain adalah bahagian dari sebab turunnya petunjuk Allah kecintaan kepadaNya, ampunan atas dosa dan keselamatan yang terlanjur dilakukan, serta keselamatan dari neraka hingga kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Dalam hal ini rasulullah menegaskan:

“Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang tidak mahu. Sesiapa mentaati aku maka dia akan masuk syurga. Dan sesiapa menderhakai aku, beerti dia tidak bersedia masuk syurga. ”

Keistimewaan yang keenam ialah Mengagungkan syiar islam. Dengan sembahyang berjemaah beerti menampakkan dan mengagungkan salah satu di antara syiar islam, bahkan termasuk syiar yang paling agung. Perihal orang yang mengagungkan syiar islam Allah telah menegaskan dalam Al-Quran:
“Demikianlah perintah Allah. Dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu adalan timbul dari ketakwaan hati. ”

Seterusnya, melebihi sembahyang bersendirian. Sembahyang berjemaah keistimewaannya melebihi sembahyang bersendirian. Dua puluh tujuh kali ganda, bila dibanding dengan darjat sembahyang bersendirian. Ada pula yang menyebutkan dua puluh lima kali ganda. Dalam hal ini Rsulullah menegaskan:
“Sembahyang berjemaah lebih utama dua puluh lima darjat daripada sembahyang bersendirian. ”Dalam riwayat tersebut ada disebutkan: “Lebih utama dua puluh tujuh darjat. ”

Selain dari itu solat berjemaah lebih mulia di sisi Allah. Sembahyang berjemaah
Sekalipun dengan jumlah yang sangat sedikit, pelakunya lebih suci dan lebih mulia dalam pandangan Allah daripada sembahyang bersendirian sekalipun jumlah orangnya lebih ramai. Ia juga memelihara diri dari syaitan. Sembahyang berjemaah akan menyelamatkan pelakunya dari godaan syaitan yang menjadi musuh tradisinya. Sebab syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggodanya hingga dia terjerumus ke jurang neraka.

Seterusnya disaksikan para malaikat. Para malaikat yang bertugas jaga malam dan siang, berkumpul untuk menyaksikan orang-orang yang melaksanakan sembahyang jemaah subuh dan asar, yang mereka memohonkan ampunan kepada orang yang berjemaah di masjid. Sembahyang berjemaah adalah sebahagian daripada sebab yang menjadikan seseorang ghairah mengerjakan sembahyang tepat waktunya, bahkan di awal waktu. Dalam sembhyang berjemaah terdapat pengajaran tentang disiplin dan penguasaan diri. Pada saat seseorang makmum mengikuti imam dalam beberapa kali takbir dan dalam pergantian gerakan sembahyang beerti dia sedang dididik disiplin dan penguasaan diri, jangan sampai mendahului imam. Dengan kta lin seorang mkmum tidak boleh mendahului imam, tertinggal, serentak atau melampuinya.

Keistimewaan yang ke sepuluh ialah beroleh darjat yang tinggi. Orang yan memelihara sembahyang dijanjikan oleh Al quran mendapat darjat yang tinggi bahkan menyifatkan dengan berbagai sifat mulia. Dalm hal ini Allah s.w.t telah berfirman:

“Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah disuruh untuk memuliakan dan di sebut namaNya di dalamnya pada waktu pagi dan petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, menunaikan sembahyang, menunaikan zakat, mereka takut pada suatu hari yang dari itu hati dan penglihatan menjadi guncang. Mereka yang mengerjakan demikian itu agar Allah memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yan mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah anugerahNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dkehendakinya.

Hukum sembahyang fardhu berjemaah.

Hukunnya fardhu ‘ain bukan syarat sahnya sembahyang. Inilah pendapat sejumlah sahabat dan para ulamak, diantaranya Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa dan sebgainya. Atha berkata: “Sembahyang fardu berjemaah adalah kewajipan yang mesti didirikan, Bila ia mendengar seruan azan wajib atasnya menghadirinya!”Berdasarkan keterangan tersebut bila seorang muslim meninggalkannya tanpa uzur ia terkena dosa

namun sembahyangnya(tanpa berjemaah) dianggap sah. Dalilnya sebagai berikut:FIRMAN Allah s.w.t:

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan sembahyang bersama- sama mereka maka hendaklah segolongan dari mereka sembahyang besertamu dan menyandang senjata, kemudia apabila mereka sujud hendaklah mereka pindah dari belakangmu dan hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembayang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap dan menyandang senjata. Orang- orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. ”
Dalil-dalil dari sunnah Nabi s.a.w sebagai berikut:
“Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya betapa ingin aku memerintahkan supya dikumpulkan kayu bakar, lalu aku perintahkan supaya mengumandangkan seruan azan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimani sembahyang lalu aku berangkat menemui orang- orang yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah dan membakar rumah- rumah mereka…”

Syarat-syarat imam sembahyang berjemaah

Dalam solat berjemaah ini bukanlah setiap orang boleh sesuka hati tampil ke hadapan untuk menjadi imam bagi orang ramai. Islam telah mengatur dan menentukan siapa yang lebih berhak menjadi imam.

Syarat yang pertama ialah orang yang disukai rakyat. Dalam Islam imam atau pemimpin mesti ditaati, selagi dia tidak maksiat kepada Allah dan RasulNya. Oleh kerana memilih pemimpin atau imam mesti hati-hati sekali. Sesungguhnya hakikat pemimpin yang dikehendaki islam aalah rakyat memilih orang yang akan memerintah dan mengatur persoalan mereka.

Syarat yang kedua ialah siddiq atau benar. Seorang imam atau pemipin mestilah benar akhlaknya dan benar ucapannya. Dia tidak pernah terlibat skandal, sama ada skandal harta apa lagi skandal wanita. Pemimpin yang benar adalah pemimpin yang mampu berlaku adil ertinya tidak memberikan hak istimewa pada dirinya atau segolongan orang di dalam masalah hukum, semua diperlakukan sama.

Syarat seterusnya ialah tabligh iaitu menyampaikan. Seorang imam atau pemimpin mestilah orang yang mampu berkomunikasi dengan para bangsawan atau orang-orang awam, bukan nama besar yang disandang ibu bapa atau sukunya. Seorang pemimpin tidak sahaja dikagumi kerana akhlaknya, tetapi kemampuan dia berbincang dan berdiplomasi dengan kawan-kawan dan lawan –lawan politiknya pun mesti ada. Alat untuk menghubungkan dirinya dengan manusia disekitarnya ialah kesanggupan berkata-kata dengan lidah sebagai sambungan dari apa yang terasa dalam hatinya.

Syarat yang keempat ialah amanah atau jujur. Amanah dalam hal ini adalah kekuasaan merupakan amanah yang diberikan Allah untuk dijalankan dengan sebaik-baiknya, di dalam neraka yang berlandaskan islam, ditegakkan berdasarkan musyawarah, pemimpinnya dipilih dari golongan jujur, kuat dan dipercayai serta penuh perhatian. Rasul mengancam seorang pemimpin yang tidak amanah atau berkhianat terhadap rakyatnya apalagi yang hidupnya melarat.

Syarat yang kelima ialah fatonah atau cerdas. Iman yang dikehendaki makmum mesti pula mempunyai daya ingat yang kuat apalagi untuk menghadapi era Globalisasi dan perniagaan bebas dunia, maka perlu hadir seorang pemimpin yang cerdas, mempunyai idea-idea. Umumnya perusahaan hanya akan menerima pekerja dengan tingkat pendidikan diploma dan posisi tertentu hanya sarjana yang akan diterima.

Syarat yang terakhir ialah aspek hukum. Sembahyang mempunyai tatacara dan aturan yang mesti dipatuhi dari wuduk, mengadap ke kiblat, takbiratul ikram, rukuk, sujud sampai ditutup dengan dalam. Ia merupakan rangkaian atau hukum yang mesti dipatuhi. Bila makmum batal wuduk diantaranya dengan buang angin, mka dia mesti segera berwuduk, inipun mesti dilakukan oleh imam jika melakukan hal yang sama. Gerakan imam wajib ditiru dan jangan mendahuluinya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r. a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandang kan di masjid.
Kesimpulan jemaah Illahi

Syariat Illahi jelas memberi petunjuk tentang kewajipan hidup berjemaah kepada kaum muslimin dimanapun dan dalam keadaan apapun mereka. Sejarah juga mencatat bahawa tidak mungkin umat ini pdam dari semangat yang dikabarkan kelompok-kelompok kaum muslimin untuk membangun jemaah. Sembahyang adalah ibadah universal dimana seluruh sector kehidupan bermuara pada sembahyang. Sembahyang yang digerakkan dan diilhami iman serta memahami akan akibat positif bagi diri, keluarga dan bahkan bangsa dan negaranya. Didalam sembahyang terkandung nilai-nilai moral, ekonomi, kesihatan, social, politik bahkan ilmu pengetahuan yang semua itu menjadi alat untuk membina dunia dan kemaslahatan manusia.

Untuk itulah, hendaklah setiap muslimim memperbanyak amalan sunat. sama ada sembahyang, puasa mahupun sedekah hingga kelak dapat dijadikan penutup dari kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam alam farduSeperti manusia biasa. . Nabi juga perlu ditarbiahkan serta perlukan motivasi. Tapi dari ALLAH. Kesimpulannya sehebat mana pun manusia beribadat kepada ALLA tapi mereka juga perlu motivasi kerana kita jangan lupa bahawa segala sumbangan kita pada agama ALLAH juga jangan kita anggap sudah memadai tetapi kena berusaha memperbaiki sehingga kita mati.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com