Tajuk: Manusia dan unsur kejadiannya (Bab 1: Pengenalan)

Bab 1: Pengenalan

1.1 Manusia dan unsur kejadiannya
Manusia berasal dari diri yang satu iaitu dari nabi Adam a.s. yang diciptakan terdiri daripada unsur bumi dan ditiupkan roh ke dalamnya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(Surah al Sajdah: 9).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.(Surah al Hijr: 29).

Berkenaan dengan penciptaan manusia ini dapat di fahami dari al Quran seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.(Surah al Insan: 2).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Surah al Mukminun: 14).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai.(Surah al Hajj: 5).

Sesungguhnya manusia tidak akan dapat mengetahui hakikat diri mereka sendiri sama ada dari segi penciptaan mereka ataupun tugas dan tanggung jawab mereka di muka bumi ini. Oleh itu bagi menjawab persoalan berkenaan maka al Quran telah menjelaskan dengan lengkap berkenaan asal usul kejadian manusia dan seterusnya dinyatakan dengan lengkap mengenai tugas dan tanggung jawab mereka di muka bumi ini.

Manusia pertama ialah Nabi Adam a.s yang diciptakan dari tanah kemudian diciptakan Hawa dari tulang rusuk adam sebagai isterinya. Hasil perkahwinan mereka maka lahirlah keturunan Adam a.s. yang disebut sebagai MANUSIA.

Kejadian Adam a.s.
Di dalam al Quran telah dinyatakan tentang unsur-unsur penciptaan manusia pertama iaitu Adam a.s. seperti:

1. Adam diciptakan dari air.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya). (Surah al Furqan:54).

2. Adam diciptakan dari tanah. (al turab)
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.(Surah al ‘Imran: 59).

3. Adam diciptakan dari pati tanah. (al tin)
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;(Surah al Mukminun: 12).

4. Adam diciptakan dari tanah liat.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: (setelah nyata kekuasaan kami) maka Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain Yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).(Surah al Saffat: 11).

5. Adam diciptakan dari tanah panas dan berbau.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.(Surah al Hijr: 28).

6. Adam diciptakan dari tanah tanah seperti tembikar.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,(Surah al Rahman: 14).

7. Adam diciptakan dari tanah bumi.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji, kecuali salah silap Yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak Yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian Dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa.(Surah al Najm: 32).

8. Adam diciptakan dalam bentuk rupa.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.(Surah al Hijr: 29).

Kejadian Keturunan Adam.
Setelah kejadian Adam a.s. disempurnakan maka diikuti pula dengan penciptaan keturunan Adam a.s. iaitu manusia seperti yang terdapat di dalam al Quran;

1. Manusia dalam kandungan ibu
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji, kecuali salah silap Yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak Yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian Dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa.(Surah al Najm: 32).

2. Manusia dijadikan dari pati air yang hina

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;(Surah al Sajdah: 8).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang?(Surah al : 20).

3. Manusia diciptakan berperingkat.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Padahal Sesungguhnya ia telah menciptakan kamu Dengan kejadian Yang berperingkat-peringkat?(Surah al Nuh: 14).

4. Manusia diciptakan di dalam kandungan ibu berperingkat-peringkat.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Ia menciptakan kamu dari diri Yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana Yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan Yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?(Surah al Zumar: 6).

5. Manusia diciptakan dari air mani.
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Surah al Mukminun: 14).

Suatu yang paling utama dalam penciptaan manusia ialah peniupan roh ke dalam jasad hinggalah menjadi manusia yang sempurna.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.(Surah al Hijr: 29).

Setelah manusia sempurna ciptaannya maka badannya memerlukan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sementara rohnya memerlukan kepada iman, ibadah dan akhlak semuanya terdapat di dalam ajaran Islam.
1.2 Pengertian agama.

Agama boleh diertikan sebagai kebaktian, kepercayaan terhadap jiwa, kepercayaan terhadap tuhan, penerimaan wahyu dan pencarian keselamatan.

Agama pada umumnya manusia mengakui dalam agama adanya Yang Maha Suci, manusia menyedari bahawa ada sesuatu kekuasaan yang memungkinkan dan melebihi segala yang ada. Kekuasaan inilah yang dianggap sebagai asal segala yang wujud.

Pengkelasan Agama
a) Agama wahyu.
Agama yang menhendaki iman kepada keesaan Tuhan, beriman kepada rasul-rasulNya dan kepada kitab-kitabNya untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ajaran wahyu adalah jelas dan tegas. Ia memberikan arah dan jalan yang lengkap kepada penganutnya dari sudut rohaniah dan jasmaniah, dari sudut duniawi maupun ukhrawi.

b) Agama bukan wahyu.
Agama yang tidak memandang perlunya penyerahan diri manusia kepada peraturan tuhan. Ia lebih menekankan kepada kepatuhan kepada pemimpin agama itu. Manakala kitab suci mereka tidaklah menjadi rujukan utama dalam kehidupan mereka. Kefahaman isi kandungannya sangat kabur dan mengelirukan. Tidak seimbang antara kerohanian dan kejasmanian seperti Taoisme menekankan kepada aspek spiritual sementara Confusianisme lebih menekankan kepada aspek duniawi. (Munawwir, 1988).

Ciri-Ciri Agama Wahyu
Agama yang benar adalah agama wahyu iaitu agama Islam selain dari itu adalah agama yang tidak benar. Walaupun agama Nasrani dan Yahudi itu asalnya agama wahyu tetapi kini isi kandungannya telah diubah oleh penganutnya sendiri maka kesahihannya tidak ada lagi.

Agama yang sahih atau agama yang lurus adalah datangnya dari Allah s.w.t. Manusia tidak mampu memikir dan menciptanya kerana lemahnya akal fikiran manusia. Manusia hanya memiliki kemampuan untuk menyebarkan agama itu kepada sesama manusia dalam semua lapisan masyarakat.

Setiap pembawa agama iaitu rasul pada kebiasaannya adalah dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai akhlak mulia yang mempunyai kecekalan hati yang tinggi dan berani menyatakan kenabiannya walaupun mendapat tentangan hebat dari kaumnya mereka tidak berputus asa menyiarkan agama setiap masa.

Ajaran yang dibawa oleh utusan itu selalunya bertentangan dengan fikiran dan amalan masyarakt semasa itu. Oleh itu mereka mendapat tentangan yang luar biasa.

Utusan itu biasanya diberikan mukjizat untuk melemahkan meraka guna meninggikan agama yang dibawa oleh utusan itu. Ajaran yang dibawa bermula dari penentangan akhirnya mendapat kejayaan sementara musuh-musuhnya akan musnah. Ini menunjukkan betapa benarnya ajaran yang dibawa oleh utusan itu. (Munawwar:1988)

1.3 Keperluan manusia kepada agama.

Walaupun manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian namun mereka juga memiliki kekurangan dan kelemahan. Dengan sebab itu tidak hairanlah jika mereka mengeluarkan idea atau pendapat sering mendapat tentangan dari orang lain lebih-lebih lagi menyentuh persoalan nilai, hukum, peraturan hidup dan sebagainya. Masing-masing akan mengemukan dan menyokong pandangan sendiri.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dengan Yang demikian, Adakah orang orang (yang beriman dan taat) Yang keadaannya sentiasa berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) Yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan Yang telah menurut hawa nafsunya? (sudah tentu tidak sama)!(Surah Muhammad: 14).

Oleh itu manusia memerlukan suatu petunjuk atau hidayah dari Allah s.w.t. selaku penciptanya. Nilai-nilai atau peraturan hidup yang benar hanya Allah s.w.t. sahaja yang lebih mengetahui yang sesuai diamal dan dihayati oleh semua manusia ciptaanNya. Manusia hanyalah perlu berpegang teguh kepada perintah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Dengan cara itu tidak akan ada lagi percanggahan idea.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya.(Surah al Nisa’: 82).

Segala idea-idea manusia adalah bersifat subjektif, relatif, terbuka dan tidak mutlak sedangakan wahyu Allah s.w.t. adalah bersifat mutlak dan tidak boleh tanding oleh mana-mana idea. Oleh itu manusia wajib tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. tanpa bantahan kerana perintah Allah s.w.t. adalah bersifat mutlak.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.(Surah al Rum: 26).

Menurut Mustafa al Maraghi dalam tafsir al Maraghi dalam menafsirkan makna hidayah telah membahagikan hidayah itu kepada lima peringkat iaitu:
1. Hidayah Ilhami iaitu melakukan sesuatu tanpa perlu diajar.
2. Hidayah al Hawasi iaitu manusia mula dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk tetapi masih bersifat samar-samar seperti melihat objek yang bengkok apabila suatu objek diletakkan di dalam air jernih.
3. Hidayah al ‘Aqli iaitu manusia dapat berfikir melebihi makhluk lain sehingga bertuhankan kepada akal. Maka lahirlah berbagai-bagai ideologi yang akhirnya membawa kepada peperangan ideologi.
4. Hidayah al Din iaitu petunjuk wahyu dari Allah s.w.t. Akal yang diimbang dengan wahyu maka wujudlah keamanan, kedamaian dan kebahagian dunia dan akhirat.
5. Hidayah al tufiqi iaitu hanya menerima petunjuk Allah s.w.t.

Di dalam al Quran telah menyatakan kepada mereka yang telah buta mata hati mereka walaupun mata kepala mereka tidak buta. Ini disebabkan mereka lebih gemar menurut hawa nafsu mereka.

Terjemahan: (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.(Surah al Baqarah: 7).

Iaitu orang itu tidak dapat menerima petunjuk, dan segala macam nasehat pun tidak akan berkesan pada hatinya. Maksudnya mereka tidak dapat memperhatikan dan memahami ayat-ayat Al Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakrawala, di permukaan bumi dan pada diri mereka sendiri.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Pengertian Islam (Bab 2: Pengertian Islam)

Bab 2: Pengertian Islam

2.1 Bahasa
Perkataan “Islam” adalah berasal dari kata dasar “aslama” “yuslimu” “islam”. Dari sudut bahasa “Islam” mempunyai beberapa makna:

Islam ertinya menyerah diri iaitu hanya berserah kepada kehendak Allah s.w.t. Oleh sebab itu hati seorang Muslim sentiasa berserah kepada Allah s.w.t. sama ada penyerahan diri dalam bentuk perintah suruhan ataupun laranganNya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.(Surah ali ‘Imran: 83).

Islam ertinya damai iaitu berdamai sesama manusia. Islam adalah agama yang menyeru kepada manusia hidup dalam keadaan aman damai saling hormat menghormati sesama insan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah al Anfal: 61).

Islam ertinya selamat iaitu mencapai keselamatan di dunia dan akhirat. Apabila seseorang itu melaksanakan perintah Allah s.w.t. maka mereka akan selamat.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: ….pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu….(Surah al Maidah: 3).

Islam juga membawa erti ikhlas iaitu mengikhlaskan diri kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.(Surah al : 125).

Di dalam al Quran Allah s.w.t. mengingatkan kembali berkenaan dengan pengakaun nabi-nabi terdahulu mengenai kepatuhan mereka keapda Allah s.w.t. seperti Nabi Nuh a.s. berkata:

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana Aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah Yang Aku sampaikan itu); balasanKu hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan Aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".(Surah Yunus: 72).

Ketika Nabi Ibrahim a.s. menyerah dirinya keapada Allah s.w.t. sebagai mana firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Tidak ada orang Yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang Yang membodohkan dirinya sendiri, kerana Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang Yang soleh Yang (tertinggi martabatnya). (ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu Wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".(Surah al Baqarah: 130-131).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.(Surah ali ‘Imran: 67).

Nabi Yusuf a.s. menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.

Terjemahan: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) Dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh".(Surah Yusuf: 101).

Begitulah juga dengan Nabi Musa a.s. yang menyeru kaumnya supaya penyerahan dirinya kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".(Surah Yunus: 84).

Seterusnya Nabi Isa a.s. mengajak kaumnya supaya sentiasa menjadi seorang muslim seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui Dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi Allah) Sesungguhnya Kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).(Surah ali ‘Imran: 52).

Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutu nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t. telah berfirman:

Terjemahan: ….dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…. (Surah al Maidah: 3).


2.2 Istilah.

Para ulama telah memberi pengertian “Islam” adalah seperti berikut:

1. Syahadah.
Iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan pengakuan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulullah-Nya, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.

Definisi ini berdasarkan kepada jawapan Rasulullah s.a.w. apabila baginda ditanya oleh Jibril mengenai pengertian Islam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka (Hadith Muttafaq ‘Alaih).

Sabda Rasulullah ini juga membawa maksud bahawa Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk, patuh, dan ikhlas kepada Allah serta beriman dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan olehNya.

2. Kepatuhan
Ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan, dengan sukarela bukan secara terpaksa kepada Allah s.w.t. dalam seluruh aspek kehidupan. Merangkumi jasmani dan rohani, akal dan perasaan. Meliputi aspek aqidah, syariat dan akhlak.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.(Surah ali ‘Imran: 83).

3. Arah Tujuan
Islam merupakan jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu: Dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan ke mana kesudahan manusia?

Hanya Islam sahaja yang mampu menjawab persoalan-persoalan ini dengan memberi jawapan yang menepati fitrah akal manusia. Antara jawapan kepada persoalan "dari mana manusia datang" ialah firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai. (Surah al Hajj: 5).

4. Hidayah
Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang melaluinya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.(Surah al Isra’: 82).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan.(Surah Luqman: 22).

5. Sistem hidup
Peraturan hidup (way of life) yang bersifat asas atau tunjang yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia serta disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi panduan seluruh umat manusia.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al Maidah: 48).

2.3 Islam sebagai ad-Din.

Al Quran menjelaskan bahawa manusia merupakan makhluk Allah s.w.t. yang mulia dan sempuma serta indah kejadiannya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). (Surah al Tin: 4).

Terjemahan: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".(Surah al Baqarah: 30).

Al Quran juga menjelaskan hanya agama atau cara hidup Islam sahaja diterima oleh Allah s.w.t.

Terjemahan: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.(Surah ali ‘Imran: 19).

Begitu juga dalam surah ali ‘Imran ayat 85:
Terjemahan: Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.(Surah ali ‘Imran: 85).

Terjemahan: Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.(Surah al Taubah: 33).
Agama Islam membimbing umatnya dalam segenap aspek kehidupan untuk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat. Islam bukan hanya upacara-upacara tertentu malah ia terlibat dalam semua aktiviti harian hingga tidak terkecuali sesuatu pun.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.(Surah al Baqarah: 208).

Ayat di atas menjelaskan berkenaan Allah s.w.t. memerintahkan supaya umat Islam hendaklah tunduk dan patuh perintahNya dalam semua aspak kehidupan dan jangan sekali-kali menurut hawa nafsu dalam kehidupan serta membelakangkan perintah Allah s.w.t.

1. Zikrullah (mengingati Allah s.w.t.)
Seseorang muslim yang menjadikan Islam sebagai cara hidupnya akan sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam kehidupan hariannya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.(Surah al Nisa’: 103).

2. Khalifah (kepimpinan)
Yang dimaksud dengan menjadikan manusia sebagai khalifah ialah menjadikan manusia berkuasa di bumi. Mereka diberi tugas dan tanggung jawab tertentu untuk mentadibir alam ini mengikut hukum dan perintah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".(Surah al Baqarah: 30).

Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu orang-orang Yang berkuasa (khalifah) di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa Yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang-orang Yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang-orang Yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.(Surah Fatir : 39).

3. Zikrul maut (mengingati kematian)
Seorang muslim yang menjadikan Islam sebagai cara hidup sentiasa memikirkan tentang kehidupannya setelah kematian. Mereka berusaha memperbanyakkan bekalan untuk hari akhirat dengan berbakti kepada Allah s.w.t.

Terjemahan: Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.(Surah al Nahl: 97).

4. Syukur
Seorang muslim yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup ialah mereka sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. kepada mereka.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(Surah Luqman: 12).

Allah s.w.t. memerintahkan kepada manusia supaya sentiasa bersyukur atas segala pemberianNya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al Nahl: 18).

5. Berdisiplin
Islam mengajar umat Islam sentiasa berdisiplin. Allah s.w.t. telah menetapkan hukum atau peraturan yang wajib diikuti. Mereka yang menjadikan Islam sebagai cara hidup akan sentisa mengikut peraturan itu menjadikan mereka seorang yang berdisiplin.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).(Surah al Jathiah: 18).

6. Akhlak (budipekerti)
Seorang muslim yang soleh ialah sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku mereka. Akhlak yang dimaksudkan ini adalah akhlak nabi s.a.w. kerana Allah s.w.t. telah menjamin Rasulullah s.a.w. mempunyai akhlak yang cukup agong.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.(Surah al Qalam: 4).
Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Surah al Ahzab: 21).

7. Taqwa (takut dan cintakan Allah)
Islam mengajar penganutnya agar sentiasa bertakwa kepada Allah s.w.t. dalam segala hal dan keadaan. Mereka yang bertakwa akan terlepas dari pengaruh syaitan. Orang yang bertakwa sentiasa melakukan amar makruf dan nahi munkar dan sentiasa menegakkan hukum Allah s.w.t. dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah Engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al Ahzab: 1).

8. Keadilah
Islah mengatur kehidupan umatnya supaya sentiasa berlaku adil dalam segala hal. Islam melarang sama sekali melakukan kezaliman sesama insan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.(Surah al Maidah: 8).

9. Wasatiah (kesederhanaan)
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bersederhana dalam kehidupan dari semua aspek kehidupan seperti dalam pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.(Surah al A’raf: 31).

Demikianlah Allah s.w.t. ingin menghancurkan sesebuah negara diberikan kemewahan yang berlebih-lebihan kemudian penduduknya hidup bermewah-mewah dan melakukan maksiat makan Allah s.w.t. akan menurunkan kebinasaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(Surah al Isra’: 16).

10. Bertanggung jawab
Islam mendidik umatnya sentiasa memikul tanggung jawab terhadap diri, keluarga dan seterusnya masyarakat.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.(Surah al Tahrim: 6).

11. Berilmu pengetahuan
Islam mengajak umat Islam supaya menyintai ilmu pengetahuan. Mereka diwajibkan mempelajari ilmu pengetahuan agama. Tiada ada jalan lain yang boleh menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat melainkan dengan adanya ilmu pegetahuan yang mencukupi. Dengan ilmu itu mereka dapat meningkatkan keimanan dan amalan mereka.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: ….Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.(Surah al Mujaadilah: 11).

Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah ali ‘Imran: 18).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.(Surah al Ankabut: 43).

12. Doa
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. dalam segala hal dan keadaan. Mereka yang menjadikan Islam sebagai cara hidup sentiasa berdaoa. Berdoa ketika bangun dari tidur. Berdoa ketika makan dan minum. Berdoa ketika memulakan perjalanan seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: …. Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -(Surah al Zukhruf: 13).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.(Surah al Mu’min: 60).

Yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku. Orang-orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah s.w.t. dianggap sebagai sombong kepada Allah s.w.t. Oleh itu orang yang beriman akan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. dalam segala hal. Hingga berdoa itu menjadi budaya atau cara hidup orang Muslim.

2.4 Penyelewengan ajaran Islam.

Islam merupakan agama lengkap dan sempurna namun syaitan berusaha bersungguh-sungguh supaya manusia keluar dari ajaran Islam dan menyesatkan mereka jauh dari kebenaran.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!(Surah Yasin: 60).

Hasil dari bisikan syaitan ini maka lahirlah berbagai ideologi dan fahaman manusia yang semuanya menyesatkan mereka seperti fasik, zalim, kafir, murtad, zindiq dan sebagainya.

1. Kufur
Seseorang itu menjadi kufur apabila melakukan keingkaran kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sedar. Jika mereka tidak menyedari tidaklah dianggap sebagai kufur. Orang-orang Yahudi yang sudah mengetahui kelahiran Rasulullah s.a.w. melalui kitab Taurat sengaja menafikan kerasulan nabi Muhammad s.a.w. itu maka itulah yang dinamakan kufur.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), Yang mengesahkan apa Yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). setelah datang kepada mereka apa Yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan Yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang Yang kafir ingkar itu.(Surah al Baqarah: 89).

Berkenaan ayat di atas ada diterangkan oleh sebuah kisah bahwa kaum Yahudi minta pertolongan untuk mengalahkan kaum Aus dan kaum Khazraj dengan memakai nama Rasulullah SAW sebelum beliau diutus menjadi Rasul. Akan tetapi setelah Allah mengutus Rasul dari bangsa Arab, mereka kufur kepadanya. Dan mereka ingkari apa yang mereka katakan tentang Nabi SAW. Maka berkatalah Muadz bin Jabal, Bisyrubnul Barra dan Dawud bin Salamah kepada mereka: "Wahai kaum Yahudi! Takutlah kamu kepada Allah dan masuk Islamlah kamu, karena kamu telah minta pertolongan kepada Allah memakai nama Muhammad untuk mengalahkan kami, di saat kami termasuk kaum Musyrikin. Kamu memberi kabar kepada kami bahwa sesungguhnya ia (Muhammad) akan diutus dan kamu mengemukakan sifat-sifat Muhammad dengan sifat-sifat yang ada padanya itu." Maka berkatalah Salam bin Masykam salah seorang dari bani Nadlir: "Dia tidak memenuhi sifat-sifat yang kami kenal, dan dia bukan yang kami terangkan kepadamu." Maka Allah menurunkan ayat ini (S. 2: 89) berkenaan dengan peristiwa di atas.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Sa'id atau 'Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

2. Riddah
Riddah ertinya kembali kepada agama asal. Mereka yang kembali kepada agama asal atau keluar dari agama Islam maka dianggap murtad kecuali mereka yang dipaksa.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesiapa Yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang Yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram Dengan iman; akan tetapi sesiapa Yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab Yang besar.(Surah al Nahl: 106).

Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.(Surah al Maidah: 54).

3. Syirik
Syirik ialah menduakan Allah s.w.t. Menyengutukan Allah s.w.t. dari sudut zatNya, sifatNya, af’alNya atau asma’Nya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah Yang tiada mempunyai anak, dan tiada baginya sekutu Dalam urusan kerajaanNya, dan tiada baginya Penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah Engkau membesarkan serta memuliakanNya Dengan bersungguh-sungguh!"(Surah al Isra’: 111).

Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.(Surah al Nisa’: 116).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".(Surah Luqman: 13).

4. Ilhad
Ilhad ertinya tidak mengaku kebenaran agama Islam, meninggalkan suruhannya dan cenderung kepada zalim dan syak terhadap Allah s.w.t. Mulhid pula ertinya orang yang tidak mengaku serta mengumpat agama Islam serta meninggalkan segala suruhan dan cenderung kepada zalim dan syak kepada Allah s.w.t. (Marbawi, 1996).

Di dalam al Quran kita akan mendapat mengenai mulhidin ini sama ertinya dengan mudhillin.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya Yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk Yang menyesatkan itu sebagai pembantu.(Surah al Kahfi: 51).

Apabila manusia menjadi mulhid atau sesat maka lahirlah berbagai-bagai fahaman seprti sekular, nasional, kapitalis, komunis, sosialis, materialis, hidonis dan zionis yang bercanggah dengan nilai-nilai yang terdapat di dalam al Quran dan al Hadith.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Asas Ajaran Islam (Bab 3: Skop Ajaran Islam)

Bab 3: Skop ajaran Islam

3.1 Aqidah
Akidah merupakan dasar penting dalam ajaran Islam. Baik atau tidak kesudahan hidup seseorang itu di sisi Allah s.w.t. adalah bergantung kepada akidah yang ada dalam dirinya. Dalam kata lain seluruh aktiviti kehidupan seseorang itu dapat mencerminkan nilai akidah seseorang itu.

Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab, pecahan perkataan 'aqada yang umumnya bererti ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti tali atau seumpamanya. Walaubagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan "akidah" iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan.

Berpandukan kepada asal perkataan di atas akidah boleh difahamkan sebagi kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun.

Oleh itu akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada Allah s.w.t. serta melaksanakan perintahNya seperti yang terdapat didalam al Quran.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah al Baqarah: 256).

Di dalam agama Islam, iman itu tidak boleh tertegak berdasarkan kepada keraguan atau dipengaruhi oleh unsur prasangka, kerana ia telah ditetapkan dengan jelas oleh al-Quran dan telah dijelaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(Surah al Baqarah: 285).

Dalam sebuah Hadis Rasulullah menjelaskan enam perkara yang menjadi teras iman. Dalam sebuah hadith meriwayatkan:

Terjemahan: daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka(Diriwayatka oleh al Bukhari dan Muslim).

Unsur-Unsur Akidah/ Rukun iman
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa unsur-unsur akidah atau teras iman adalah seperti berikut:

1. Percaya Kepada Allah
Para ulamak merumuskan, bahawa iman mempunyai enam asas. Mereka juga menamakannya sebagai rukun-rukuh iman iaitu: i. Beriman kepada Allah yang merupakan perkara yang pertama dan paling penting. Antara perkara yang perlu dalam konsep beriman kepada Allah ialah: a. Meyakini tentang kewujudan Allah. b. Ma'rifatullah (Mengenali Allah).
c. Faham dan yakin dengan wahyu Allah. d. Mengesakan Allah dari segi Rububiyah (Tauhid Rububiyah) dan UluhiyahNya (Tauhid Uluhiyah) dan melaksanakan tuntutan kedua-duanya dalam semua aspek kehidupan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(Surah al Baqarah: 285).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Surah al Baqarah: 62).

2. Percaya Kepada Para Malaikat
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".(Surah al Baqarah: 97).

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Abdullah bin Salam mendengar akan tibanya Rasulullah di saat berada di tempat peristirahatannya. Lalu ia menghadap kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Sesungguhnya saya akan bertanya kepada tuan tentang tiga hal, yang tidak akan ada yang mengetahui jawabannya kecuali seorang Nabi. 1. Apa tanda-tanda pertama hari kiamat, 2. Makanan apa yang pertama-tama dimakan oleh ahli syurga, dan 3. Mengapa si anak menyerupai bapaknya atau kadang-kadang menyerupai ibunya?" Jawab Nabi SAW: "Baru saja Jibril memberitahukan hal ini padaku." Kata Abdullah bin Salam: "Jibril?" Jawab Rasulullah SAW: "Ya." Kata Abdullah bin Salam: "Dia itu termasuk malaikat yang termasuk musuh kaum Yahudi." Lalu Nabi membacakan ayat ini (S. 2: 97) sebagai teguran kepada orang-orang yang memusuhi malaikat pesuruh Allah. (Diriwayatkan oleh Bukhari yang bersumber dari Anas.)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa serombongan kaum Yahudi telah datang menghadap Nabi SAW dan mereka berkata: "Hai abal Qasim! Kami akan menanyakan kepada tuan lima perkara. Apabila tuan memberitahukannya, maka tahulah kami bahwa tuan seorang Nabi." Selanjutnya hadits itu menyebutkan yang isinya antara lain bahwa mereka bertanya: 1. Apa yang diharamkan bani Israil atas dirinya, 2. tentang tanda-tanda kenabian, 3. tentang petir dan suaranya, 4. tentang bagaimana wanita dapat melahirkan laki-laki dan dapat juga wanita, dan 5. siapa sebenarnya yang memberi kabar dari langit. Dan dalam akhir hadits itu dikatakan mereka berkata: "Siapa sahabat tuan itu?" yang dijawab oleh Rasulullah SAW: "Jibril." Mereka berkata: "Apakah Jibril yang biasa menurunkan perang, pembunuhan dan siksaan? Itu musuh kami. Jika tuan mengatakan Mikail yang menurunkan rahmat, tanam-tanaman dan hujan, tentu lebih baik" Maka turunlah ayat ini (S. 2: 97) berkenaan dengan peristiwa tersebut (Diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmidzi dan Nasa'i dari Bakr bin Syihab, dari Sa'id bin Jubair yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa pada suatu hari Umar datang kepada Yahudi, yang ketika itu sedang membaca Taurat. Ia (Umar) hairan, karena isinya membenarkan apa yang disebut di dalam Al-Qur'an. Ketika itu lalulah Nabi SAW di hadapan mereka. Dan berkatalah Umar kepada Yahudi. "Aku minta agar engkau menjawab pertanyaanku ini dengan sungguh-sungguh dan jujur. Apakah kamu tahu bahwa sesungguhnya beliau itu Rasulullah?" Guru mereka menjawab: "Memang benar kami tahu bahwa sesungguhnya beliau itu Rasulullah." Umar berkata: "Mengapa kamu tidak mau mengikutinya?" Mereka menjawab: "Ketika kami bertanya tentang penyampai kenabiannya, Muhammad mengatakan "Jibril". Dialah musuh kami yang menurunkan kekerasan, kekejaman, peperangan dan kecelakaan." Umar bertanya: "Malaikat siapa yang biasa diutus kepada Nabimu?" Mereka menjawab: "Mikail, yang menurunkan hujan dan rahmat." Umar bertanya: "Bagaimana kedudukan mereka itu di sisi Tuhannya?" Mereka menjawab: "Yang satu di sebelah kanan-Nya dan yang lain di sebelah kiri-Nya." Umar berkata: "Tidak sepantasnya Jibril memusuhi pengikut Mikail, dan tidak patut Mikail berbuat baik kepada musuh Jibril. Sesungguhnya aku percaya bahwa Jibril, Mikail dan Tuhan mereka akan berbuat baik kepada siapa yang berbuat baik kepada Mereka. Dan akan berperang kepada siapa yang mengumumkan perang kepada Mereka." Kemudian Umar mengejar Nabi SAW untuk menceriterakan hal itu. Tetapi sesampainya pada Nabi, Nabi SAW bersabda: "Apakah engkau ingin aku bacakan ayat yang baru turun kepadaku?" Umar menjawab: "Tentu saja ya Rasulullah." Kemudian beliau membaca: "Man kaana 'aduwwal li Jibrila fainnahu nazzalahu 'ala qalbika ......sampai al-kaafirin." Ayat tersebut di atas (S. 2: 97, 98). Umar bekata: "Ya Rasulullah! Demi Allah, saya tinggalkan kaum Yahudi tadi dan menghadap tuan justru untuk menceriterakan apa yang kami percakapkan, tetapi rupanya Allah telah mendahului saya." (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih, dalam musnadnya dan Ibnu Jarir yang bersumber dari as-Syu'bi. Sanad ini shahih sampai as-Syu'bi, hanya as-Syu'bi tidak bertemu dengan Umar. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber selain dari as-Syu'bi.

Antara tugas-tugas malaikat yang lain memikut arasy berzikir bertasbih dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.(Surah al Mukmin: 7).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi Yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan Yang benar); dan malaikat bertasbih Dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk Yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al Syura: 5).

3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
Setiap muslim mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitabNya kepada para Nabi dan Rasul. Nama-nama yang biasa disebut seperti suhuf atau kitab. Kitab-kitab ini adalah merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasul untuk disebarkan kepada umatnya sebagai panduan dalam kehidupan mereka seperti suhuf yang di turunkan kepada Nabi Ibrahim, Kitab Zabur kepada Nabi Daud, Kitab Taurat kepada Musa, Kitab Injil kepada Isa dan Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan berkaitan dengan kitab, antaranya bermaksud:

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(Surah al Baqarah: 213).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).(Surah al Baqarah: 4).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al Maidah: 48).

4. Percaya Kepada Para Rasul
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya Yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:(Surah al Nisa’: 150).

Maksud “membeza-bezakan” diatas ialah beriman kepada Allah, tidak beriman kepada rasul-rasul-Nya, mereka itu tergolong dalam kalangan orang-orang kafir.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Tidak ada orang Yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang Yang membodohkan dirinya sendiri, kerana Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang Yang soleh Yang (tertinggi martabatnya).(Surah al Baqarah: 130).

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Abdullah bin Salam mengajak dua anak saudaranya, Salamah dan Muhajir untuk masuk Islam dengan berkata: "Kau berdua telah mengetahui, sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman di dalam Taurat, bahwa Ia akan mengutus dari keturunan Ismail, seorang Nabi bernama Ahmad. Barangsiapa yang beriman kepadanya, ia telah mendapat petunjuk dan bimbingan, dan barangsiapa yang tidak iman kepadanya, akan dilaknat. Maka masuk Islamlah Salamah, akan tetapi Muhajir menolak. Maka turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 130) yang menegaskan bahwa hanya orang-orang bodohlah yang tidak beriman kepada agama Ibrahim. (Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah.)

Untuk mencapai keimanan kepada Rasul-rasul seseorang itu memerlukan banyak berusaha ke arah itu. Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tidak mungkin keimanan dapat bertapak di hati. Oleh untuk menguatkan keimanan di hati seseorang itu hendaklah mengamalkan sunah nabi secara bersungguh-sungguh.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Surah al Hujuraat: 14).

5. Percaya Kepada Hari Akhirat
Setiap muslim wajib mengetahui dan yakin bahawa selepas kehidupan dunia akan terdapat satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat. Manusia akan dibangkitkan semula selepas kematian mereka. Mati adalah perpindahan dari alam dunia ke alam Akhirat. Selepas seseorang mati, ruhnya akan di bawa naik bertemu dengan Allah melalui pintu langit pertama sehinggalah melepasi langit ke tujuh. Roh yang baik diterima oleh Allah dan diperintah untuk dicatat dalam buku sebagai ahli syurga. Adapun bagi orang kafir dan jahat, ruh mereka tidak diterima oleh Allah. Malaikat yang menjaga pintu langit enggan membuka pintu langit.

Peringkat-peringkat di Akhirat adalah seperti berikut:
a. Alam Kubur (alam barzah)
b. Hari Kebangkitan (yaum al-Ba'as)
c. Hari Manusia dihimpunkan (yaum al-Hasr)
d. Hari Pembentangan Amalan (yaum Al 'Arad)
e. Hari Perhitungan (yaum al Hisab)
f. Hari Timbang Amalan (yaum al-Mizan)
g. Titian (shiraat)
h. Hari Pembalasan (yaum al-Jaza')

Demikianlah susunan tertib perjalanan di Akhirat. Walaupun dalam perkataannya disebut hari, namun ia bukan bermakna satu hari tetapi lebih tepat kepada maksud satu tempoh yang panjang Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.

6. Percaya Kepada Qadar Dan Qadha'.
Orang mukmin sepatutnya mengetahui, memahami dan meyakini konsep takdir Allah. Allah takdirkan manusia ada yang lelaki ada yang perempuan ada yang berbangsa Melayu, Arab, Cina dan sebagainya. Allah takdirkan dari kalangan manusia ada yang cacat, ada yang panjang umur dan ada yang pendek dan demikianlah takdir Allah s.w.t. Dia Maha Mengetahui sesuatu yang manusia tidak tahu. Allah Maha Adil dan Maha Suci Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. Oleh itu orang mukmin mereka menerima takdir Allah samada baik atau buruk. Mungkin sesuatu yang buruk pada pandangan manusia mempunyai hikmah tertentu di sisi Allah, demikianlah sebaliknya. Dalam al Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan qadar Allah, antara lain;

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Allah mengetahui akan apa Yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa Yang kurang dari Yang dikandung Dalam rahim itu atau Yang lebih. dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya Dengan kadar Yang tertentu.(Surah al Ra’du: 8).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: ….dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Surah al Talaaq: 2-3).

Cara -Cara Berhadapan Dengan Takdir Allah s.w.t.
1. Redha dengan takdir Allah samada baik atau buruk. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
2. Bersyukur seandainya menerima takdir baik.
3. Bersabar sekiranya ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak baik (pada pandangan kita). Mungkin terdapat hikmah tertentu di sebaliknya.
4. Sentiasa berusaha dan berwaspada kerana berusaha dan berwaspada adalah cara hidup Islam dan ia merupakan ibadah .
5. Sentiasa memperbanyakan doa. Jadikanlah berdoa sebagai budaya dalam kehidupan. Berdoa tidaklah semestinya dalam bahasa Arab sahaja malah boleh berdoa dalam berbagai-bagai bahasa yang mudah kita faham. Asalkan apa yang kita doakan itu keluar dari hati kita yang ikhlas merendah diri kepada Yang Maha Agong Khaliq al ‘Alamin.
6. Bertawakkal. Berserah kepada Allah s.w.t. Tidak bergantung kepada selain dari Allah s.w.t. Ada juga mereka selalu berkata “saya boleh, saya boleh, saya bolah” kata-kata ini lahir dari tidak ada tawakkal. Bagi orang yang bertawakkal dia berkata “saya boleh insyaallah, saya boleh insyallah, saya boleh insyaallah”. Perkataan insyaallah itu merupakan kata-kata menunjukkan tawakkal dan suatu doa memohon kepada Allah s.w.t. supaya berjaya apa-apa yang diusahakan.

3.2 Syariat
Perkataan syariah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari asal kata "syir'ah". Syariah dalam bahasa Melayu bererti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.

Syariah menurut perundangan Islam ialah segala hukum yang diperundangkan oleh Allah s.w.t. ke atas hamba-hambaNya supaya mereka beriman dan beramal dengannya.

Hukum-hukum ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya yang benar dan tidak menyimpang dari tujuan. Sifatnya yang begini dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:

Terjemahan: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).(Surah al Jathiah: 18).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat Yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah Ahli-ahli syariat Yang lain membantahmu Dalam urusan syariaatmu; dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus. (Surah al Hajj: 67).

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan peraturan kepada manusia menerusi kitab-kitab yang diwahyukan tetapi tabiat manusia lebih cenderung untuk mencipta peraturan sendiri.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya(Surah al Maidah: 103).

Bahiirah: ialah unta betina yang telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil air susunya.

Saaibah: ialah unta betina yang dibiarkan pergi kemana saja lantaran sesuatu nazar. Seperti, jika seorang Arab Jahiliyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, maka ia biasa bernazar akan menjadikan untanya saaibah bila maksud atau perjalanannya berhasil dengan selamat.

Washiilah: seekor domba betina melahirkan anak kembar yang terdiri dari jantan dan betina, maka yang jantan ini disebut washiilah, tidak disembelih dan diserahkan kepada berhala.

Haam: unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi, karena telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali. Perlakuan terhadap bahiirah, saaibah, washiilah dan haam ini adalah kepercayaan Arab Jahiliyah.

Bagi mereka yang gemar mencipta syariat sendiri maka Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada mereka kemurkaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(Surah al Maidah: 44).

Seluruh hukum-hukum yang diperundangkan ini termasuklah apa yang dikeluarkan secara terus dari Al Quran dan al-Hadis, begitu juga segala hukum yang ditentukan melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha' yang didasarkan kepada dua sumber utama ini.

Oleh itu sumber perundangan Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah:
1. al-Quran
2. al-Hadis / al-sunnah
3. al-Ijmak
4. al-Qias

Berdasarkan sumber-sumber ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam perbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagiaan dan kedamaian di dunia dan akhirat.

Islam sebagai peraturan hidup yang sempurna mampu mengatur kehidupan manusia, bukan saja dalam perkara yang berkaitan dengan diri manusia itu sendiri malah yang berhubungkait dengan hal-hal kenegaraan, kemasyarakatan dan alam seluruhnya sebagai satu kesatuan dari ciptaan Allah s.w.t. yang tidak terlepas dari landasan sistemNya.

Syariah Islam juga membicarakan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia sesama manusia seperti dalam hal-hal kekeluargaan, jiran tetangga, dan sahabat handai. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu garis panduan berkenaan persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Dalam hal ini syariah memberikan ruang yang cukup luas bagi manusia membina tamadunnya. Penjelasan terhadap martabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan suatu jawapan bahawa seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu benar- benar dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang bertaqwa.

3.3 Akhlak
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu kata jamak dari khuluq yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi. Istilah lain yang mirip dengan akhlak ialah moral dan etika.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia adalah sikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah s.w.t. dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan, serta menurut petunjuk dari Al Quran dan al-sunnah. Inilah yang dikatakan akhlak Islam yang bersumberkan naqli.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.(Surah al Qalam: 4).

Allah s.w.t. telah memberi jaminan kepada seluruh umat manusia bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai budi pekerti yang cukup tinggi dan mulia. Oleh itu wajarlah manusia seluruhnya mengikut dan beramal dengan akhlak yang dimiliki oleh baginda s.a.w.

Di antara akhlak baginda sentiasa menahan kemarahan dan bersikap lemah lembut dalam semua keadaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.(Surah ali ‘Imran: 159).

Sifat lemah lembut patut menjadi ikutan semua umat Islam. Di samping itu terdapat banyak lagi sifat-sifat lain seperti sidiq, amanah, tabligh, fatanah, sabar, zuhud, ikhlas, syukur, taubat, zikril maut, redha dan hilm.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah al Ahzab: 21).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat Malik)

Terjemahan: daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling baik budi pekertinya. Terkadang baginda ingin mendirikan sembahyang ketika berada di rumahku. Baginda menyuruh aku menghamparkan hamparan yang didudukinya. Kemudian disapu dan direnjiskan dengan sedikit air. Selepas itu Rasulullah mengimami kami dan kami berdiri dibelakangnya, lalu kami mendirikan sembahyang bersama-sama. Alas yang dihampar di tempat sembahyang itu hanyalah diperbuat daripada pelepah kurma(Diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan: daripada Abdullah bin Amr r.a katanya: Ketika Muawiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita tentang Rasulullah s.a.w katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah berbuat perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya(diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan: daripada Abu Hurairah r.a katanya: Tanyakan wahai Rasulullah siapakah orang yang paling mulia? Baginda bersabda: Mereka yang paling bertaqwa. Mereka berkata: Bukan itu yang kami tanyakan kepada engkau. Baginda bersabda: Nabi Yusuf a.s adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, Cucu seorang Nabi dan ayah datuknya adalah Khalilullah iaitu kekasih Allah. Mereka berkata: Bukan perkara itu yang kami tanyakan kepada engkau. Baginda bersabda: Apakah tentang nenek moyang orang-orang Arab yang kamu tanyakan kepadaku? Keunggulan mereka pada masa jahiliah adalah keunggulan mereka pada masa Islam, iaitu jika mereka berbudi pekerti yang baik(Diriwayatka oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan hadith di atas menunjukkan diri Rasulullah s.a.w. itu sendiri adalah menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Aishah sendiri pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w., dan beliau menjawab bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al Quran.

Akhlak dalam Islam amat penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri. Akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadi dasar kepada tatacara kehidupan insan, baik dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, mahupun alam seluruhnya. Akhlak dapat dihuraikan dalam tiga bentuk hubungan:

a. Akhlak manusia terhadap Allah s.w.t.
b. Akhlak manusia sesama manusia.
c. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.

Maka disinilah keistimewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat, dan seterusnya umat keseluruhannya.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com