Tajuk: Rahsia Tujuh Perkara

PENDAHULUAN

Allah menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Dan di dalam hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut.

Allah menghias angkasa dengan tujuh lapis langit. Kemudian Allah SWT menghiaskannya dengan tujuh bintang. Kemudian Allah SWT menciptakan bumi tempat kita tinggal ini terdiri daripada tujuh lapis pula. Kemudian Allah menghiasi bumi ini dengan tujuh lautan.

Setelah manusia meninggalkn dunia ini, maka di akhirat nanti, Allah SWT menyediakan tujuh tinggkat neraka untuk mereka yang ingkar kepada-Nya. Neraka tersebutiaitu, Jahanam, Sa’ir, Saqor, Jahim, Huthamah, Lazo dan Hawiyah. Kemudaian Allah menhiasinya dengan tujuh buah pintu.

Demikianlah Allah SWT menjadian sesuatu di alam ini mempunyai rahsinya tersendiri yang perlu dikaji dan di ketahui oleh umat manusia. Kemudian menjadikan segala kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT itu kepada kita sebagai bahan untuk meningkaykan ketaqwaan kita kepadanya.

KENANGAN 1: RAHSIA KELEBIHAN HARI AHAD

Firman Allah SWT bermaksud: “katakanlah dialah, Allah Yang Maha Esa. ”(al-ikhlas)

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: “bahawa Rasulullah SAW ditanyakan tentang hari Ahad, maka baginda menjawab: hari Ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: mengapa demikianya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: kerana pada hari itulah Allah mula menciptakan dan memakmurkannya.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan tujuh macam benda diantara makhluk-makhluk, setiap satu diantaranya dipecah lagi menjadi tujuh. Adapun tujuh macam benda itu adalah:
1. tempat jalan bintang-bintang
2. bintang-bintang yang bergerak
3. neraka yang bertingkat
4. bumi yang berlapis
5. lautan yang besar
6. anggota tubuh manusia
7. hari-hari dalam seminggu

Penciptaan tempat jalan bintang-bintang: Pada mulanya langit-langit masih berbentuk asap. Selanjutnya dikisahkan bahawa Allah menjadikan dari asap itu menjadi tujuh bahagian. Iaitu satu bahagian berupa air, kedua embun, ketiga perak, keempat emas, kelima mutiara, keenam mira delima dan ketujuh besi. Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap, tujuh lapis langit yang satu dengan yang lainnya berbeza-beza. Tetapi yang lebih unik lagi air diturunkan Allah dari langit yang berfunsi menghidupkan bumi yang tandus.

Penciptaan bintang-bintang yang bergerak: Allah menjadikan bintang-bintang itu dalam tiga bentuk. Pertama, bintang yang dinamakan degan Tsawabit atau bintang tetap, iaitu bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam. Kedua, bintang-bintang yang terbit dan terbenam. Ketiga, bintang-bintang yang beredar di tempat edarannya.

Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat: neraka jahanam, neraka sa’ir, neraka saqor, neraka jahim, neraka huthamh, neraka lazo dan neraka hawiyah. Pada masing-masing tingkatan dari neraka itu di isi oleh golongan tertentu diantaranya; tingkat pertama berisikan golongan pendusta, kedua golongan yang lalai dalam solat, ketiga golongan pengumpat dan pencela, keempat golongan pendusta, kelima golongan yang mempersekutukan Allah, keenam golongan yang keras hati dan ketujuh golongan yang curang dalam menimbang.

Penciptaan tujuh lapis bumi: Firman Allah bermaksud: “Allah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, Ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu. ”
(Ath-Thalaq:12)

Penciptaan tujuh lautan yang besar: Allah SWT menegaskan: aku kumpulkan dalam lautan itu dua macam air yang berbeza. Yang satu tawar, segar dan sedap diminun dan yang satu lagi masin dan pahit. Dan aku jadikan suatu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat bercampur yang satu dengan yang lainnya.

Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia: sebahagian ulama menyatakan bahawa tujuh anggota tubuh badan manusia itu adalah otak, urat saraf, tulang belulang, daging, darah dan kulit. Yang lain mengatakan bahawa kebaikan itu dibagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan.

Penciptaan tujuh hari dalam seminggu: Allah SWT menciptakan tujuh hari dalam seminggu iaitu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

KENANGAN 2: RAHSIA KELEBIHAN HARI ISNIN

Rahsia pertama: Nabi Idris AS naik ke langit. Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari isnin. Peristiwa naiknya nabi idris as. ke langit ini talah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seseorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.(Maryam:56-57)

Rahsia dua: Nabi Musa as pergi ke Gunung Thursina. Nabi Musa telah melakukan tujuh kali perjalanan semuanya terjadi pada hari Isnin. Pertama Safarul Ghazab; perjalanan kerana murka, adalah perjalanan Musa as. ketika beliau dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai, kerana takut kemurkaan Fir’aun. Kedua, Safarul Harab; adalah perjalanan Nabi Musa ketika melarikan diri dari mesir ke Madyan. Ketiga, Safarul Thalab adalah perjalanan menuntut sesuatu. Merupakan perjalanan Nabi Musa ketika pulang dari negeri Madyan dan beliau memerlukan api, maka dihampirinya. Keempat, Safarus Sabab; adalah perjalanan yang disebabkan sesuatu. Iaitu perjalanan Musa as. keluar dari mesir menuju Sungai Nil dikejar oleh Fir’un berserta tenteranya. Kelima, Safarul ujub; yang merupakan perjalanan Musa as. bersama kaumnya ketika tersesat di hutan belantara selama 40 tahun. Keenam, Safarul Adab(perjalanan pendidikan), iaitu perjalanan Nabi Musa ke tepi sungai untuk berjumpa dengan Khaidir as. Ketujuh, Safarut Tharbi (perjalanan sukacita); iaitu perjalanan Nabi Musa ke Bukit Thursina untuk bermunajat kepada Allah SWT.

Rahsia tiga: turunnya dalil-dalil tentang ke-esaan Allah SWT. Turunnya dalil tentang keesaan Allah ini juga terjadi pada hari Isnin.
Firman Allah SWT bermaksud:“Janganlah kamu menyembah dua tuhan, sesungguhnya dialah yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut. ”(An-Nahl: 51)

Rahsia empat: lahirnya Rasulullah SAW. Rasulullah telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul tujuh mukjizat. Pertama bonda Rasulullah SAW tidak merasakan kesukaran dan kesusahan. Kedua, bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit. Ketiga, setelah Rasulullah dipisahkan dari ibunya, setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allah SWT mengatakan: “umatku, umatku”. Keempat, Rasulullah Saw lahir dalam keadaan sudah dikhatan. Kelima, syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Keenam, ketika Rasulullah SAW lahir, bintang bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Ketujuh, tanaman menjadi subur.

Rahsia lima, Malaikat Jibrail turun menemui Rasulullah; untuk pertama kalinya Jibrail as. turun menemui Rasulullah SAW terjadi pada hari Isnin. Sebab Jibrail turun menemani Rasullullah SAW adalah kerana baginda telah banyak beribadah kepada Allah.

Rahsia enam, semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW: semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasullullah SAW pada hari Isnin.

Rahsia tujuh, Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin: Rasullullah SAW wafat pada hari Isnin pada tanggal 13 Rabiul Awal.

KENANGAN 3: RAHSIA KELEBIHAN HARI SELASA

Anas bin Malik ra. Meriwayatkan, ia berkata: “Rasulullah SAW ditanya tentang hari Selasa, maka RAsulullah menjawab: Hari Selasa adalah hari berdarah. Sahabat bertanya:mengapa demikian Rasulullah? Rasullulah menjawab: kerana pada hari itu Siti Hawa haid dan Putera Nabi Adam membunuh saudara sendiri. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pada hari Selasa terjadi peristiwa tujuh jiwa yang dibunuh, iaitu pertama Jurjais as, kedua Yahya as, ketiga Zakaria as, keempat tukang sihir Fir’un, kelima Asiah binti Muzahim(isteri Fir’un), keenam Sahib Sapi Bani Israil dan ketujuh Habil, putera Adam as.

KENANGAN 4: RAHSIA KELEBIHAN HARI RABU
Firman Allah SWT bermaksud:“sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angina yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus. ”(Al-qomar: 19)

Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu. Baginda menjawab: Hari Rabu adalah hari yang banyak terjadi nahas. ” Mereka bertanya: “Mengapa demikian Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan Fir’un dan kaumnya, memusnahkan kaum Aad dan Tsamud dan kaum Saleh. ”

Setengah ulama ada mengatakan bahawa Allah SWT telah membinasakan tujuh kaum yang kafir pada hari Rabu dengan tujuh macam azab.

Di antaranya:
1. Auj dan Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud.
2. Qarun dimusnahkan dengan dibenamkan ke dalam tanah.
3. Fir’un dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil.
4. Namruz dibinasakan dengan nyamuk.
5. kehancuran kaum Saleh
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as.
7. Kaum Hud dibinasakan dengan angina taufan.

KENANGAN 5:RAHSIA KELEBIHAN HARI KHAMIS
Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: “Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: Kerana Nabi Ibrahim as. masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar. ”
Para ulama telah mengisahkan bahawa ada tujuh Nabi dan wali memperoleh sesuatu pada hari Khamis.
1. Nabi Ibrahim as. menemui raja Mesir pada hari Khamis, maka beliau mendapat Siti Hajar.
2. Tukang memberi minum Raja Mesir keluar pada hari Khamis, maka ia mendapat kebebasan dari penjara.
3. Saudara-saudara Yusuf menemui Yusuf pada hari Khamis, maka mereka mendapat kenikmatan.
4. Bunyamin masuk ke Mesir pada hari Khamis, maka ia berjumpa dengan abangnya Yusuf.
5. Ya’kub as. masuk ke negeri Mesir pada hari Khamis, maka beliau mendapat keamanan.
6. Musa as. masuk ke negeri Mesir pada hari Khamis, maka beliau bertemu dengan Qibti.
7. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah pada hari Khamis, maka beliau mendapat kemenangan.

KENANGAN 6:RAHSIA KELEBIHAN HARI JUMAAT

Allah SWT berfirman bermaksud: “Hai orang-orang beriman, apabila diseur untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-jummu’ah:9)

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata: “Rasulullah SAW ditanya orang tentanh hari Jumaat. Maka baginda menjawab: Hari Jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan! Kemudian sahabat bertanya lagi: mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. ” Sebahagian ulama menyatakan: Telah terjadi tujuh pernikahan antara para anbiya’ dan para aulia’ pada hari Jumaat iaitu:
1. Pernikahan antara nabi Adam dan Siti Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf dan Nabi Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa dan Shafrawa.
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman as. dengan Balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah.
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Abi Thalib dengan Fatimah.

KENANGAN 7: RAHSIA KELEBIHAN HARI SABTU

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak
di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, pada waktu dating kepada mereka ikan-ikan yang berada di sekitar mereka terapung-apung dipermukaan air, dan di hari-hari Sabtu, ikan-ikan itu tidak dating kepada mereka. Demikianlah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasiq. ”

Dari Muslim bin Abdullah daripada Said bin Jubair daripada Anas bin Malik ra. Ia berkata: “Rasulullah SAW ditanya para sahabat tentang hari Sabtu. Maka Rasulullah menjawab: Hari Sabtu adlah hari tipu daya. Para sahabat bertanya: Menagapa demikian wahai Rasulullah? Rasulullah SAw menjawab: Kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadwah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ingatlah, ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memasukkan kamu ke dalam penjara atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. ”

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasulullah tidaklah menamakan hari Sabtu itu sebagai hari tipu daya, melainkan pada hariitu terjadi tujuh peristiwa tipu dayaterhadap tujuh orang oleh tujuh kaum. Di antara tipu daya yang terjdi pada hari Sabtu itu antara lain:
1. Kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap Nabi Nuh
2. Kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh.
3. Saudara-saudara Yusuf melakukan tipu daya terhadap Nabi Yusuf.
4. Kaum Musa melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa as.
5. Kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap Nabi Muhammad SAW.
6. Kaum Bani Israil melakukan tipu daya atas larangan Allah SWT.

PENUTUP

Islam adalah agama yang lurus, kerana di dalam Islam terkumpul segala nilai-nilai kesempurnaan, kemulian, kesucian, keagungan, keindahan, kebaikan, keadilan dan sebagainya. Jika kita benar-benar memegang islam sebagaisuatu pegangan hidup, maka setiap jiwa dan roh kita nerindui kebenaran dan kemulian yang ada dalam islam tersebut.Jadilah segala sesuatu di ala mini sebagai suatu pelajaran untuk kita, ikutilah mana-mana yang baik dan tinggalkan yang mana yang buruk. Semoga kita tergolong orang-orang yang mahu menyedari akan hakikat kehidupan ini. Selalu ingat kepada Allah dan selalu bertaubat kepadaNya.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com