Tajuk: Peranan Masjid

0. PENDAHULUAN

Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Takrif masjid dari segi bahasa ialah berasal dari bahasa arab “sajada”, ”yasjudu”, ”sujudan” yang membawa maksud erti sujud. Dalam konteks pemakaiannya, sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian ia telah menjadi masjid. Bangunan tempat orang Islam sujud ketika bersembahyang. Dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya. Satu binaan yang digunakan untuk sembahyang jemaah, bersembahyang Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu. Ciri-ciri masjid ialah binaan yang digunakan untuk melaksanakan ibadah khususiyyah atau lain-lain kegiatan yang dibenarkan agama. Konsep masjid ialah suatu binaan yang dikhususkan kepada orang islam bagi melaksanakan ibadah. Keistimewaan kerana umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurangnya sekali seminggu untuk menunaikan solat jumaat.

1. Falsafah Masjid:

Falsafah masjid bertujuan untuk mengukuhkan hubungan manusia dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama persekitaran. Mengajak manusia kepada ketakwaan dan menjauhi kemaksiatan. Meninggikan syiar Islam dan menghapuskan kesyirikan. Mengamankan manusia dari ketakutan dan mengamankan masyarakat dari persengketaan. Menyatukan perbezaan dan mempertautkan ummah yang berpecah. Mengajar yang jahil dan menyedarkan yang lalai. Menyuburkan penghayatan amal jamai dan amal ijtimai.

2. PANDUAN ASAS BERPAKAIAN

Allah menurunkan panduan berpakaian dalam tiga tahap. Tahap satuIalah pakaian yang paling primitif sekadar menutup aurat kemaluan sahaja. Tahap kedua ialah apabila keadaan semakin maju dan manusia mengenal tamadun, pakaian bukan sekadar menutup kemaluan tetapi meningkat ke tahap perhiasan dan mengenal makna keindahan. Tahap ketiga ialah tahap yang paling dikehendaki oleh Allah SWT, iaitu berpakaian yang melambangkan ketakwaan. Ini bermakna pakaian itu bukan sekadar tahap satu dan kedua seperti yang disebutkan di atas tetapi tahap ketiga yang paling penting iaitu pakaian taqwa.

3. PAKAIAN DALAM PELBAGAI SITUASI

Pakaian menentukan keperibadian seseorang individu. Ada orang berpendapat kalau ingin menjadi pegawai tinggi, pakailah pakaian yang biasa dipakai oleh pegawai tinggi. Seelok – eloknya pakaian hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan atau kurang berpakaian. Sesuaikan pakaian dengan keadaan diri, jawatan dan tahap ekonomi.

Dalam memilih pakaian hendaklah diambil ingatan mengenai jenis kain, corak kain dan jenis kolar (jika baju). Elakkan dari memakai jenis berkilat, jarang dan yang berwarna garang kerana ini tidak begitu sesuai untuk lelaki dan elakkan baju yang terlalu ketat atau besar. Dalam permilihan barang perhiasan pula, barang itu mestilah terhad, biasanya tidak lebih dari dua. Sikat jangan diletakkan di dalam poket baju dan wang kertas juga tidak digalakkan untuk diletakkan di dalam poket baju. Untuk memilih padanan warna pula, warna yang sesuai bagi lelaki ialah kemeje warna yang lembut dan seluar yang gelap. Elakkan dari memakai baju dan seluar yang berjalur.

4. STATUS IMAM DI MASJID

Imam ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam kepimpinan. Ia ibadat salih hinggalah kepada seluruh kehidupan duniawi dan kemasyarakatan. Imam dalam tradisi islam seperti rasulullah SAW sebagai pemerintahan Islam adalah imam dalam solat. . imam juga gelaran kepada yang terkemuka dalam bidang – bidang ilmu Islam. Seperti Imam mazhab, ahli – ahli hokum, ahli – ahli hadis dan sebagainya. Peranan imam di Malaysia ialah imam tidak mempunyai apa – apa kuasa perundangan di Malaysia kerana dia bukanlah ketua masyarakat di peringkatnya. Imam bertugas mengimamkan solat, membaca doa, menghadiri jemputan, mengawasi pengurusan jenazah, khidmat pernikahan, dan mungkin mengepalai bacaan yassin, tahlil malam Jumaat dan fardhu ain.

5. PERANAN YANG SEPATUTNYA DIMAINKAN OLEH IMAM

Walaupun tanpa kuasa undang – undang sekiranya masjid diperkasakan dan imam diberi peranan serta ganjaran setimpal, perkara – perkara berikut sepatutnya boleh dijalankan oleh imam dengan staf yang mencukupi contohnya Pendidikan kekeluargaan, pembangunan belia. pengurusan kebajikan, kecemerlangan sekolah anak-anak, masalah – masalah keruntuhan akhlak, pembangunan rakyat termiskin, kaunseling, musyawarahbantuan kecemasan dll.

Peranan imam dan AJK masjid ialah mendidik, mengerakkan anak – anak seperti menyatukan tenaga, merangsang seperti memberi motivasi, melahirkan aktivis/insan baru, Membangunkan kesatuan dan menyatukan umat. Ilmu imam dan masjid ialah ilmu adalah kewajipan umat Islam yang semestinya dihubungkan dengan peranan imam dan masjid. Masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan Islam bukan sesuatu hal yang asing lagi

6. KEBERKESANAN PROGRAM MASJID

Peranan masjid ialah sebagai pusat pembangunan islam, pusat tamadun islam, pusat percambahan pernilaian, pusat santapan rohani, pusat penjagaan ayat – ayat suci, pusat penyelesaian masalah dan pusat kebajikan islam. Realiti masjid pada masa kini ialah Secara umumnya terdapat lima bentuk aktiviti yang kebiasanya dilaksanakan oleh masjid

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah aktiviti berbentuk ibadah khusus seperti solat jemaah, solat Jumaat, solat terawih, solat hajat, solat aidilfitri dan aidiladha, tadarus Al-Quran dan bacaan yasin dan tahlil. Aktiviti pendidikan dakwah seperti kuliah agama, ceramah umum, penyampaian khutbah, program takmir, perpustakaan masjid, dan kelas komputer. Aktiviti berbentuk sosial dan kemasyarakatan seperti sambutan hari-hari
kebesaran Islam, gotong-royong, pengurusan jenazah, majlis akad nikah dankenduri kahwin dan pusat khidmat social. Aktiviti berbentuk pentadbiran dan pengurusan seperti khusus atau latihan yang sewajarnya kepada kakitangan masjid, mengadakan sesi perbincangan yang melibatkan ajk masjid. Antara cabang ilmu yang diajar dikebanyakan masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah pengajian ilmu akhidah, ilmu hadis, ilmu Al-Quran, ilmu tafsir, ilmu tasawuf, ilmu feqah dan ilmu sirah rasul

7. KEBERKESANAN PROGRAM MASJID YANG WAJAR DICAPAI

Antara keberkesanan program yang perlu dicapai ialah dari sudut meningkatkan kesedaran dan kefahaman Islam di kalangan masyarakat. meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan di kalangan masyarakat. Memperbaiki moral dan akhlak masyarakat dalam semua peringkat umur. Memperbaiki kehidupan sosial masyarakat. Mengeratkan hubungan masyarakat dan masjid. Memperkembangkan dakwah Islamiyyah dalam masyarakat. Membetulkan tanggapan salah tentang Islam. Memperbaiki pengurusan dan pentadbiran masjid. Mengembalikan keagungan Islam dan kecemelangan umat Islam dalam semua sudut kehidupan

8. PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID

Pengurusan dan pentadbiran masjid pada zaman awal islam iaitu pengurusan dan pentadbiran masjid pada masa Rasulullah menjadi model kepada pengurusan dan pentadbiran masjid sehingga sekarang. Masjid berperanan sebagai pusat nadi yang terpenting dalam pembentuan masyarakat Islam.

Pada zaman Rasulullah, peranan masjid bermula pada tahun 622m. Masjid ini telah dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada perancangan Rasulullah dan perundingan para sahabat. . Rasulullah menjadi Kalifah Allah dalam pentadbiran negara dan bertindak selaku imam dalam mengetuai kepimpinan pentadbiran masjid.

Bagi memastikan institusi masjid sentiasa dikunjungi dan dimakmurkan oleh umat Islam Rasulullah mengambil pendekatan dengan menggalakkan umatnya mengerjakan ibadat solat fardhu dan sunat di masjid. Selain melaksanaan fungsi masjid sebagai tempat ibadah khusus kepada umatnya, Baginda juga mengerakkannya sebagai tempat pembinaan pemikiran, keilmuan dan pembentukan masyarakat Islam

9. DEFINASI K - EKONOMI

Satu ekonomi yang bergantung secara terus kepada pengeluaran, pengedaran dan penggunaan ilmu dan maklumat. Ada juga yang berpendapat k – ekonomi ialah penjanaan dan penggunaan ilmu yang memainkan peranan terpenting dalam menjana kekayaan. Dalam pengajian ekonomi, apabila dibincangkan tentang sumber eonomi secara tradisionalnya yang dibincangan ialah sumber tanah termasuk sumber – sumber semulajadi, buruh dan modal. Kemajuan sesebuah ekonomi bergantung kepada kombinasi ketiga – tiga sumber berkenaan. Istilah yang lebih luas ialah bagaimana ilmu memberi nilai tambah kepada barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan.
Institusi masjid boleh memainkan kekuatan ekonominya dengan melaksanakan beberapa aktiviti dan program yang dilihat praktikal seperti berikut. Sumbangan derma secara tetap atau tahunan oleh setiap ahli kariah masjid berkenaan. Menubuhkan koperasi masjid yang ditadbir oleh AJK koperasi masjid berkenaan. Pelaburan dana masjid dalam bidang – bidang pelaburan yang halal yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi perbankan dan kewangan di Malaysia. Perlaburan dalam hartanah seperti menyewakan ruang – ruang pejabat bangunan milik masjid dan sewaan tanah berasaskan konsep Al – Ijarah. Perlaburan dalam pengurusan perkhidmatan dan kemudahan sepertiperpustakaan, ICT dan sebagainya.

10. CABARAN INSTITUSI MASJID DALAM ERA K - EKONOMI

Cabaran yang pertama ialah budaya ilmu, masjid adalah merupakan institusi yang besar sekali, masjid itu bukanlah tempat ibadah khusus semata – mata, bahkan banyak perkara lain yang dijalankan di situ. Cabaran kedua ialah Pusat pendidikan Al – Riyadah dan ketenteraan dalam kes Al - Riyadah masjid berperanan menghasilkan individu muslim yang sihat tubuh badan, cerdas mental dan komited terhadap seluruh agama Islam. Cabaran ketiga ialah pusat perpaduan ummah masjid tidaklah dijadikan sebagai tempat untuk bersolat 5 waktu dan Jumaat semata – mata tetapi masjid dijadikan sebagai tempat penyatuan ummah.

KESIMPULAN

Masjid boleh dikatakan satu institusi yang boleh dipercayai dalam melaksanakan aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada umat islam. Antara aktiviti-aktiviti masjid ialah tempat beribadah, tempat penyebaran ilmu terutama pada zaman rasulullah dan sebagainya. Peranan masjid ialah sebagai pusat pembangunan islam, pusat tamadun islam, pusat percambahan pernilaian, pusat santapan rohani, pusat penjagaan ayat – ayat suci, pusat penyelesaian masalah dan pusat kebajikan islam. Cabaran utama bagi institusi masjid ialah ia datang dari umat islam itu sendiri. Masjid pada masa kini hanya digunakan untuk beberapa aktiviti sahaja. Contohnya solat jumaat, solat hari raya aidilfitri dan aidiladha sahaja yang kita nampak umat islam berpusu datang untuk menunaikan solat secara berjemaah. Oleh itu, kita perlu bertindak segera supaya budaya sembahyang berjemaah perlu diterapkan di dalam hati anak-anak kita supaya mereka menjadi penyambung budaya yang baik pada masa hadapan. Insyaallah. .


------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com