Tajuk: Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak


PENDAHULUAN

Apabila seorang anak sudah berlaku kurang sopan terhadap ibunya dan membenci bapanya, maka dia akan berlaku seperti itu juga kepada orang lain yang ada di dalam masyarakat. Apakah kamu mengharapkan dari seorang anak yang punya kelakuan seperti itu untuk memberikan kebaikan kepada umat?
Golongan kedua, yang menyerahkan kepada isteri kepimpinan diu dalam rumahnya. Perkara ini akan membuat anak-anak menghina bapanya disebabkan kelemahannya, dan membenci ibunya disebabkan kepimpinan dan kesewenangannya. Menempatkan isteri sebagai pemimpin menghilangkan kesempatan anak mengikut jejak ayahnya, kerana mereka menganggap bapanya tidak boleh dijadikan pemimpin.
Akibatnya, mereka akan mencari ikutan yang mereka anggap sesuai, yang terkadang mereka mendapat yang baik dan terkadang tidak. Maka, lemahlah agama mereka dan buruk pula akhlaknya. Dalam keadaan sseperti ini, si ibu telah melakukan kesalahan terhadap anaknya namun tidak disedari.
Kesan buruk dari kepimpinan yang terbalik ini adalah anak-anak perempuan akan bertingkah laku seperti lelaki dan anak lelaki akan bersikap seperti perempuan. Dalam keadaan keluarga seperti itu, biasanya seorang ank perempuan akan menceritakan siapa yang paling lemah di antara keddua orang tuanya. Padahal yang paling lemah adalah bapanya.

1. TAKUT KEPADA MANUSIA

Kaedah seperti ini akan memberikan kesan terburuk iaitu anak akan melihat bagaimana respon manusia ketika hendak beribadah mahupun bermuamalah.

Kebanyakan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan tanpa disedari menjauhkan anak dari perasaan takut dan merasa diawasi oleh Allah S.W.T. , sebaliknya rasa takut dan diawasi oleh manusia. Hal ini terjadi apabila anak-anak dididik melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan dengan mengharapkan redha manusia, gila pujian, dan takut dibenci serta dicela oleh mereka.

Hal ini akan menyebabkan anak mewarisi sikap riya’, mengamalkan perbuatan mengikut kata manusia tanpa mempertimbangkan Allah S.W.T. redha atau tidak. Hendaklah kita semua tahu bahawa celaan, cacian, sanjungan dan pujian adalah godaan syaitan semata-mata. Seterusnya menyebabkan anak didik akan tekun semata-mata kerana masyarakat lain mengamalkannya bukan kerana semata-mata kerana Allah S.W.T. .

Keadaan ini boleh merosakkan iman kerana hilangnya keikhlasan dalam beribadah. Ibu bapa pperlu tanamkan pada hati anak-anak supaya ada rasa diawasi oleh Allah S.W.T. dalam keadaan sembunyi dan terang-terang, beramal ibadah kerana Allah S.W.T. semata-mata dalam keadaan sedih dan senang.

2. MENDIDIK DENGAN MOTIVASI DUNIAWI

Cara pendidikan yang salah ini akan mengakibatkan anak lebih suka memperturutkan hawa nafsu, sibuk dalam urusan-urusan dunia, lalai akan tujuan hidup. Ini menyebabkan anak-anak lalai akan tujuan hidupnya. Fikiran mereka menjadi lemah untuk memikirkan hala tuju hidup mereka, bahkan hampir tidak ada.

Hal ini terjadi apabila didikan orang tua yang menjadikan keperluan hidup sebagai tujuan akhir yang lebih menjanjikan. Akhirnya, anak-anak selalu menyibukkan diri dengan urusan-urusan dan kepentingan-kepentingan duniawi, hingga tidak ada lagi beza orang muslim atau kafir.

Kejadian ini juga mengakibatkan anak-anak menanamkan semangat belajar demi masa depan yang mewah bukannya kerana Allah S.W.T. . Kebanyakan anak-anak akan berpendapat belajar ilmu adalah untuk mendapat gaji yang lumayan, rumah dan kereta yang mewah.
Sebaliknya, hendaklah menanamkan pada diri anak-anak supaya mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat semata-mata kerana Allah S.W.T. . Dan haruslah diingatkan pada anak-anak bahawa semua amalan dan pekerjaan untuk keselamatan di akhirat. Seterusnya, mengamalkan beribadat seperti menganggap kita akan mati pada esok hari.

3. MENDIDIK ANAK SUKA MENGEJEK

Semua kenikmatan, kemiskinan, kekayaan dan kemuliaan datangnya dari Allah S.W.T. . maka, kita hendaklah sentiasa bersyukur kepadaNya tatkala mendapatkan kenikmatan.

Allah S.W.T. telah memberikan bermacam-macam jenis nikmat dan akibat didikan yang salah, sehingga lalai akan janji dan ancaman Allah S.W.T. iaitu syurga yang akan diberikan kepada orang yang beriman dan neraka yang akan diberikan kepada orang yang kafir maka muncullah dia sebagai orang yang suka mengejek.

Manusia mengejek apabila mereka merasa mereka lebih baik daripada orang lain dan adakalanya mereka terlalu bangga. Jadi seterusnya berniat mengejek orang yang lebih rendah darjat daripada mereka.

Faktor yang menyebabkan perilaku mengejek ini semakin berleluasa adalah kerana banyaknya kenikmatan dan kurnia yang dimilikinya serta banyaknya orang-orang fakir miskin yang bekerja yang bekerja menjadi pembantunya.

Selain itu, orang yang terbiasa dengan mengejek adalah daripada kelalaian mereka terhadap ukuran Allah S.W.T. yang telah ditetapkanNya sebagai pedoman dalam menghormati dan memuliakan seseorang. Seterusnya, kelalaian manusia terhadap adanya azab Allah S.W.T. yang telah diancamkanNya kepada mereka di dunia mahupun akhirat.

Justeru, untuk mengelakkan orang-orang daripada terjerumus kepada perilaku mengejek adalah dengan mengetahui dengan bersungguh-sungguh, bahawa termasuk perbuatan mengejek dan bahkan boleh mengeluarkan dirinya daripada Islam. Selain itu, perlu benar-benar tahu bahawa kesan buruk daripada perbuatan mengejek adalah Allah S.W.T. berjanji akan menyediakan azab yang pedih.

4. MEMENTINGKAN URUSAN DUNIA DARIPADA AKHIRAT

Kita boleh lihat sejak kecil seorang anak sudah ditekankan supaya memntingkan urusan dunianya daripada akhirat. Misalnya, anak-anak ditanamkan dengan perasaan ingin mencari hasil yang banyak, jawatan yang tinggi dan untuk memperoleh semua keinginan ini, anak-anak telah lupa akan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah S.W.T. .

Semenjak kecil kita telah terbiasa tidak dapat membezakan antara kehendak dan tujuan hidup. Kita sudah terbiasa memfokus diri dengan urusan kehendak hidup, lalai dengan tujuan hakiki hidup ini. Oleh itu, ibu bapa sseharusnya bijak mendidik anak mereka supaya tidak leka dengan semua urusan dunia sehingga terlupa akan ibadahnya. Selain itu, ibu bapa perlu menanamkan di dalam diri anak-anak mereka pemahaman tentang keimanan sejak kecilnya, seperti cinta kepada Allah S.W.T. dan cinta kepada Rasulullah S.A.W. .

Ibu bapa sibuk menyekolahkan anak mereka di sekolah formal tetapi lupa untuk mendaftarkan anak mereka di tempat menghafal al-Quran yang biasanya diadakan di masjid. Pendidikan semacam itu akan menjadikan anak-anak keliru dalam menimbang dan kesalahan dalam mengukur. Selain itu, pendidikan semacam itu boleh mengakibatkan terumbang-ambingnya umat disebabkan lemahnya kekuatan mental anak-anak.

Langkah untuk mengubah persepsi anak-anak adalah dengan tidak menjadikan prestasi tinggi dalam pelajaran sebagai ukuran dari segi kebaikan, keselamatan dan kelebihan anak-anak. Sebaliknya, jadikanlah ketakwaan dan ketaatan kepada syariat sebagai ukuran kebaikan.

Selain itu, ibu bapa hendaklah ketahui anak mereka secara fitrah dan tanpa perlu memaksa supaya mencari keduniaan. Di samping itu, ibu bapa mestilah mewujudkan keseimbangan pada anak-anak di dunia ini. Sejak kecil didiklah anak-anak agar mendahulukan kepentingan agama daripada urusan dunia dan agar menjadikan diri dan dunianya sebagai alat mewujudkan kepentingan agama dan umat.

5. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN MEMENTINGKAN PENAMPILAN

Kebanyakan ibu bapa menyerahkan urusan pendidikan anak perempuannya kepada isteri. Jadi ibu mendidik anak perempuannya seperti mana ibunya mendidiknya terdahulu. Jika baik didikan ibunya terdahulu, baiklah hasil kepada anaknya dan begitulah sebaliknya. Ditambah pula dengan masyarakat yang menerima bahawa perempuan semestinya pandai bersolek. Oleh itu, anak perempuan telah menghabiskan waktu mereka dengan mempelajari cara-cara bersolek.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menuduh kepada ibu semata-mata. Ini adalah kerana, teman-teman dan sahabat-sahabat juga telah ikut serta mempengaruhi tingkahnya, perbuatan mahupun perkataan. kesan daripada situasi ini akan membuatkan anak perempuan berlebih-lebihan dalam memerhatikan penampilan sehingga keluar dari batas-batas kewajaran.

Seterusnya, antara factor-faktor yang mendorong anak perempuan sangat mementingkan penampilan mereka adalah disebabkan dedahan daripada pihak media dan tumbuhnya kedai-kedai alat solek bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Didikan seperti ini akan menimbulkan banyak kesan buruk. Antaranya adalah tanggungjawab sebagai muslimah diabaikan. Seterusnya, akan menyebabkan muslimah lalai akan urusan ibadah mereka kerana terlalu sibuk menjaga penampilan.

Selain itu, fikiran yang selalu disibukkan dengan menjaga penampilan menyebabkan kelalaian penyucian jiwa dan lupa akan kewujudan akhirat. Di samping itu, wanita akan terdorong menjadi pusat pemerhatian dan menjadi bahan pembicaraan dan bahan pujian. Seterusnya memberikan kesan pada pendidikan anak-anak.

Namun, masih ada langkah untuk membendung gejala ini daripada berlaku pada anak perempuan kita. Misalnya, dengan mendidik anak perempuan agar beriman kepada Allah S.W.T. , mempunyai perasaan sentiasa diawasi oleh Allah S.W.T. dalam keadaaan sembunyi dan terang-terangan. Selain itu, ibu bapa perlulah memastikan bahawa memberikan bahagian waktu yang cukup untuk mendidik anak-anak perempuan.

6. BERAMAL TIDAK DENGAN NIAT YANG BAIK

Ramai orang tidak membiasakan diri merasa dalam pengawasan Allah S.W.T. dalam segenap amalannya, baik yang penting ataupun yang kecil. Sebaliknya, mereka hanya mewujudkan redha manusia, gembira dengan sanjungan dan pujian. Kita sepatutnya mengharapkan pahala dalam segenap amalan di dunia.

Oleh itu, mereka bertindak sesuai dengan kecenderungan sahaja, melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan tanpa mempertimbangkan niat yang baik. Jadi, mereka mengerjakan amal keduniaan tetapi luput dari pahala akhirat bila mereka meniatkannya dan mengharapkan pahala.

Pendidikan seperti ini kepada anak-anak akan memberikan kesan yang sangat buruk. Antaranya adalah anak-anak tidak berterusan amalan pada dirinya di waktu tidak ada orang yang mengawasinya. Si anak pula terbiasa merasa diawasi manusia dalam amlan duniawinya, sehingga gilirannya akan melarat ke amalan ibadahnya. Seterusnya, seseorang yang tidak berniat secara baik, sudah tentu dia akan berasa penat dan bosan untuk melakukan amalannya. Justeru akan menyebabkan amalannya sekadar memenuhi kewajiban duniawi semata-mata sehingga kehilangan pahala akhirat.

Walaubagaimanapun, masih ada banyak cara untuk mengelak anak-anak kita tidak dididik sedemikian rupa. Pertama sekali, memastikan anak terdidik daripada kecil supaya sentiasa merasa dalam pengawasan Allah S.W.T. dalam setiap keadaan. Selain itu, memupuk perasaan menghadirkan niat dalam setiap amalannya baik amalan dunia mahupun amalan ibadah, amalan hati mahupun amalan anggota badan.

7. TIDAK PERCAYA DIRI

Sebenarnya, ibu bapa akan mematikan kreativiti anak-anak jika ibu bapa biasa memberikan banyak perintah dan akan menjadikan anak-anak kurang percaya diri dalam melakukan pekerjaannya. Sebagai efeknya, kita boleh lihat daripada para pemuda yang tidak mempercayai kemampuan diri sendiri seakan-akan kehilangan sifat kelelakiannya. Selain itu, factor berlakunya fenomena ini adalah kerana terlalu banyak perintah dan larangan yang diterapkan oleh ibu bapa. Ibu bapa yang bertindak sering mencela pekerjaan anaknya juga telah menyebabkan hal ini berlaku. Oleh itu, anak tidak mencapai dengan temannya.

Fenomena ini akan memberikan banyak efek buruk, antaranya adalah generasi akan dating akan menjadi lemah kemahuan, keinginan, seterusnya mudah menyerah kalah terhadap tanggungjawab yang rendah. Di samping itu, anak akan bosan dengan pekerjaan yang dilakukannya sehingga tidak mahu melakukan pekerjaan itu lagi.

Namun, masih terdapat langkah yang boleh membendung fenomena ini daripada berlaku iaitu dengan memberikan aturan umum yang mesti dipatuhi. Untuk memastikan anak mengikutnya adalah dengan menjelaskan apa yang dituntut oleh Allah S.W.T. dan apa yang dilarang. Selain itu, dengan memberikan kepercayaan memikul tanggungjawab yang termampu.

8. BERBAGAI KESALAHAN LAIN DALAM MENDIDIK ANAK

Kesalahan dalam mendidik anak terdapat dalam banyak aspek dan variasinya serta fenomenanya yang menyebabkan anak itu menyimpang dan menyeleweng. Misalnya, dengan menanamkan pada diri anak-anak rasa kecil hati, takut, gelisah, dan keluh kesah. Contohnya, ibu bapa menakutkan anak dengan hantu apabila anak menangis supaya anak berhenti menangis.

Selain itu, adalah mendidik anak dengan dimanja dan hidup tanpa aturan. Akibatnya, anak akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Ibu bapa juga sering memberikan segala apa yang mereka inginkan, tanpa menolak sedikit pun. Hal ini akan menyebabkan anak tidak menghargai wang dan tidak tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.

Terdapat juga ibu bapa yang bersikap terlalu kasar dari yang sewajarnya terhadap anaknya. Contohnya, memukul anak mereka selepas anak melakukan kesalahan walaupun kesalahan yang pertama kali dilakukannya. Seharusnya, ibu bapa perlulah menasihati anak mereka sebelum bertindak memukul mereka. Ibu bapa juga tidak boleh berlebihan dalam berprasangka baik terhadap anak-anak.

Sebahagian ibu bapa bersikap membezakan anak di kalangan mereka. Hal ini menyebabkan anak berasa ibu bapa bertindak tidak adil terhadap mereka dan menyebabkan pemberontakan dalam diri anak-anak. Selain itu, factor banyaknya masalah di antara kedua ibu bapanya akan memberikan pengaruh yang amat buruk bagi keperibadian anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga kurang memahami jiwa dan watak anak-anak. Kurangnya pemahaman tentang psikologi anak menyukarkan ibu bapa faham akan kehendak dan kepentingan bagi anak tersebut. Jarang ibu bapa yang memerhatikan tahap-tahap yang dilalui oleh seorang anak dari kecil sehingga dia dewasa.

Sebahagian ibu bapa memperlakukan anak mereka seperti anak kecil padahal sudah dewasa. Perlakuan seperti ini akan sangat mempengaruhi jiwa anak dan akan memberikan kesan serba kekurangan pada diri anak.

KESIMPULAN
Didikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak akan memberikan impak yang terhadap kehidupan mereka di dunia termasuk di akhirat. Oleh itu, ibu bapa perlulah menitik beratkan setiap langkah yang diambil dalam mendidik anak bagi memastikan anak-anak menjadi generasi muslim yang Berjaya di dunia dan akhirat.
Semua tingkah-laku ibu bapa diperhatikan oleh anak-anak dan akan menjadi ikutan mereka. Maka, ibu bapa hendaklah sebolehnya tidak menunjukkan sifat-sifat tidak baik mereka seperti malas solat kerana anak akan mengikut jejak langkah ibu bapa yang malas solat. Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengubah diri mereka terlebih dahulu supaya mudah bagi anak-anak mempelajari dan mempratikkan amalan-amalan ibadah.
Di samping itu, ibu bapa hendaklah menyembunyikan permasalahan antara suami isteri kerana ini akan memberikan impak pada perasaan anak-anak. Jika seorang suami memarahi isterinya di hadapan anak-anak, si anak akan berasa tidak selamat dan membenci bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah bijak menyelesaikan permasalahan mereka tanpa diketahui anak-anak supaya tidak memberi kesan pada jiwa anak-anak.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com