Tajuk: Rancangan Barat Untuk Menghancurkan Islam

PENDAHULUAN

Kepada seluruh umat Islam tidak kira tua, muda, kaya ataupun miskin, bukalah mata anda kerana musuh-musuh kita telah menyatakan “kita mestilah menghancurkan ajaran Islam kerana ajaran itu merupakan sumber kekuatan dan keimanan umat Islam. Kita dapat menjajah mereka jika ajaran mereka rosak kita kerjakan”. Jadi dimanakah tanggungjawab kita sebagai umat Islam? Peganglah agama Islam demi kejayaan dan keselamatan bersama. Janganlah memeranginya agar kita dapat menghindari balasan dan azab Allah S.W.T kelak. Kita mestilah membela agama kita iaitu agama Islam bukannya memusuhinya agar kelak kita mendapat keredhaan Allah S.W.T dan disenangi oleh seluruh umat Islam dipelusuk dunia. Orang yang mengamati sejarah hubungan antara Barat dengan Islam akan mengetahui adanya dendam yang terus menerus dari dunia Barat. Dendam yang disertai ketakutan terhadap Islam yang mencekam bangsa-bangsa Eropah. Dendam dan takut itu sebetulnya tidak banyak persoalan bagi kita umat Islam, selagi hanya bersifat peribadi. Akan tetapi kerana dendam dan takut itu telah mempengaruhi keperibadian dan pemikiran sehingga telah menjadi faktor yang menonjol dalam kebudayaan Barat baik secara politik ataupun ekonomi. Untuk itu kita haruslah mengambil sikap secara tegas terhadap mereka. Pernyataan para tokoh Barat telah menjadi bukti kepada kita bahawa Barat dengan segala bentuk kebudayaan dan politiknya terhadap Islam tidak pernah berubah iaitu selalu berusaha untuk menghancurkan Islam dan menyeksa umat Islam tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan. Mereka telah berjuang untuk menghancurkan Islam melalui perang salib yang mengerikan. Seluruh umat Islam dianiayai, masjid- masjid dihancurkan dan diubah menjadi gereja. Perpustakaan Islam dibakar bahkan umat Islam sendiri turut mejadi mangsa.

TENTANG ANDALUSIA (SEPANYOL) DAN NEGERI HABSYAH (ETHIOPIA)

ANDALUSIA

Pada tanggal 2 Januari 1492, Kardinal De Beydar mengangkat salib di atas Al Hambra, benteng kerajaan dinasti Nashiriyah sebagai tanda berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol. Dengan berakhirnya pemerintahan itu maka lenyaplah pula peradapan yang agung, yang pernah menjadi lambang kekuatan pemerintahan Islam di Eropah sepanjang abad pertengahan masihi. Kaum agresor Kristian hanya menghormati persetujuan dengan kaum Muslimin dalam waktu yang singkat sahaja apabila segera menghancurkan kaum Muslimin dengan segenap peradapan dan kebudayaan mereka. Mereka telah memaksa umat Islam untuk meninggalkan keyakinan, keimanan terhadap ajaran Islam dan melarang umat Islam menggunakan bahasa Arab, nama-nama Arab ataupun memakai pakaian orang-orang Arab. Sesiapa sahaja yang berani untuk melarang atau melanggar larangan ini akan diseksa secara kejam ataupun dibakar hidup-hidup. Demikianlah sedikit demi sedikit kisah kemusnahan umat Islam dari Andalusia. Akhirnya tiada lagi seorang Muslim yang berani berterus terang dengan agamanya di Andalusia. Setelah Andalusia jatuh ke tangan Barat, 400 tahun kemudian Napoleon telah menghantar ekspedisi militernya ke Sepanyol. Pada tahun 1808, perintah telah dikeluarkan secara rasmi untuk menghapuskan penjara penyeksaan di kerajaan Sepanyol. Pengawai-
pengawai Perancis itu telah mengadakan pemeriksaan disebuah gedung yang dikatakan pernah digunakan sebagai penjara penyeksaan tetapi setelah mengeledah seluruh ruang

gedung itu tiada tanda yang menunjukkan tempat itu pernah digunakan sebagai tempat penyeksaan, Namun perasaan curiga mula timbul dikalangan pengawai-pengawai Perancis itu apabila sebuah pintu rahsia dijumpai di lantai bilik gedung itu. Di dalam bilik itu mereka telah menjumpai tempat-tempat yang digunakan untuk penyeksaan. Dan disitu juga masih terdapat mangsa-mangsa yang terikat yang berada dalam keadaan kebingungan yang berumur diantara 14 hingga 70 tahun. Sebahagian daripada mangsa itu menjadi gila kerana tidak tahan menanggung seksaan yang begitu kejam. Pengawai itu juga turut menjumpai alat-alat penyeksaan seperti alat pematah tulang, alat penyayat daging dan sebagainya. Alat-alat seperti peti yang ditancapi pisau-pisau yang tajam turut digunakan dalam penyeksaan ini. Tahanan yang diseksa akan dimasukkan ke dalam peti ini dan apabila peti ini ditutup, pisau yang ada di dinding peti akan melukai dan menghiris-hiris tubuh tahanan itu. Selain itu perangkap tikus dan cemeti-cemeti besi turut digunakan untuk meyeksa tahanan-tahanan yang hanya berlainan keimanan agama daripada mereka iaitu agama kristian. Tentu lebih sakit dan mengerikan lagi jika tahanan itu adalah orang Muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

NEGERI HABSYAH (ETHIOPIA)
Ethiopia dapat menguasai Eritria yang majoriti penduduknya beragama Islam dengan bantuan daripada Inggeris dan Perancis. Sebahagian besar tanah penduduknya disita dan diserahkan kepada penguasa daerah. Ramai penduduk yang dibunuh dan diseksa. Tempat-tempat pendidikan Islam ditutup dan diganti dengan sekolah-sekolah Kristian dan kaum Muslimim juga dipaksa menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah Kristian dengan harapan mereka turut menjadi Kristian. Kaisar Heila Selassey mengambil masa hampir 15 tahun untuk memusnahkan umat Muslimim di Ethiopia pada zaman pemerintahannya. Beliau telah menggunakan kebijaksanaannya bagi memastikan Islam hancur. Para petani Islam tidak boleh menanam tanaman masing-masing tanpa izin daripada seseorang di pejabat di daerah Jammah. 90% dari hasil tanaman para petani akan dipajak dan sebesar 50% akan diambil oleh pemerintahnya. Akhirnya seluruh harta milik para petani muslim akan dirampas. Umat Islam turut dipaksa membangunkan gereja-gereja di kawasan yang majoritinya beragama Islam.

TEMBOK PENGHALANG
Antara faktor-faktor terjadinya perang salib ialah mereka iaitu orang Barat beranggapan bahawa Islamlah satu-satunya penghalang keinginan mereka untuk menjajah dan mengeksploitasi dunia. Islam juga dianggap sebagai penghalang penyebaran fahaman komunis kerana bagi mereka adalah mustahil menanamkan akar komunis sebelum bisa mencabut habis akar Islam. Antara faktornya lagi ialah Islam dianggap sebagai tembok penghalang penyebaran agama Kristian. Bagi mereka Islam mempunyai kekuatan yang tersembunyi yang bisa menjadi tembok penghalang kemajuan Kristian. Kekuatan inilah yang bisa menundukkan negeri yang tadinya menjadi kekuasaan Kristian. Islam juga dianggap sebagai bahaya satu-satunya bagi kelestarian Zionisme dan negeri Israel.

ISLAM SEBAGAI MUSUH SATU-SATUNYA
Dunia Barat tidak hanya menganggap Islam sebagai tembok penghalang imperialisme yang mereka jalankan, tetapi juga khuatir bahawa Islam akan mengancam seluruh dunia Barat. Kekhuatiran itu jelas kedengaran daripada ucapan beberapa tokoh Barat seperti Lawrence Brown yang menyatakan para pemimpim mereka sentiasa takut kemungkinan bahaya daripada bangsa-bangsa lain seperti Yahudi, Jepun, Rusia padahal bangsa-bangsa ini ialah teman dan sahabat mereka. Dan yang paling berbahaya sebenarnya bagi mereka ialah Islam kerana Islam mempunyai kekuatan dan kesanggupan untuk memperluaskan wilayah serta mempunyai daya hidup yang hebat. Gladstone pula menyatakan; selama Al-Quran ini berada di tangan umat Islam, maka Eropah tidak akan mampu menguasai dunia Timur dan Eropah juga tidak akan aman. Selain daripada itu, bekas Menteri Luar Negeri Perancis pernah berkata bahawa tiada lagi dataran di bumi ini yang tidak akan ditembusi oleh dakwah Islam. Islam adalah agama yang satu-satunya yang membuat manusia cenderung untuk memeluknya dengan bersungguh-sungguh melebihi agama apa pun jua. Ashia Bouman, dalam majalah Alamul Islamy At-Tabsyiriyah menulis sebagai berikut “ Kekuatan yang selalu menghantui dunia Barat adalah kekuatan Islam”. Alasannya ialah, pertama bahawa Islam sejak munculnya pertama kali di kota Mekah, jumlah pengikutnya tidak pernah berkurang bahkan terus bertambah. Alasan yang kedua ialah kerana salah satu sendi ajaran Islam adalah jihad di jalan Allah. More Berger dalam bukunya yang berjudul Al- Alamul Araby Al- Muaashir menulis “Ketakutan dan perhatian kita yang sungguh-sungguh kepada bangsa Arab bukan kerana adanya kekayaan minyak pada bangsa itu tetapi kerana Islam”.

HANCURKAN ISLAM
Bagaimana mereka menghancurkan Islam ? Berbagai cara yang mereka lakukan untuk
menghancurkan Islam. “Kristian dan Yahudi bangkit bersama-sama untuk memerangi Islam dan kedua-duanya berusaha untuk mampu menghancurkan musuh mereka tersebut iaitu Islam”. Peperangan salib pula bukanlah untuk menyelamatkan kota Qudus (Yerusalem) tetapi untuk menghancurkan Islam. Semboyan “Perangi umat Islam”
yang disebarkan Israel di Eropah ketika perang tahun 1967, memperoleh sambutan luar biasa di seluruh negeri Eropah. Philip Phondasy pernah berkata “Perancis berkepentingan untuk memerangi Islam di seluruh dunia”. Paling tidak penyebaran dakwah Islam harus diberhentikan. Orientasi Perancis Keymon dalam bukunya yang berjudul ‘Patologi Islam’ menyatakan “ Sesungguhnya agama Muhammad adalah penyakit kusta yang dapat menular kepada setiap manusia. Bahkan merupakan penyakit yang menakutkan yang dapat menyebabkan manusia menjadi malas. Kuburan Muhammad tidak lain adalah penyebab kegilaan umat Islam dan kelemahan mental yang tiada henti- henti. Saya beranggapan membunuh 5 orang Islam adalah wajib. Kaabah harus dibinasakan dan menghina makam Muhammad dengan meletakkan jasadnya di Muzium Louvre. Begitu lah kejam dan ceteknya pemikiran musuh-musuh Islam semata-mata untuk menghancurkan Islam. Syair nyanyian tentera imperialisme berbunyi “Aku pergi untuk membinasakan umat terkutuk. Untuk memerangi agama Islam dan memusnahkan Al-Quran dengan segenap kekuatanku. Sampai begitu sekali azam mereka untuk memusnahkan agama kita iaitu agama Islam.


LANGKAH-LANGKAH PENGHANCURAN ISLAM
Setelah kegagalan perang salib, orang Barat telah berusaha untuk mencari jalan bagi menghancurkan Islam. Mereka ingin menghancurkan pemerintahan Islam dengan cara mengakhiri kekhilafahan Islam Negara Utsmaniyah (Turki). Sekalipun pemerintahan Turki telah menyimpang dari jalan Islam, tetapi para musuh Islam tetap merasa takut terhadap kekhilafahan formal ini kerana mungkin akan berfungsi sebagai kekhilafahan yang sebenarnya sehingga membahayakan. Kesempatan emas telah mereka nantikan selama 150 tahun iaitu jatuhnya Turki bersama sekutunya Jerman, yang kalah dalam Perang Dunia Pertama. Tentera Inggeris, Yunani, Itali, dan Perancis masuk ke dalam Turki serta menguasai seluruh wilayahnya termasuk kota Istambul. Terdapat satu perjanjian damai yang dibuat antara pihak-pihak yang berperang. Inggeris membuat persyaratan kepada Turki iaitu tidak menarik pasukan dari wilayah Turki sebelum melaksanakan syarat-syarat seperti berikut : pertama, Turki harus menghapuskan kekhilafahan Islamiah serta mengusir khalifahnya dan menyita semua harta kekayaannya. Kedua, Turki harus berjanji untuk menghalangi setiap gerakan yang akan membela kekhilafahan. Ketiga, Turki harus memutuskan hubungan dengan dunia Islam. 
Dan terakhir ialah menerapkan hukum sivil sebagai pengganti hukum yang bersumberkan ajaran Islam. Pemimpin Turki iaitu Kamal Attaturk menyetujui syarat-syarat yang
dikenakan. Lalu negara penjajah menarik diri dari menjajah Negara Turki. Antara langkah Barat untuk menghancurkan Islam lagi ialah dengan cara memusnahkan Al-Quran kerana mereka menganggap Al-Quran sebagai sumber kekuatan umat Islam dan juga menggunakan Al-Quran sebagai senjata untuk melawan umat Islam itu sendiri. Sebagaimana telah kita sebutkan, mereka menganggap Al-Quran sebagai sumber kekuatan umat Islam. Kelestarian Al-Quran di tangan umat Islam akan membangkitkan kembali kekuatan dan peradapan umat Islam. Antara pendapat pemimpin dan Orientasi Barat iaitu Gladstone, pernah berkata bahawa selama Al-Quran ini ada, maka Eropah tidak akan sanggup menjajah Timur, malahan Eropah sendiri tidak akan aman. Mereka juga cuba untuk merosakkan akhlak dan hubungan umat Islam dengan Allah S.W.T. Misi utama mereka ialah mengeluarkan seorang muslim itu dari Islam supaya menjadi orang yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T dan terpesong akidahnya. Mereka juga cuba untuk menghancurkan akhlak dan keperibadian seorang muslim dengan menyebarkan pendidikan sekuler model Barat agar dapat menggoncangkan keimanan majoriti umat Islam terhadap ajaran Islam dan Al-Quran. Mereka turut menjadikan seseorang muslim itu ragu terhadap agamanya sendiri iaitu agama Islam. Mereka menggunakan cara dengan mencetak buku-buku yang mencerminkan keburukan agama Islam dan penghinaan terhadap keperibadian Nabi Muhammad S.A.W bagi memastikan tugas-tugas mereka untuk menghancurkan Islam terlaksana. Antara langkah penghancuran Islam yang dirancang Barat juga ialah membangunkan sistem politik di dunia Islam. 

Apabila umat Islam diberi kemerdekaan dalam sistem demokrasi, maka Islam akan menang. Maka dengan sistem diktator sajalah hubungan antara umat Islam dengan agamanya dapat mereka permainkan. Pimpinan redaksi majalah ‘Time’ dalam bukunya yang bertajuk ‘Safar Asia’ ada memberikan nasihat kepada pemerintah Amerika supaya membangunkan suatu sistem pemerintahan diktator militer di negara-negara Islam. Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mempermainkan umat Islam supaya tetap dalam penjajahan Barat. Terciptanya kesatuan umat Islam merupakan harapan setiap bangsa yang beragama Islam kerana akan menolong usaha mereka untuk melepaskan diri dari penjajahan Eropah dan ini merupakan faktor penting untuk Kristian mencapai matlamat dan kejayaan dalam persatuannya. Bagi mereka apabila umat Islam bersatu ianya berbahaya kepada mereka dan untuk itu dunia Arab dan Islam harus diusahakan supaya sentiasa berpecah belah. Penguasa Zionis juga telah mendorong para pemuda Arab untuk mengadakan pergaulan bebas dengan gadis-gadis Yahudi yang sememangnya sengaja mengajak para pemuda Arab untuk melakukan perkara-perkara yang terpesong daripada ajaran agama Islam seperti berzina dan sebagainya sehingga mereka lalai dan melupakan terus jalan yang menuju meredhaan Allah S.W.T.

PENUTUP

Kedatangan Islam di dunia ini menampilkan nilai dan daya juang yang luas dalam peradapan manusia. Dalam perjalanan sejarahnya, ia selalu menghadapi ujian dan tentangan daripada musuh-musuhn yang cuba menghancurkannya. Agama Islam dianggap seebagai agama yang hina, terkutuk dan selalu mendatangkan masalah. Orang-orang Islam juga dianggap sebagai pengganas yang sukakan peperangan dan kemusnahan semata-mata. Sikap dan perbuatan umat selalu dipertikaikan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Orang-orang Islam selalu dipandang rendah dan diragui oleh mereka. Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti untuk memusnah dan menghancurkan seluruh kerajaan Islam. Adalah tanggunggjawab kita sebagai umat Islam untuk memastikan tanggapan yang dikatakan dan dipercayai oleh mereka itu adalah tidak benar sama sekali. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempertahankan keagungan agama kita iaitu agama Islam demi kesejahteraan sejagat serta memastikan bahawa agama Islam adalah agama yang suci, mulia dan diredhai oleh Allah S.W.T. Sekian…

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com