Tajuk: Sikap Islam Terhadap Pakain

PENDAHULUAN

Melalui satu pendedahan yang menarik, Al-Maududi berjaya menarik minat pembacanya untuk meninjau tenteng keperluan pakaian dalam kehidupan manusia sama ada dari sudut keperluan asas atau keperluan sosial. Selain itu beliau membuat satu analisis trhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada pakaian manusia.

Apabila Mustapa Kamal muncul sebagai pemerintah Negara Turki serentak degan itu meletus di seluruh Negara Islam beberapa rintitan “tidak beragama”dan “sikap meniru barat”contohnya dalam seruan kearah membelakangkan pakaian-pakaian kebangsaan dan menggantikannya dengan fesyen-fesyen ala Barat.

SIKAP ISLAM TERHADAP PAKAIAN

Keperluan Manusia Kepada Pakaian

Tanpa memandang kepada segala bentuk kemahuan dan keindahan yang sedang berlaku
dalam kehidupan masyarakat sekarang dan kita tumpukan perhatian terus kepada pakaian dari sudut keperluan semata-mata yang mendorong manusia di peringkat awal mengunakannya, ternyata bahawa tidak lebih dari menutupi beberapa angota tertentu manusia dari terdedah kepada pandangan. Tindakan ini berpunca dari sifat malu semulajadi manusia di samping keinginan memelihara anggota badan yang tertentu daripada kesan negative dari udara dan perubahannya.

Menurut sejarah manusia kuno di zaman lampau menunjukan bahawa apabila tujuan pakaian itu berasaskan kepada tuntutan fitrah semilajadi manusia dan juga keperluannya semata-mata, maka tidak banyak terdapat ragam bentuk pada pakian itu sendiri dan kalaupun ada, ia berpunca pada kebiasaanya dari kelainan kesan udara yang berlaku. Tetapi apabila perasan dan selera manusia itu sedikit demi sedikit mula mendapat perubahan dan ia sendiri telah melangkah ke arah kehidupan secara kota dan bertamadun. Apabila kesan-kesan perubahan baru tadi berbeza di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, sama ada dari sudut kualiti dan kuantiti atau dari keindahannya, sudah tentu akan terdapat berbagai-bagai bentuk dan ukuran bagi pakaian yang dicipta.

Terdapat berbagai sebab yang menjadi punca timbulnya berbagai ragam bentuk pakaian manusia dan musthil untk mengenal dan mengkaji kesemuanya kerana kehidupan manusia dipengaruhi dengan berbagai factor dalaman dan luaran yang mempunyai perananya dalam menjadikan berbagai bentuk pakain yang mendapat sambutan di kalangan bangsa-bangsa, diantaranya adalah:

- Suasana Alam Sekitar

Iaitu suasana alam sekeliling yang memaksa penduduk kawasan tertentu di dunia ini memilih satu bentuk pakaian cara hidip yang khusus

- Prinsip-prinsip Moral dan Agama

Iaitu berbagai prinsip yang melahirkan satu bentuk khusus pakain wanita di kalangan banga-bangsa yang berlainan daripada bentuk pakain kaum lelaki

- Selera semulajadi

Iaitu satu selera yang tumbuh dan membesar di kalangan setiap bangsa melalui berbagai cara, dan menyebabkan timbulnya kelainan pakaian mengikut kelainan bangsa-bangsa tersebut.

-Cara hidup

Iaitu cara hidup yang tumbuh membesar dikalangan setiap bangsa dalam bentuk yang khusus yang sesuai dengan suasana persekitaran, tamadun, ekonomi, pemikiran dan kepercayaan bagi bangsa itu.

-Taraf Hidup

Iaitu setiap apa yang menjadi sumber hidup setiap bangsa seperti pekerjaan, perusahaan, taraf pendapatan sama ada miskin atau kaya, maka pakain sesuatu bangsa adalah disesuaikan dengan beberapa suasana yang tertentu.

-Tamadun

Iaitu tamadun bagi sesuatu bangsa itu berada di peringkat yang tertentu dan berbeza daripada tamadun bangsa yang lain. Apabila bentuk pakain sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan taraf tamadun yang dicapainya, maka sudah tentu ia akan berlainan dengan dentuk pakain bagi bangsa yang lain.

-Tradisi Kaum

Melalui tradisi ini setiap angkatan baru akan mewarisi daripada angkatan sebelumnya satu cara hidup dan bentuk pakain mereka yang khusus. Kemudian ini pula akan meniggalkan kedua-dua warisan itu kepada angkatan selanjutnya yang berkemungkinan akan membuat sedikit perubahan pada kedua-duanya.

-Pengaruh Luar

Beberapa factor yang mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa dan cara hidupnya akibat daripada pertembungannya dengan bagsa-bangsa lain. Adapun sejauhmana dan cara mana sesuatu bangsa itu terpengaruh dengan bangsa-bangsa lain, hal ini adalah bergantung sebahagian besarnya kepada suasana politiknya, pemikirannya dan juga moralnya.

Dua Hakikat Penting Mengenai Pakaian

Pertama: Bahawa pakain bukanlah sekadar suatu alat bagi menutup sebahagian anggota badan dan mengawalnya daripada ancaman udara, malah ia berperanan lebih dari itu, ia mempunyai akar umbi yang mendalam dalam jiwa sesuatu bangsa itu, ketamadunnannya, kemajuan hidupnya, tradisinya dan lain-lain yang termasuk ke dalam semua aspek sosialnya.

Kedua:Bahawa setiap pendorong yang memainkan peranannya di sebalik perkembangan pakain sesuatu bangsa, kecuali suasana geografinya, adalah terdedah kepada perubahan dan pertukaran dari masa ke semasa dengan pantas dan tanpa disedari kerana tidak ada satupun daripada pendorong-pendorong diam atau kaku, malah tiap satunya akan menerima perubahan. Perubahan yang berlaku tidak sahaja memberi kesan kepada corak pakain individu sesuatu bangsa malah ia juga memberi kesan sampingan dengan perubahan yang beransur-ansur dalam kehidupan sosial bagi bangsa itu.

Sesunguhnya tiap bangsa itu memang dahagakan ketingian dan kemajuan hidup. Apabila berkembang ilmu pengetahuan di kalangan mereka, tingi daya pemikiran mereka, terbuka luas pandangan mereka, bertmbah maju perusahan dan perniagan mereka, bertambah banyak kekayaan mereka dan kemudahan hidup di bidang ekonomi mereka di samping terdapat peluang-peluang untuk mengadakan perhubungan dengan bangsa-bangsa lain dan mendapat pengalaman-pengalaman baru daripada bangsa-bangsa itu sama ada dari sudut moral, tamadu, kemajuan hidup dan seumpamanya, maka ketika itu berlakulah satu peralihan dalam secara perlahan-lahan dalam kehidupan sosial bangsa itu yang serentak akan diikuti pula oleh perubahan emosi dan seleranya, akan meresap rasa cintakan keindahan dan disiplin ke dalam hidupnya.

Pada keseluruhannya, citarasa suatu bangsa dan juga tabiat sosialnya sering menerapkan pengubahsuaian yang baik terhadap bentuk pakainnya menurut sejauh mana persediaannya menerima sesuatu yang baru dan membuang corak yang lama, dan juga sejauhmana keinginannya untuk turut bersama dalam arus perkembangan tamadun.
Kesan-kesan Peralihan Ke Arah Perindustrian Pakain

Apa yang telah dibangkitkan oleh penilis seblum ini adalah proses semula jadi yang normal dalam pertumbuhan pakain kebangsaan sesuatu bangsa dan juga perkembangan serta kemajuan yang di capainya. Tetapi dari pada aspek perindustrian keadaanya adalah berbeza kerana suasana perindustrian memaksa sesuatu bangsa itu menukarganti pakaiannya dengan cara mendapatkannya daripada bangsa yang lain.

Sebenarnya fator-faktor tiruan tidak berjaya menghasilkan satu perubahan yang kekal buat selama-lamanya, tetapi ia boleh menyebabkan pertumbuhan semulajadi terganggu dan kadang-kadang pula ia menjadi halangan dalam pertumbuhan tersebut.

Di antara beberapa alasan yang mengharuskan perubahan bentuk pakain diadakan melalui tndakan undang-undang ialah dengan berlakunya perubahan pakain bagi sesuatu bangsa itu adalah diharapkan bertukar cara berfikiran mundur menjadi cergas dan bernafas yang dapat menggantikan keadaan lama yang lembab dan kaku: dengan hanya melucutkan pakain bentuk lama yang tidak menarik dan akan lenyap dalam sekelip mata.

Keperluan Pakain Sebagai Satu Lambang Sosial

Bentuk atau fesyen pakaian bukanlah merupakan suatu gejala masyrakat yang berasingan, malah ia adalah hasil dari integrasi berbagai faktor alam semulajadi dan sosial. Hakikat ini jika di akui kebenarannya maka terpaksa pula mengakui bahawa bentuk pakain yang mendapat sambutan ramai di kalangan di kalangan sesuatu bangsa adalah natijah daripada adunan faktor-faktor tadi, iaitu satu bentuk asli yang serasi dengan sifat semulajadi bagi bangsa itu, dan sekiranya ia, secara mengejut, menukar bentuknya yang asli dengan bentuknya yang baru yang bukan hasil dari adunan faktor-faktor tadi, maka tidak syak lagi dengan tindakan itu ia telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah dikurniakan Allah kepad manusia di permukan bumi.

Pakain bagi sesuatu bangsa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan cara hidup bangsa itu dan di antara cara hidupnya pula dengan kehidupan sosial hariannya mempunyai hubungan dan pertalian dari berbagai sudut. Hubungan dan pertalian akan tetap kekal dalam keadaanya yang normal kerana kehidupan itu dalam bentuknya yang sebegini akan terus bergerak dan berubah dalam semua unitnya. Tetapi apabila perubahan itu berlaku bukan dalam bentuknya yang normal iaitu berubahnya bentuk pakain dan cara hidup sesuatu bangsa itu atau bentuk pakain dan cara hidup sesuatu sesuatu bangsa itu atau bentuk pakaiannya sahaja melalui saluran-saluran yang tidak asli dan natural maka akan berlaku dalam kehidupan bangsa itu suasana yang tidak tenang dan pincang kerana unit-unit kehidupan yang lainnya tidak turut bersama dalam perubahan itu di samping tiada satu bentuk hubungan atau integrasi di antara unit-unit itu dengan perubahan yang berlaku.

Keindahan, kesederhanaan dan kesesuaian pakaian bagi suasana yang maju adalah bergantung, menurut kaadaan sebenarya, kepada kemajuan sesuatu bangsa yang cergas, maju, bermoral tnggi, dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Sejauh mana kemajuan yang dicapainya dalam bidang-bidang di atas sebanyak itu pula berlakunya pangubahsuaian terhadap bentuk pakain kebangsaanya kerana sesuatu kehidupan sosial yang inginkan kemajuan akan melakukan sendiri pengubahsuaian dan perubahan terhadap keadaan lamanya dengan yang normal.

Perubahan yang brlaku pada sesuatu bangsa dan juga cara hidupnya tanpa diasaskan kepada faktor-faktor kemajuan sosial dalam skop umumnya di samping terdapat usaha-usaha ke arah menigkatkannya ke peringkat yang melebihi tahapnya yang sebenar dengan melalui satu tindakan yang sengaja diada- adakan. Kepincangan dan pergolakan yang berlaku dalam struktur sosial, alam pemikiran dan moral bagi sesuatu bangsa yang mundur yang berusaha memajukannya secara mendadak.

Sesuatu bangsa yang kedudukan ekonominya tidak membolehkannya untuk menanggung perbelanjaan mengadakan satu bentuk pakain tertentu adalah dianggap zalim apabila memaksanya memilih satu bentuk pakain dan cara hidup memberatkannya yang nilainya melebihi tahap kemampuan ekonominya. Perbuatan sebegini sudah pasti akan merosakkan bangsa itu kerana ia buka sahaja akan memilih pakain dan cara hidup sesuatu bangsa yang telah maju dan kaya tetapi ia juga akan berusaha untuk memilih ideologi-ideologi bangsa itu dan etika kerja mereka.

Pakain, bahasa dan huruf-huruf bagi sesuatu bahasa adalah tunggak di mana tertegaknya identiti sesuatu bangsa, dengan itu apabila runtuhnya tunggak itu, maka sudah tentu identitinya akan beransur-ansur pupus dan meresap ke dalam perkauman bangsa lain, akhirnya ia hanya akan menjadi kenangan buat pandangan matanya.

Pemilihan sesuatu bangsa terhadap bentuk pakaian bangsa lain sebenarnya adalah satu pernyatan tentang perasaan rendah diri yang terdapat dalam jiwa bangsa itu, dengan lain perkataan ia telah menganggap dirinya sebagai satu bangsa yang hina, tidak ada padanya sesuatu yang dapat dibanga dan dimuliakan, datuk nenek mereka tidak berdaya meningalkan sesuatu yang dapat dipelihara.

Daripada apa yang disaksikan oleh sejarah terhadap peristiwa-peristiwa zaman kita ini menunjukan bahawa sesuatu bangsa itu tidak akan menrima bentuk kerendahan, kehinaan dan malu kecuali apabila mereka berada dalam salah satu di antara gambaran berikut; sama ada mereka pernah mengalami kehancuran demi kehancuran dalam semua bidang kehidupan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

Dari Sudut Pandangan Syara’k

Islam adalah agama fitrah oleh sebab itu dalam sebarang urusan kehidupan manusia ia hanya akan mengikuti satu cara yang sesuai dengan pemikiran umum manusia dan juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Islam tidak pernah manentukan satu bentuk pakain yang khusus bagi manusia atau satu cara hidup yang khusus bagi mereka. Disampin itu Islam telah meletekan sjumlah prinsip dan juga kaedah-kaedah asas dari sudut moral dan sosial semata-mata, Islam menghendaki setiap bangsa itu agar tidak bertindak mengubahsuai pakain dan cara hidupnya sehari-hari kecuali berdasarkan kepada perinsip-perinsip tadi.

Diantara kaedah-kaedah asasnya adalah sepertu berikut; yang partama Islam telah menetapkan batas-batas penutupan aurat bagi kaun lelaki dan perempuan. Islam telah mewajibkan kaum lelaki menutup anggotanya di antara pusat dan lutut, manakala kaum perempuan diwajibkan pula menutup ke semua tubuh badan mereka kecuali muka, dan kedua tangan dan bahagian bawah dua kakinya. Sekiranya pakain sesuatu bangsa itu tidak memenuhi syarat-syarat ini, maka Islam menuntut mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka agar mengadakan ubahsuaian terhadap pakain mereka menurut syarat-syarat tersebut dan apabila telah diadakan ubahsuaian yang menepati syarat-syarat itu, maka mereka sudah diangap telah memenuhi tuntutan Islam.

Kedua ialah kaum lelaki dilarang memakai kain sutera ataupun memakai perhiasan emas dan perak dan lagi Islam menegah kaum lelaki dan perempuan memakai pakain yang boleh melahirkan rasa kagum, megah, besar diri, sombong dan menampakkan kemewahan hidup yang keterlaluan.

Ketiga sekiranya terdapat pada pakaian seperti tanda-tanda yang menjadi lambing sebahagian kumpulan agama bukan Islam, seperti tali pinggang, salib dan gambar-gambar maka wajiblah di hapuskannya. Ini kerana Islam ingin umatnya berbeza dengan orang yang bukan Islam.

Penyerupan

Penyerupan dari sudut bahasa ialah suatu usaha (percuban) yang dilakukan oleh seseorang untuk menyerupakan dirinya dengan orang lain, terdapat empat bentuk penyerupan iaitu;

-Penyerupan Jenis

Iaitu penyerupaan kaum lelaki dengan kaum perempuan atau penyerupaan kaum perempuan dengan kaum lelaki. Perbuatan buruk nini adalah penyelewengan terhadap fitrah manusia dan satu tanda yang menunjukkan wujudnya satu pemikiran yang sudah rosak. Rasulluah s.a.w. telah melaknat melalui hadis baginda yang jelas akan kaum lelaki yang memakai pakain kaum wanita dan kaum wanita yang memakai pakain kaum lelaki.

-Penyerupan Kebangsaan

Adalah suatu bangsa bertindak agar ia menyerupai bangsa-bangsa yang lain. Ini adalah bertentangan dengan fitrah dan akal manusia. Tindakan ini tidak akan berlaku kecuali apabila suatu bangsa itu mempunyai rasa rendah diri dan hilang perasaan malu.

-Penyerupaan Individu

Keadaan ini pada hakikatnya adalah satu tanda kelemahan bagi satu watak seseorang individu. Individu-individu yang melakukan perkara ini dalam hidup mereka akan melihat sendiri diri mereka tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perbuatan meniru begini di anggap sebagai satu amalan yang hina.

-Penyerupaan Orang Bukan Islam

Iaitu seorang muslim berusaha menyerupakan dirinya dengan seorang kafir. Perbuatan ini juga amat keji dari sudut politik kerana ia mengandungi bahaya yang besar. Seseorang yang menyerupai orang kafir kadang-kadang akan dilayani oleh kaum muslim separti mereka melayani orang-orang bukan Islam.

PAKAIAN WANITA ISLAM MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Bagi sesetengah orang ketetapan Syariah ini boleh jadi mempunyi percanggahan dengan pendapat-pendapat peribadi mereka yang sebahagian besarnya dipengaruhi sesuatu pandangan, tangapan dan kecenderungan seseorang itu lebih tinggi atau setaraf dengan hukum-hukum Allah adalah suatu kesombongan dan keangkuhan yang tiada taranya. Hal ini sebenarnya, bermaksud manusia itu telah menjawab petunjuk petunjuk Allah. Sikap seperti ini menepati sikap orang kafir dan munafik, bukannya sifat Mukmin, tsk kirsalah sama ada sempurna atau tak sempurnanya amalan Islam di dalam kehidupannya, Satu cirri penting untuk menjadi seseorang Mukmin mengikut Al-Quran ialah meletakan pandangan, perasaan dan kecenderongan seseorang itu lebih rendah daripada sesuatu ketetapan Allah dan RasulNya.

Syarat Pertama:Had Menutup

Pakain tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali anggota yang diizinkan dengan jelasnya. Seorang wanita Islam tidak seharusnya menampakan kecantikkan dan perhiasannya(zinah). Perkatan zinah mempunyai dua maksud iaitu semulajadi atau kecantikan tubuh dan perhiasan yang di pakai seperti cincin, rantai, gelang tangan dan juga pakaian.

Tudung kepala hendaklah dilabuhkan menutupi pangkal leher ini bermaksud tudung tersebut perlu labuh bukan setakat menutupi rambutnya, bahkan menutupi leherdan dada sekali.

Sayarat Kedua:Longgar

Pakain tersebut mestilah cukup longgar sehingga ia tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita itu. Salah satu cara yang paling baik untuk melindungi susuk tubuh ialah dengan memakai pakaian luar longgar yang tidak bertentangan di luar pakain tersebut.

Syarat Ketiga:Tebal

Pakaian tersebut hendaklah cukup tebal agar ia tidak akan menempakkan warna kulit si pemakainya ataupun bentuk tubuh pemakai yang sepatutnya dilindungi

Syarat Keempat:Tuada Daya Tarikan

Pakaian itu tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaum lelaki terhadap kecantikan si pemakai tersebut, Al-Quran dengan jelasnya menerangkan tentang tujuan pakaian wanita ialah untu menyembunyikan zinah.

Syarat-syarat Tambahan

Pakain itu tidak harus menyerupai pakain yang pada kebiasaannya dianggap sebagai pakain orang-orang kafir. Peraturan ini diperolehi dari peraturan umum syariah bahawa umat Syariah bahawa umat Islam hendaklah mempunyai sahsiah yang tersendiri dan membezakan pakain atau akhlaknya daripada orang-orang kafir.

Pakaian itu bukanlah dipakai di atas dasar mencari kesombongan, dan kebangaan, kebangaan demikian Cuma boleh diperoleh dengan memakai pakaian yang berwarna warni, untuk memperolehi perhatian orang lain.

Pakaian tersebut hendaklah tidak serupa dengan pakain leleki. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. melatnati lelaki yang menyerupai permpuan dan permpuan yang menyerupai lelaki.

SYARAT-SYRAT PAKAIAN LELAKI

Syarat-syarat asas yang dikenakan ke atas pakain wanita juga di sandarkan ke atas pakain lelaki dengan beberapa perubahan. Ini mudah difahami kerana Islam menakrifkan aurat sebagai mana-mana bahagian y ang harus di lindungi sepanjang waktu melainkan dalam kekecualian yang diizinkan oleh Syariah. Penutupan aurat juga adalah syarat kepada sahnya sembahyang.

Telah diijmakan oleh para fuqaha berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya melainkan tangan dan mukanya. Bagi lelaki pula, auratnya di takrifkan sebagai kawasan di antara pusat dengan lutut.

Di dalam lingkungan penakrifan tentang aurat bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, keempat-empat syarat seperti yang telah di kemukakan di atas adalah sama pada dasarnya:

-Lelaki hendaklah menutup semua auratnya.

-Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar sehingga tidak menampakkan apa yang ia
lindungi

-Mestilah cukup tebal sehiga tidak menampakkan warna kulit kawasan mahupan
angota yang wajib di tutup

-Hendaklah direkabentuk sehingga tidak sampai menarik perhatian para wanita
terhadapnya. Peraturan umum mengenai kehormatan yakni tidak untuk menunjuk-
nunjuk juga terpakai keatas semua lelaki dan wanita muslim.


Terdapat pula tiga syarat tambahan yang dibincangkan di bawah kanun pakain permpuan yanturut di sandarkan ke atas pakain lelaki:

-Ia tidak menyerupai pakain perempuan

-Ia tidak menyerupai pakain yang jelas dikenali sebagai pakain orang-orang kafir.

-Ia bukan pakaian untuk tujuan berbanga, mencari kemasyhuran dan nama

-Kaum lelaki juga diharamkan memakai emas dan sutera.

KESIMPULAN

Apa yang menjadi tumpuan penulis buku ini ialah perintah-perintah Allah yang digali dari KalamNya yakni Al-Quran dan di huraikan oleh Rasullah s.a.w. Perentah dan arahan tersebut menjadi tanggungjawab utama bagi setiap individu muslim, lelaki atau wnita pada hari di mana mereka semua dibangkitkan di hadapan Allah untuk dipertangungjawabkan mengenai apa yang telah mereka lakukan sewaktu hidup diatas muka bumi ini. Bagaimanapun, bukanlah suatu kekuatan tekanan atau paksaan yang akan membawa pengabdian diri kepada Allah sebaliknya kecintaan kepadaNya, serta penerimaan terhadap petunjukNya sebagai kebenaran hakiki. Walaupun ia akan bercanggah dengan pendapat peribadi seseorang itu serta diikuti pula dengan suatu usaha untuk mendekatkan lagi jurang di antara amalan kini dengan peringkat yang dikehadaki oleh Allah S.W.T.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com