Tajuk: Penyakit Rohani Dan Cara Mengubatinya

Pendahuluan.

Riyak bermaksud amalan baik yang dilakukan oleh seorang muslim untuk menunjuk-nunjuk bagi mendapatkan pujian, tempat dan kedudukan atau kerana tamak kepada dunia dan segala kepentiangannyan. Ringkasnyan amalan yang dilakukan bukan kerana Allah.

Dalam surah anfal Allah berfirman:“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riyak kepada manusia serta menghalangi orang dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfal:47)

Berapa sebab timbulnya riyak :

- tempat manusia itu membesar(rumah/keluarga)
- Sahabat yang buruk
- Lemahnya roh muroqobah dengan allah
- Suka dipuji oleh manusia
- Gilakan pangkat dan tamakkan dunia

Tanda-tanda riyak :

- Aktif dalam beramal dan kuat bekerja sekiranya mendapat pujian. Malas dan kadang-kadang terus mengabaikan apabila mendapat teguran dan sedikit cacian.
- Aktif dalam beramal dan mempertingkatkan usaha apabila bersama dengan orang ramai. Sebaliknya malas bahkan cuai ketika keseorangan.
- Menjaga perkara yang diharamkan oleh allah apabila bersama dengan manusia dan mencabulnya ketika keseorangan.
- Gembira apabila mendapat habuan dari perkhidmatan mereka dan menarik wajah yang tidak baik apabila kerja yang dilakukan untuk islam tidak mendapat ganjaran dari perkhidmatan itu.

Kesan riyak:

- Diharamkan daripada hidayah dan taufik
- Sebenarnya yang memberi taufiq dan hidayah ialah allah sahaja dan allah tidak akan memberi taufiq dan hidayahnya kepada oranr-orang yang beramal bekan kerananya.
- Lahirnya perasan keluh-kesah dan sempit dada
- Riyak merupakan jalan yang menyimpang dari jalan allah, terpesong dari pertunjuk –nya serta tergelincir dari landasan yang suci, sedangkan allah telah menetapkan bahawa barangsiapa yang melencong dari jalan nya akan berasa dalam keadaan sengsara didunia dan menerima azab pada hari kiamat.
- Hilang rasa haibah dari hati manusia
- Hanya allah sahajalah yang mengurniakan haibah(kehebatan) kepada sesiapa yang dikehendaki dari hamba-hamba yang ikhlas. dan allah akan mencabut kehebatan ini dari orang-orang yang riyak.
- Hina didunia dan akhirat
- Riyak adalah bak barang busuk yang disembunyikan walau bagaimanapun dijaga dan ditudung. akhirnya akan keluar juga sedikit demi sedikit dan akan dicari juga dari arah mana bau busuk itu dating.
- Panjangnya jalan dan banyaknya taklif
Riyak bukan sahaja memberi kesan kepada individu-individu bahkan kepada amal jamaie itu sendiri. sekiranya banyak di kalangan akli-ahli jemaah mengalami penyakit riyak ini, sudah pasti melambatkan jamaie dan menghilangkan banyak keberkatan dari allah.

Di antara penyakit ke tiga dan sering terkena kepada umat islam dan sesetengah pendakwah-pendakwah islam serta menghancurkan kerohanian mereka ialah takabbur. yang dimaksudkan takabbur ialah membersarkan diri di samping merendah-rendahkan orang lain.

Allah berfirman:“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia dan menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada allah (atas kebenaran) isi hatinya padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari mukamu) ia berjalan di muka bumi untuk mengadakan kerosakan serta merosakkan tanaman dan binatang ternakan dan allah tidak menyukai kerosakan. (Al-Baqarah:204-205)

Sebab-sebab timbulnya sifat takabbur:

- Rosaknya nilai dan neraca kelebihan di kalangan manusia.
- Membanding-banding nikmatnya degan nikmat orang lain dan melupai pemberi nikmat itu sendiri.
- Dahulu dari segi kelebihan atau lebih banyak kelebihan dari orang lain.
- Lalai, terlupa atau jahil dari kesan takabbur.
- Lupa asal kejadian dari man ia dating, apakah tujuannya dan kemana akan kembali.

Tanda-tanda takabbur:

- berjalan dengan mengankat-angkatkan kepala, bahu dan membuka dada tanda kesombongan.
- Melakukan kerosakan di muka bumi di samping menolak nasihat dan kebenaran walaupun dia mengatahui kebenaran tersebut.
- Memuji-muju diri sendiri dan merendah-rendahkan orang lain ketika berbicara.
- Melabuhkan pakaian dengan niat takabbur ataupun memakai pakaian yang mahal-mahal walaupun yang diharam oleh allah.
- Lebih suka manusia meluru kepadanya daripada dia pergi kepada orang yang dating kepadanya atau lebih suka disambut daripada menyambut.
- Lebih suka mendahului orang lain sama ada ketika berjalan atau di dalam majlis, dalam memberi ucapan dan seumpamanya.
- Membina rumah yang besar-besar atau kenderaan yant berlebih-lebihan tanpa keperluan.
- Suka menengking-nengking atau menunjuk-nunjuk sesuatu dengan kaki atau isyarat –isyarat buruk kepada orang bawahan atau pembantu/pekerjaan.
- Suka dipuji dan suka menerima teguran atas kesilapan yang dilakukannya.

Kesan takabbur :

- diharamkan dari syurga.
- Melazimi keaiban dan kekurangan
- Sentiasa dalam gelisah dan keluh kesah.
- Dihina di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.
- Berlaku perpecahn dalam barisan dan lambat mendapat ansar
- Jauh dari pertolongan allah.

Mengikut hawa nafsu boleh dikatakan sebagai berjalan dengan mengikut apa yang sesuai dengan hawa nafsu dengan lain perkatan tunduk kepada tuntunan hawa nafsu dan perasaan di samping menolak hukum-hukum allah dan hukum-hukum akal yang sejahtera. Allah berfirman:“Siapakah yang lebih sesat dari orang-orang yang mengikut hawa nafsu tanpa pertunjuk dari allah?sesunguhnya allah tidak akan memberi hidayat kepada kaum yang zalim. (Al-Qasas:50)

Antara sebab-sebab manusia terjerebak dan terperangkap dengan hawa nafsu ialah:
o Tidak di latih dari semenjak kecil untuk bersusah payah dan menahan hawa nafsu.
o Masyarakat mengabaikan terhadap ahli dan pengikut hawa nafsu
o Cintakan dunia lupakan akhirat

Bakhil juga adalah penyakit rohani yang tidak kurang bahayanya kepada umat islam lebih-lebih lagi kepada petugas-petugas islam dan ahli-ahli gerakan. Allah berfirman“sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang diberi oleh allah dari kelebihan nya menyangka bahawa yang demikian itu baik bagi mereka. Bahkan yang sedemikian itu amat buruk untuk mereka dan allah akan kalungkan harta-harta mereka di leher-leher mereka di hari qiamat nanti. Sebab-sebab berlaku bakhil:

- mereka melupai bahawa bersifat bakhil adalah amat dibenci oleh allah dan rasul.
- Mereka melupai bahawa harta adalah harta allah dan menyangka bahawa harta-harta yangb diusahakannya adalah milik mutlak mereka.
- Mereka melupai bahawa harta-harta yang dikumpul semua akan binasa. Hanya amal-amal soleh dan sedekah yang disedekahkan sahajalah yang akan memberi manafaat di dalam kubur dan yang akan memberatkan timbangapabila amalan meraka ditimbang di hadapan allah nanti.
- Mereka melupai tugas sebenarnya mereka di muka bumi seta jahil tentang hak-hak srta kewajipan sebagai seorang muslim di mana hak fakir miskin hak kaum kerabat, hak jiran, hak orang-orang yang berjuang di jalan allah dan lain-lain di mana kesemuanya akan ditanya di hadapan allah
- Hilanglah kasihan belas dan ingin membantu kepada yang memerlukan bantuan kerana meraka diserang penyakit cintakan dunia serta perasaan tamak yang menguasai diri mereka.

Kesimpulan dari penyakit bakhil:

- jauhilah sifat bakhil kerana sifat bakhil amat dibenci oleh allah, malaikat-malaikatnya dan masyarakat.
- Sifat bakhil akan menghilangkan roh jihad dan semangat untuk berkorban di jalan allah.
- Harta yang terkumpul di tangan orang-orang yang bakhil tidak akan diberkati dan tidak akan disucikan oleh allah selagi dia tidak bertukar menjadi dermawan.
- Orang-orang bakhil akan hidup dalam kegelisahan dan jauh daripada kebahagiaan kecuali mereka kembali kepada allah.
- Gerakan islam tidak akan berjaya dan tidak akan mendapat pertolongan daripada allah selama mana pendukung-pendukungnya bersifat bakhil.
- Orang-orang yang bakhil ialah orang-orang yang tidak bersyukur dengan nikmat allah, hanya azab untuk mereka.
- Cukuplah orang-orang yang bakhil dianggap sebagai seteru allah dan orang-orang yang dermawan sebagai kekasihnya.
- Orang-orang yang bakhil jauh dari allah dan jauh pula daripada rahmatnya sedangkan orang-orang yang dermawan akan dekat dengan allah dan dekat pula dengan syurganya.

Pengertian futhur dari segi bahasa ialah :
1) terputus selepas berterusan atau berhenti selepas bergerak
2) malas atau undur diri atau lambat-lambat selepas bersungguh-sungguh dan aktif.

Dari segi syarak ialah ia merupakan penyakit yang terkena kepada pendukung-pendukung islam. Serendah-rendahnya merasa malas, ingin undur kebelakang atau terhenti selepas begitu bersemangat dan hebat bergerak.

Di antara sebab-sebab yang mungkin terjadinya penyakit futhur ialah:

- Extrimis dan berlebih-lebihan dalam agama
- Liar dengan jemaah dan suka bersendirian dengan alas an untuk menuntu ilmu dan beribadat
- Kurang mengingati mati dan hari akhirat
- Masuk dalam perutnya sesuatu yang haram atau perkara-perkara yang syubahat atau bermaksiat kepada allah
- Mengabaikan amalan harian
- Tidak bersedia menghadapi liku-liku perjuangan
- Bersahabat dengan orang-orang yang lemah iradat dan pencinta-pencinta dunia
- Mengabaikan hak badan kerana banyak tanggungjawab disebabkan sedikitnya petugas-petugas

Kesimpulan dari penyakit futhur:

- kepada semua petugas-petugas islam hendaklah sentiasa beriltizam dengan jemaah agar tidak ditimpa dengan penyakit futhur.
- Pastikan ibadat serta wirid-wirid harian dijaga seperti membaca al-quran, al-mathurat, solat dhuha, qiqmullail, zikir, doa dan lain-lain agar tidak mudah terkena dengan penyakit futhur.
- Janganlah terlalu extrim dan janganlah terlalu bermudah-mudah. oleh itu bersederhanalah kerana yang sederhana itulah amat sesuai dengan agama.

Kepada semua umat islam yang beriman kepada Allah, sesungguhnya agar berhati-hati dengan penyakit riyak, takabbur, hasad dengki, mengikut hawa nafsu, futhur dan lain-lain penyakit rohani kerana penyakit-penyakit tersebut amat merbahaya bagi kehidupan dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Oleh yang demikian, kita haruslah menyediakan diri kita dengan ilmu-ilmu yang boleh membawa diri kita ke jalan yang diredhai Allah dan menghalang diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com