Tajuk: Andal Adalah Wanita Syurga

PENDAHULUAN

Buku berjudul: Andalah wanita syurga, mengupas tentang ciri-ciri dan perkara-perkara yang diperlukan oleh muslimah untuk menjadi muslimah sejati. Dalam Islam, wanita dipandang tinggi dan sangat dihormati. Penghormatan terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam dan Al-Quran sehingga ada surah yang membincangkan soal wanita. Surah itu dinamakan An-nisa' bererti surah wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita tidak diabaikan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad telah memberi teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita.

Sebenarnya, lelaki dan wanita itu telah diberi hak yang sama dan kewajipan yang sesuai denagn keadaan jasmani dan peribadi yang sesuai. Lelaki dibari tugas untuk memimpin dan melindungi wanita. Memang sifat semula jadi wanita yang senang dengan perlindungan, dikasihi, dihormati, seta di ambil berat tentang kebajikannya. Bagi wanita pula, tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semula jadi yang dikurniakan Allah SWT untuknya.


Cara Wanita Islam Berjiran

Setiap wanita muslim mestilah berbuat baik kapada jiran memandangkan masyarakat Malaysia yang hidup secara bermasyarakat. Berbuat baik dengan jiran dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Terdapat banyak faedah dan manfaatnya jika kita berbuat baik denagn jiran.

Terdapat beberapa peraturan untuk kekal berhubungan baik dengan jiran. Antaranya ialah, kita menziarahi jiran ketika mereka sakit. Melawat dengan membawa buah tangan dan memberi sedikit kata-kata semangat amatlah baik demi menjaga silaturrahim sesama jiran. Sewaktu bertemu jiran, mulakanlah dengan ucapan salam dan jangan perbanyakkan pertanyaan kepada mereka ketika berbual. Ucapkan takziah dan tahniah bila perlu. Ini menunjukkan keprihatinan kita kepada jiran. Kita perlulahmembantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan. Maafkan kesalahan dan keterlanjuran jiran sekiranya mereka ada melakukan kesalahan. Kita tidak seharusnya terus bermasam muka dengan jiran terutama sekali atas sebab-sebab remeh sahaja. Apabila hendak menegur kesalahan mereka, hendaklah kita menegurnya dengan lembut tanpa menyakiti hati sesiapa.

Selain daripada memelihara pergaulan dengan jiran, wanita muslim itu perlulah sentiasa menjaga hubungan sesama insan dengan baik dan beradab sopan. Antara cara-cara beradab dalam pergaulan ialah, memulakan pertemuan dengan salam, menggembirakan saudara seagama bila bertemu dengan mereka, bergaul denagn mesra, memanggil dan menyebutkan nama seseorang denagn sebaik-baik sebutan. Jika berada di sebarang majlis, hendaklah memperluaskan tempat duduk, tidak bersempit-sempit sehingga mengganggu keselesaan orang lain.


Ketahanan Jiwa Seorang Wanita

Wanita sering dipandang sebagai insan yang lemah jiwanya. Kerana nafsu yang tebal, ketahanan jiwa seorang wanita menjadi lemah jika dibandingkan dengan lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal manakala yang sembilan bahagian lagi ialah nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai sembilan bahagian akal untuk berfikir dan hanya satu bahagian nafsu.

Nafsu wanita yang lebih tinggi daripada lelaki membuatkan wanita tidak dapat mengawal tindakannya dengan lebih rasional. Kemahuan dan tindakan wanita sering dipengaruhi oleh nafsunya.

-CARA TERBAIK MELAWAN HAWA NAFSU WANITA

Cara yang terbaik untuk melawan nafsu ialah dengan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu, seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya. Ilmu itu merupakan makanan akal dan jika ilmu itu merupakan ilmu yang dirahmati Allah, fikiran kita akan menjadi lebih teguh.

Selain itu, wanita memerlukan bimbingan seorang lelaki. Lelaki yang baik dapat menaikkan taraf seorang wanita itu. Jalan terbaik untuk mengendali wanita ilah denagn memimpin emosinya. Hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami, atau anggota masyarakat yang lain. Lelaki tersebut seharusnya sering mengingatkan mereka tentang keburukan mengikut emosi dan hawa nafsu. Wanita sentiasa memerlukan kata-kata nasihat untuk kebaikan mereka. Melalui ibadah juga wanita dapat mengawal nafsu mereka.

Wanita Punca Kemuliaan dan Kejatuhan Umat

Dunia zaman sekarang sudah banyak dipenuhi dengan kemelut hidup. Wanita hari ini banyak terdedah dengan pelbagai masalah rumah tangga dan persekitaran. Hanya wanita yang tabah dan benar-benar mengerti tentang tanggungjawab mereka sebagai wanita Islam dapat meneroka hidup ini dengan lebih baik.

Wanita kini menjadi punca segala kemaksiatan, bermula dari golongan bawahan hinggalah golongan atasan. Mereka tidak menjaga maruah bangsa dan agama. Walaupun berpakaian yang melambangkan mereka itu wanita muslim, tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara maksiat di tempat awam. Terutama sekali mereka yang berpasangan. Memakai tudung tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan maksiat. Mereka telah mencemarkan imej suci bertudung itu.

Gejala-gejala sosial ini haruslah kita bendung kerana ia melambangkan keperibadian kaum dan agama kita. Berpakaian cara Islam sahaja tidak cukup jika hati dan kelakuan tidak melambangkan Islam.

Wanita di zaman rasulullah amat berbeza sikapnya dengan wanita kini. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam, mereka membela agama mereka dengan apa saja yang boleh mereka berikan, dengan tenaga, pengaruh dan harta benda sekalipun. Ini adalah sebabnya Islam telah mengeluarkan mereka dari kehinaan yang mereka tanggung berabad-abad lamanya iaitu amalan masyarakat jahiliah yang merendahkan status wanita. Mereka telah mencipta sejarah gemilang dengan meninggalkan sama sekali gaya hidup zaman jahiliah. Mereka menjadi tenaga penggerak ke arah keagungan Islam.

Kemuliaan Wanita Terletak Pada Wanita Itu Sendiri

Wanita adalah pengikut kepada kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. Wanita yang baik sanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai srikandi negara yang gigih.

Banyak kisah wanita yang telah dicatatkan dalam sejarah tentang kejayaan, dan ketabahan mereka menghadapi dugaan yang berbagai. Ramai wanita yang berperanan dalam peristiwa besar yang berlaku dalam dunia.

KUASA YANG TERSEMBUNYI DARI SEORANG WANITA
- Kecantikannya. Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelaki, kecantikan wanita itu boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Oleh itu, wanita seharusnya tahu mempergunakan kecantikannya dan bersyukur dengan kecantikan yang dikurniakan. Wanita yang cantik sebenarnya ialah wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat dan berjuang kerana Allah SWT.
- Layanan wanita. Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki pula suka dilayan. Layanan baik seorang isteri mampu melembutkan hati suami.
- Pujukan wanita. Wanita dilahirkan dengan fitrah pandai memujuk. Sebagai wanita yang bertakwa, kelebihan itu diambil sebagai satu cara untuk memujuk suami ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Tanggungjawab Wanita
SEBAGAI ISTERI

Wanita perlu taat kepada suaminya selagi tidak bercanggah denagn hukum agama kerana itu merupakan suatu kewajipan. Jangan sesekali mengkhianati suami dan perlu berlaku amanah. Isteri perlu menjaga diri ketika suami tiada di rumah dan menjaga harta suami. Menjaga amanah suami termasuk tidak memburuk-burukkan suami dengan menceritakan kelemahannya kepada orang lain. Wanita perlu beradab dengan suaminya. Dia tidak seharusnya meninggi diri, menjegilkan mata, bermasam muka dan berleter tanpa sebab. Isteri harus sentiasa berwajah manis bila berhadapan dengan suaminya. Seorang isteri haruslah menjaga maruah suami, memuliakan suami dan menguruskan rumah tangga dengan baik. Isteri adalah penghibur hati suami, maka isteri haruslah sentiasa menghibur dan menjaga hati suami. Setiap kali ingin melakukan sesuatu atau ingin keluar dari rumah, mintalah izin terlebih dahulu.

SEBAGAI IBU

Wanita merupakan penyambung zuriat insan di dunia ini. Allah telah memuliakan wanita denagn melahirkan anak sebagai pewaris kepada mereka dan mereka jugalah yang mendidik anak-anak tersebut. Seorang ibu seharusnya memastikan perkembangan fizikal anaknya dengan baik. Berikan anak-anak cukup makan dan minum, pastikan anak mendapat suntikan imunisasi bagi memastikan kesihatan yang baik, memastikan anak berada dalam keadaan bersih, dan segera mendapatkan rawatan dokotor sekiranya anak jatuh sakit. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat. Berilah anak latihan riadah yang tidak merbahaya.

Selain itu, perkembangan mental anak juga perlu diambil berat oleh ibu. Semasa anak berada dalam kandungan, sentiasalah berdoa agar anak yang bakal dilahirkan itu soleh dan baik. Lagukan kalimah-kalimah Allah kepada anak sejak mereka masih bayi lagi. Dengan cara ini mereka akan terbiasa dengan dendangan yang baik-baik. Jangan biarkan anak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Layanlah anak dengan sabar kerana memang sikap anak suka bertanya, berilah jawapan yang munasabah. Latihlah anak untuk mempercayai diri sendiri. Berikan kepercayaan kepada mereka terutama dalam soal membelanjakan wang agar mereka dapat berlatih membuat keputusan sendiri. Pastikan didikan yang diberikan bertepatan dengan syariat Islam.

Untuk perkembangan spiritual, semasa anak masih dalam kandungan, ibu bapa hendaklah menjaga ibadah dan akhlak mereka. Ibu yang mengandung hendaklah sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran. Ajar anak melakukan perkara yang baik dan tanamkan rasa takut pada Allah. Ajar anak untuk hormat pada orang yang lebih tua dan orang lain juga. Ceritakan kepada mereka tentang kehebatan Allah SWT dan biasakan mereka dengan cara hidup Islam yang tulen. Tanamkan perasaan kasih kepada rasulullah dalam diri mereka dan ajarlah anak-anak untuk membaca dan memahami Al-Quran. Ibu haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Ajar anak-anak agar sentiasa beradab sopan dan menjadi insan yang bermoral. Latih anak-anak mendirikan solat ketika mereka 7 tahun. Jangan biasakan anak dengan kemewahan dan hiburkanlah anak-anak dengan bacaan Al-Quran dan nasyid untuk menggantikan hiburan yang melalaikan.

Wanita Sebagai Pejuang dan Serikandi

Seorang wanita ituboleh dikatakan sebagai serikandi dan pejuang apabila tugas mereka dapat menolong sesama insan sedaya upaya untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT. Segala hukum Allah yang ditegakkan hendaklah dengan niat yang betul, tidak untuk bermegah-megah, dilaksanakan dengan betul dan tidak bertentangan dengan Islam. Tidak juga meninggalkan ibadah asas.

DASAR WANITA ISLAM UNTUK TERUS MAJU

Dasar yang harus diselaraskan dalam pekerjaan umpamanya dalam pendidikan adalah melahirkan insan yang bertakwa hidup dan matinya denagn mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan kepada Allah SWT. Mendidik anak-anak agar dapat menghindarkan sifat-sifat jahat adalah suatu perjuangan. Wanita memainkan peranan yang penting untuk membanteras gejala sosial yang sedang dihadapi sekarang.

Dari segi ekonomi, wanita Islam adalah sebagai penggerak untuk memajukan ekonomi. Wanita juga perlu mencebur diri dalam bidang perubatan. Antara tujuan wanita menceburkan diri dalam bidang ini ialah, supaya anak-anak orang Islam disambut dengan tangan orang yang beriman. Untuk menegakkan perubatan Islam, membantu pesakit sembuh agar dapat beribadah semula, memelihara maruah wanita yang sakit dalam menerima rawatan.

Tidak ada salahnya sekiranya wanita menceburkan diri dalam bidang seni dan kebudayaan asalkan matlamat dan tujuannya benar. Antara matlamatnya ialah, memenuhi tuntutan fitrah manusia untuk berhibur tanpa mengorbankan syariat, menolak corak kebudayaan liar yang melanda masyarakat. Menghiburkan manusia agar mereka beribadah tanpa rasa bosan dan sebagai salah satu cara berdakwah yang berkesan untuk menarik golongan yang bukan Islam.

Kesimpulan

Wanita merupakan insan yang dilahirkan sebaik-baik manusia. Wanita sangat agung disisi Islam dan Islam tidak pernah memandang rendah dalam setiap kekurangan dan kelemahan wanita. Sesungguhnya, setiap kelemahan itu terdapat kehebatan yang tersirat disisi Islam.

Oleh itu, wanita tetap berperanan penting dalam perjuangan Islam dan wanita juga merupakan model utama untuk memastikan anak-anak muda akan datang hidup dengan cara Islam. Ini adalah kerana wanita sebagai ibu dan isteri yang sentiasa menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

Wanita memikul banyak tanggungjawab untuk memastikan keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Ertinya, wanita yang diklasifikasikan sebagai kaum yang lemah ini sebenarnya sangat kuat dan teguh pada pandangan Islam. Cuma tenaga kudrat mereka tidak segagah lelaki. Itulah yang lemahnya. Wanita masih memerlukan perlindunagn lelaki, namun, terdapat wanita di sebalik setiap kejayaan lelaki.



------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com