Tajuk: Wahyu (Bab 4: Sumber-Sumber Ajaran Islam)

Bab 4: Sumber-Sumber Ajaran Islam

4.0 Pendahuluan

Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:
a. Sumber-sumber asasi iaitu:-
Al Qur'an
Al Sunnah / al Hadith

b. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada:-
Al Ijmak
Al Qias

4.1 Sumber asasi:

Al-Qur'an:

Al-Qur'an ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-'a, yaq-ra'-u yang bererti bacaan.

Selain daripada panggilan al-Qur'an ia juga disebut dengan al-Furqan, al-Kitab, az-Zikr.

Makna Al-Qur'an dari segi istilah ialah kalam (perkataan) Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bahasa Arab yang diturunkan dan disampaikan secara mutawatir (yang berturut-turut) dan membacanya suatu ibadah.

Penurunan Al-Qur'an
Al-Qur'an adalah hidayah Allah s.w.t. kepada semua umat manusia. Ianya juga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Rasulullah s.a.w. Selain dari itu al-Qur'an juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala-galanya baik secara umum atau khusus.

Penuruman Al-Qur'an telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang iaitu selama 23 tahun. Bermula dengan ayat:

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: 1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - 5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.(Surah al Alaq: 1-5).

Berakhir dengan ayat:
Terjemahan: Diriwayatkan daripada al-Bara' r.a katanya: Ayat al-Quran yang terakhir sekali diturunkan ialah ayat: Yang bermaksud: Mereka meminta fatwa kepadamu tentang ayat kalalah(Diriwayatkan Bukhari dan Muslim). Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta Yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah al Nisa’: 176).


Tetapi ada yang mengatakan ayat berikut:
Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: …. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu….(Surah al Maidah: 3).

Ciri-Ciri Khusus Al-Qur'an
Al-Qur'an mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain:

Pertama:
Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang membezakan dari kitab-kitab samawi (langit) yang lain. Tidak ada kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.(Surah Yusuf: 2).

Kedua
Al-Qur’an diturunkan sebagai wahyu daripada Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz dan maknanya dari Allah s.w.t.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka, tanda-tanda yang ditunjukkan itu boleh menarik perhatian umat masing-masing supaya beriman dengan mereka. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh itu aku berharap, akulah yang paling ramai pengikut berbanding dengan mereka pada Hari Kiamat(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ketiga
Al-Qur’an menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Oleh itu Allah s.w.t. telah mencabar orang-orang Arab agar mencipta satu surah yang sama seperti al Qur’an tetapi mereka tidak mampu melakukannya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.(Surah al Baqarah: 23).

Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Qur’an bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah s.w.t. yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Keempat
A-Qur’an disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini. Keasliannya adalah diyakini, tidak terpengaruh oleh pindaan atau perubahan.

Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.(Surah al Hijr: 9).

Kelima
Membaca al-Qur’an sama ada di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Terjemahan: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari) (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Allah s.w.t. telah mewajibkan umat Islam membaca ummul al Kitab atau surah al Fatihah dalam setiap sembahyang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah al-Fatihah(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Al-Sunnah / al Hadith

As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w. baik dalam bentuk qauliah (ucapan), fi’liyah (perbuatan), mahupunya taqririyah (pengakuan).

Al-Sunnah adalah sumber asasi yang kedua selepas al Qur’an. Ia berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Qur’an secara praktikal dalam melaksanakan perintah al-Quraan.

Pengertian di atas al Sunnah boleh dibahagikaa kepada tiga bentuk:

i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan seperti sabda Rasulullah s.a.w.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Hadith di atas diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada beberapa orang sahabat apabila dilaporkan kepada baginda s.a.w. berkenaan seorang sahabat yang berhijrah ke Madinah kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang mengikuti keluarga berhijrah ke Madinah.

ii- Sunnah Fi’liyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti Nabi melakukan ibadah solat kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengadu sakit lalu para Sahabat mendapatkan baginda seterusnya membawa pulang. Baginda mendirikan sembahyang dalam keadaan duduk sebaliknya para Sahabat mengikutinya dalam keadaan berdiri. Baginda kemudiannya mengisyaratkan agar para Sahabat duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia bangkit dari rukuk, bangkitlah dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, maka sembahyanglah juga dalam keadaan duduk(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Hadith di atas mengajarkan kepada umat Islam cara-cara sembahyang secara duduk. Melalui perbuatan Rasulullah s.a.w. umat Islam mengetahui kaifiat sembahyang ketika sakit yang tidak boleh dilakukan secara berdiri.

iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah saw terhadap apa yang diucapa dan dilakukan oleh para sahabat r.a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syarak seperti Rasulullah s.a.w. tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Emak saudaraku Ummu Hufaid telah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w minyak sapi, keju dan daging dhab. Baginda memakan minyak sapi dan keju dan meninggalkan daging dhab kerana merasa jijik. Lalu hidangan yang disediakan untuk Rasulullah s.a.w telah dimakan. Sekiranya haram tentu hidangan untuk Rasulullah s.a.w itu tidak akan dimakan (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Bukti al Sunnah sebagai sumber hukum

Terdapat dalil-dalil yang membuktikan bahwa al Sunnah al Hadith sebagai hujjah bagi kaum Muslimin adalah merujuk kepada:

1. Al Qur'an.
Di dalam al Qur’an banyak terdapat ayat-ayat yang memerintahkan umat Islam agar mentaati Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir.(Surah ali ‘Imran : 32).

Di samping itu Allah s.w.t. teleh menjelaskan, bahwa taat kepada Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan mentaati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka Sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa Yang berpaling ingkar, maka (janganlah Engkau berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).(Surah al Nisa’: 80).

Terdapat suatu bukti bahwa apa yang disyari'atkan oleh Rasulullah, juga merupakan syari'at llahi yang wajib ditaati oleh seluruh kaum muslimin.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).(Surah al Hasyar: 7).

2. Al Sunnah.
Banyak jumlah hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang memerintah-kan agar kaum Muslimin sentiasa berpegang kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Antara lain hadits Abu Najih al-Irbadh bin Sariyah r.a, yang menceritakan :

Terjemahan: Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat kepada kita dengan suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air
mata. Kami bertanya: "Hai Rasulullah, nampaknya nasihat itu nasihat terakhir. Karena itu beri nasihatlah kita! Sabda heliau: Aku nasihatkan kepadamu ugar kamu taqwa kepada Allah, taat dan patuh, biarpun seorang hamba sahaya memeritah kamu. Sungguh orang yang hidup lama (berumur panjang) di antara kamu nanti bakal mengetahui adanya pertentengan-pertentangan yang hebat. Oleh karena itu hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku, sunnah khulafaurrasyidin yang pada mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah dengan taringmu ! Jauhilah mengada-adakan perkara, sebab perkara yang diada-adakan itu adalah bid'uh. Padahal setiap bid'ah itu adalah tersesat dan setiap yang tersesat itu adalah neraka. (Diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal)

Apabila Sunnah tidak berfungsi lagi sebagai sumber hukum, maka kaum Muslimin akan menghadapi kesulitan dalam berbagai hal seperti dalam solat, zakat, sumpah, muamalah, munakahat dan sebagainya. Sedangkan yang menjelaskan secara terpeinci adalah al Sunnah atau al Hadith Rasulullah s.a.w.
4.2 Sumber-Sumber Ijtihadi

Al-Ijma'
Ijma' dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya

Terjemahan: Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.(Surah Yunus: 71).

Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma' berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma' dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih.

Menurut istilah ulama usul, ijma' ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad saw selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara'.

Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma' itu tidak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut:

i- Hendaklah persepakatan itu berlaku di kalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan mereka, maka tidak dikira ijma'.

ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma', kerana masih ada yang tidak sepakat.

iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi
Muhammad saw. Ijma' tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara' sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.

v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhammad saw sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.

Al-Qias
Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

Rukun Qias
Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempurnakan emapt rukun berikut;

i- Asal (al-asal) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara'

ii- Furu' (al-far'u) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Sunnah ataupun ijma'.

iii- Hukum asal (hukum al-asal) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.

iv- Sebab hukum ('illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal (al Asl) dengan yang baru ( al-Far'u).

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com