Tajuk: Asas Ajaran Islam (Bab 3: Skop Ajaran Islam)

Bab 3: Skop ajaran Islam

3.1 Aqidah
Akidah merupakan dasar penting dalam ajaran Islam. Baik atau tidak kesudahan hidup seseorang itu di sisi Allah s.w.t. adalah bergantung kepada akidah yang ada dalam dirinya. Dalam kata lain seluruh aktiviti kehidupan seseorang itu dapat mencerminkan nilai akidah seseorang itu.

Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab, pecahan perkataan 'aqada yang umumnya bererti ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti tali atau seumpamanya. Walaubagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan "akidah" iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan.

Berpandukan kepada asal perkataan di atas akidah boleh difahamkan sebagi kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun.

Oleh itu akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada Allah s.w.t. serta melaksanakan perintahNya seperti yang terdapat didalam al Quran.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah al Baqarah: 256).

Di dalam agama Islam, iman itu tidak boleh tertegak berdasarkan kepada keraguan atau dipengaruhi oleh unsur prasangka, kerana ia telah ditetapkan dengan jelas oleh al-Quran dan telah dijelaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(Surah al Baqarah: 285).

Dalam sebuah Hadis Rasulullah menjelaskan enam perkara yang menjadi teras iman. Dalam sebuah hadith meriwayatkan:

Terjemahan: daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka(Diriwayatka oleh al Bukhari dan Muslim).

Unsur-Unsur Akidah/ Rukun iman
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa unsur-unsur akidah atau teras iman adalah seperti berikut:

1. Percaya Kepada Allah
Para ulamak merumuskan, bahawa iman mempunyai enam asas. Mereka juga menamakannya sebagai rukun-rukuh iman iaitu: i. Beriman kepada Allah yang merupakan perkara yang pertama dan paling penting. Antara perkara yang perlu dalam konsep beriman kepada Allah ialah: a. Meyakini tentang kewujudan Allah. b. Ma'rifatullah (Mengenali Allah).
c. Faham dan yakin dengan wahyu Allah. d. Mengesakan Allah dari segi Rububiyah (Tauhid Rububiyah) dan UluhiyahNya (Tauhid Uluhiyah) dan melaksanakan tuntutan kedua-duanya dalam semua aspek kehidupan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(Surah al Baqarah: 285).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Surah al Baqarah: 62).

2. Percaya Kepada Para Malaikat
Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".(Surah al Baqarah: 97).

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Abdullah bin Salam mendengar akan tibanya Rasulullah di saat berada di tempat peristirahatannya. Lalu ia menghadap kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Sesungguhnya saya akan bertanya kepada tuan tentang tiga hal, yang tidak akan ada yang mengetahui jawabannya kecuali seorang Nabi. 1. Apa tanda-tanda pertama hari kiamat, 2. Makanan apa yang pertama-tama dimakan oleh ahli syurga, dan 3. Mengapa si anak menyerupai bapaknya atau kadang-kadang menyerupai ibunya?" Jawab Nabi SAW: "Baru saja Jibril memberitahukan hal ini padaku." Kata Abdullah bin Salam: "Jibril?" Jawab Rasulullah SAW: "Ya." Kata Abdullah bin Salam: "Dia itu termasuk malaikat yang termasuk musuh kaum Yahudi." Lalu Nabi membacakan ayat ini (S. 2: 97) sebagai teguran kepada orang-orang yang memusuhi malaikat pesuruh Allah. (Diriwayatkan oleh Bukhari yang bersumber dari Anas.)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa serombongan kaum Yahudi telah datang menghadap Nabi SAW dan mereka berkata: "Hai abal Qasim! Kami akan menanyakan kepada tuan lima perkara. Apabila tuan memberitahukannya, maka tahulah kami bahwa tuan seorang Nabi." Selanjutnya hadits itu menyebutkan yang isinya antara lain bahwa mereka bertanya: 1. Apa yang diharamkan bani Israil atas dirinya, 2. tentang tanda-tanda kenabian, 3. tentang petir dan suaranya, 4. tentang bagaimana wanita dapat melahirkan laki-laki dan dapat juga wanita, dan 5. siapa sebenarnya yang memberi kabar dari langit. Dan dalam akhir hadits itu dikatakan mereka berkata: "Siapa sahabat tuan itu?" yang dijawab oleh Rasulullah SAW: "Jibril." Mereka berkata: "Apakah Jibril yang biasa menurunkan perang, pembunuhan dan siksaan? Itu musuh kami. Jika tuan mengatakan Mikail yang menurunkan rahmat, tanam-tanaman dan hujan, tentu lebih baik" Maka turunlah ayat ini (S. 2: 97) berkenaan dengan peristiwa tersebut (Diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmidzi dan Nasa'i dari Bakr bin Syihab, dari Sa'id bin Jubair yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa pada suatu hari Umar datang kepada Yahudi, yang ketika itu sedang membaca Taurat. Ia (Umar) hairan, karena isinya membenarkan apa yang disebut di dalam Al-Qur'an. Ketika itu lalulah Nabi SAW di hadapan mereka. Dan berkatalah Umar kepada Yahudi. "Aku minta agar engkau menjawab pertanyaanku ini dengan sungguh-sungguh dan jujur. Apakah kamu tahu bahwa sesungguhnya beliau itu Rasulullah?" Guru mereka menjawab: "Memang benar kami tahu bahwa sesungguhnya beliau itu Rasulullah." Umar berkata: "Mengapa kamu tidak mau mengikutinya?" Mereka menjawab: "Ketika kami bertanya tentang penyampai kenabiannya, Muhammad mengatakan "Jibril". Dialah musuh kami yang menurunkan kekerasan, kekejaman, peperangan dan kecelakaan." Umar bertanya: "Malaikat siapa yang biasa diutus kepada Nabimu?" Mereka menjawab: "Mikail, yang menurunkan hujan dan rahmat." Umar bertanya: "Bagaimana kedudukan mereka itu di sisi Tuhannya?" Mereka menjawab: "Yang satu di sebelah kanan-Nya dan yang lain di sebelah kiri-Nya." Umar berkata: "Tidak sepantasnya Jibril memusuhi pengikut Mikail, dan tidak patut Mikail berbuat baik kepada musuh Jibril. Sesungguhnya aku percaya bahwa Jibril, Mikail dan Tuhan mereka akan berbuat baik kepada siapa yang berbuat baik kepada Mereka. Dan akan berperang kepada siapa yang mengumumkan perang kepada Mereka." Kemudian Umar mengejar Nabi SAW untuk menceriterakan hal itu. Tetapi sesampainya pada Nabi, Nabi SAW bersabda: "Apakah engkau ingin aku bacakan ayat yang baru turun kepadaku?" Umar menjawab: "Tentu saja ya Rasulullah." Kemudian beliau membaca: "Man kaana 'aduwwal li Jibrila fainnahu nazzalahu 'ala qalbika ......sampai al-kaafirin." Ayat tersebut di atas (S. 2: 97, 98). Umar bekata: "Ya Rasulullah! Demi Allah, saya tinggalkan kaum Yahudi tadi dan menghadap tuan justru untuk menceriterakan apa yang kami percakapkan, tetapi rupanya Allah telah mendahului saya." (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih, dalam musnadnya dan Ibnu Jarir yang bersumber dari as-Syu'bi. Sanad ini shahih sampai as-Syu'bi, hanya as-Syu'bi tidak bertemu dengan Umar. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber selain dari as-Syu'bi.

Antara tugas-tugas malaikat yang lain memikut arasy berzikir bertasbih dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.(Surah al Mukmin: 7).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi Yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan Yang benar); dan malaikat bertasbih Dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk Yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al Syura: 5).

3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
Setiap muslim mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitabNya kepada para Nabi dan Rasul. Nama-nama yang biasa disebut seperti suhuf atau kitab. Kitab-kitab ini adalah merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasul untuk disebarkan kepada umatnya sebagai panduan dalam kehidupan mereka seperti suhuf yang di turunkan kepada Nabi Ibrahim, Kitab Zabur kepada Nabi Daud, Kitab Taurat kepada Musa, Kitab Injil kepada Isa dan Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan berkaitan dengan kitab, antaranya bermaksud:

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(Surah al Baqarah: 213).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).(Surah al Baqarah: 4).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al Maidah: 48).

4. Percaya Kepada Para Rasul
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya Yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:(Surah al Nisa’: 150).

Maksud “membeza-bezakan” diatas ialah beriman kepada Allah, tidak beriman kepada rasul-rasul-Nya, mereka itu tergolong dalam kalangan orang-orang kafir.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Tidak ada orang Yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang Yang membodohkan dirinya sendiri, kerana Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang Yang soleh Yang (tertinggi martabatnya).(Surah al Baqarah: 130).

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Abdullah bin Salam mengajak dua anak saudaranya, Salamah dan Muhajir untuk masuk Islam dengan berkata: "Kau berdua telah mengetahui, sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman di dalam Taurat, bahwa Ia akan mengutus dari keturunan Ismail, seorang Nabi bernama Ahmad. Barangsiapa yang beriman kepadanya, ia telah mendapat petunjuk dan bimbingan, dan barangsiapa yang tidak iman kepadanya, akan dilaknat. Maka masuk Islamlah Salamah, akan tetapi Muhajir menolak. Maka turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 130) yang menegaskan bahwa hanya orang-orang bodohlah yang tidak beriman kepada agama Ibrahim. (Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah.)

Untuk mencapai keimanan kepada Rasul-rasul seseorang itu memerlukan banyak berusaha ke arah itu. Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tidak mungkin keimanan dapat bertapak di hati. Oleh untuk menguatkan keimanan di hati seseorang itu hendaklah mengamalkan sunah nabi secara bersungguh-sungguh.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Surah al Hujuraat: 14).

5. Percaya Kepada Hari Akhirat
Setiap muslim wajib mengetahui dan yakin bahawa selepas kehidupan dunia akan terdapat satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat. Manusia akan dibangkitkan semula selepas kematian mereka. Mati adalah perpindahan dari alam dunia ke alam Akhirat. Selepas seseorang mati, ruhnya akan di bawa naik bertemu dengan Allah melalui pintu langit pertama sehinggalah melepasi langit ke tujuh. Roh yang baik diterima oleh Allah dan diperintah untuk dicatat dalam buku sebagai ahli syurga. Adapun bagi orang kafir dan jahat, ruh mereka tidak diterima oleh Allah. Malaikat yang menjaga pintu langit enggan membuka pintu langit.

Peringkat-peringkat di Akhirat adalah seperti berikut:
a. Alam Kubur (alam barzah)
b. Hari Kebangkitan (yaum al-Ba'as)
c. Hari Manusia dihimpunkan (yaum al-Hasr)
d. Hari Pembentangan Amalan (yaum Al 'Arad)
e. Hari Perhitungan (yaum al Hisab)
f. Hari Timbang Amalan (yaum al-Mizan)
g. Titian (shiraat)
h. Hari Pembalasan (yaum al-Jaza')

Demikianlah susunan tertib perjalanan di Akhirat. Walaupun dalam perkataannya disebut hari, namun ia bukan bermakna satu hari tetapi lebih tepat kepada maksud satu tempoh yang panjang Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.

6. Percaya Kepada Qadar Dan Qadha'.
Orang mukmin sepatutnya mengetahui, memahami dan meyakini konsep takdir Allah. Allah takdirkan manusia ada yang lelaki ada yang perempuan ada yang berbangsa Melayu, Arab, Cina dan sebagainya. Allah takdirkan dari kalangan manusia ada yang cacat, ada yang panjang umur dan ada yang pendek dan demikianlah takdir Allah s.w.t. Dia Maha Mengetahui sesuatu yang manusia tidak tahu. Allah Maha Adil dan Maha Suci Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. Oleh itu orang mukmin mereka menerima takdir Allah samada baik atau buruk. Mungkin sesuatu yang buruk pada pandangan manusia mempunyai hikmah tertentu di sisi Allah, demikianlah sebaliknya. Dalam al Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan qadar Allah, antara lain;

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Allah mengetahui akan apa Yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa Yang kurang dari Yang dikandung Dalam rahim itu atau Yang lebih. dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya Dengan kadar Yang tertentu.(Surah al Ra’du: 8).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: ….dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Surah al Talaaq: 2-3).

Cara -Cara Berhadapan Dengan Takdir Allah s.w.t.
1. Redha dengan takdir Allah samada baik atau buruk. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
2. Bersyukur seandainya menerima takdir baik.
3. Bersabar sekiranya ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak baik (pada pandangan kita). Mungkin terdapat hikmah tertentu di sebaliknya.
4. Sentiasa berusaha dan berwaspada kerana berusaha dan berwaspada adalah cara hidup Islam dan ia merupakan ibadah .
5. Sentiasa memperbanyakan doa. Jadikanlah berdoa sebagai budaya dalam kehidupan. Berdoa tidaklah semestinya dalam bahasa Arab sahaja malah boleh berdoa dalam berbagai-bagai bahasa yang mudah kita faham. Asalkan apa yang kita doakan itu keluar dari hati kita yang ikhlas merendah diri kepada Yang Maha Agong Khaliq al ‘Alamin.
6. Bertawakkal. Berserah kepada Allah s.w.t. Tidak bergantung kepada selain dari Allah s.w.t. Ada juga mereka selalu berkata “saya boleh, saya boleh, saya bolah” kata-kata ini lahir dari tidak ada tawakkal. Bagi orang yang bertawakkal dia berkata “saya boleh insyaallah, saya boleh insyallah, saya boleh insyaallah”. Perkataan insyaallah itu merupakan kata-kata menunjukkan tawakkal dan suatu doa memohon kepada Allah s.w.t. supaya berjaya apa-apa yang diusahakan.

3.2 Syariat
Perkataan syariah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari asal kata "syir'ah". Syariah dalam bahasa Melayu bererti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.

Syariah menurut perundangan Islam ialah segala hukum yang diperundangkan oleh Allah s.w.t. ke atas hamba-hambaNya supaya mereka beriman dan beramal dengannya.

Hukum-hukum ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya yang benar dan tidak menyimpang dari tujuan. Sifatnya yang begini dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firmanNya:

Terjemahan: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).(Surah al Jathiah: 18).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat Yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah Ahli-ahli syariat Yang lain membantahmu Dalam urusan syariaatmu; dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus. (Surah al Hajj: 67).

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan peraturan kepada manusia menerusi kitab-kitab yang diwahyukan tetapi tabiat manusia lebih cenderung untuk mencipta peraturan sendiri.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya(Surah al Maidah: 103).

Bahiirah: ialah unta betina yang telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil air susunya.

Saaibah: ialah unta betina yang dibiarkan pergi kemana saja lantaran sesuatu nazar. Seperti, jika seorang Arab Jahiliyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, maka ia biasa bernazar akan menjadikan untanya saaibah bila maksud atau perjalanannya berhasil dengan selamat.

Washiilah: seekor domba betina melahirkan anak kembar yang terdiri dari jantan dan betina, maka yang jantan ini disebut washiilah, tidak disembelih dan diserahkan kepada berhala.

Haam: unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi, karena telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali. Perlakuan terhadap bahiirah, saaibah, washiilah dan haam ini adalah kepercayaan Arab Jahiliyah.

Bagi mereka yang gemar mencipta syariat sendiri maka Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada mereka kemurkaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(Surah al Maidah: 44).

Seluruh hukum-hukum yang diperundangkan ini termasuklah apa yang dikeluarkan secara terus dari Al Quran dan al-Hadis, begitu juga segala hukum yang ditentukan melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha' yang didasarkan kepada dua sumber utama ini.

Oleh itu sumber perundangan Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah:
1. al-Quran
2. al-Hadis / al-sunnah
3. al-Ijmak
4. al-Qias

Berdasarkan sumber-sumber ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam perbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagiaan dan kedamaian di dunia dan akhirat.

Islam sebagai peraturan hidup yang sempurna mampu mengatur kehidupan manusia, bukan saja dalam perkara yang berkaitan dengan diri manusia itu sendiri malah yang berhubungkait dengan hal-hal kenegaraan, kemasyarakatan dan alam seluruhnya sebagai satu kesatuan dari ciptaan Allah s.w.t. yang tidak terlepas dari landasan sistemNya.

Syariah Islam juga membicarakan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia sesama manusia seperti dalam hal-hal kekeluargaan, jiran tetangga, dan sahabat handai. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu garis panduan berkenaan persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Dalam hal ini syariah memberikan ruang yang cukup luas bagi manusia membina tamadunnya. Penjelasan terhadap martabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan suatu jawapan bahawa seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu benar- benar dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang bertaqwa.

3.3 Akhlak
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu kata jamak dari khuluq yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi. Istilah lain yang mirip dengan akhlak ialah moral dan etika.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia adalah sikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah s.w.t. dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan, serta menurut petunjuk dari Al Quran dan al-sunnah. Inilah yang dikatakan akhlak Islam yang bersumberkan naqli.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.(Surah al Qalam: 4).

Allah s.w.t. telah memberi jaminan kepada seluruh umat manusia bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai budi pekerti yang cukup tinggi dan mulia. Oleh itu wajarlah manusia seluruhnya mengikut dan beramal dengan akhlak yang dimiliki oleh baginda s.a.w.

Di antara akhlak baginda sentiasa menahan kemarahan dan bersikap lemah lembut dalam semua keadaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.(Surah ali ‘Imran: 159).

Sifat lemah lembut patut menjadi ikutan semua umat Islam. Di samping itu terdapat banyak lagi sifat-sifat lain seperti sidiq, amanah, tabligh, fatanah, sabar, zuhud, ikhlas, syukur, taubat, zikril maut, redha dan hilm.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah al Ahzab: 21).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat Malik)

Terjemahan: daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling baik budi pekertinya. Terkadang baginda ingin mendirikan sembahyang ketika berada di rumahku. Baginda menyuruh aku menghamparkan hamparan yang didudukinya. Kemudian disapu dan direnjiskan dengan sedikit air. Selepas itu Rasulullah mengimami kami dan kami berdiri dibelakangnya, lalu kami mendirikan sembahyang bersama-sama. Alas yang dihampar di tempat sembahyang itu hanyalah diperbuat daripada pelepah kurma(Diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan: daripada Abdullah bin Amr r.a katanya: Ketika Muawiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita tentang Rasulullah s.a.w katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah berbuat perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya(diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan: daripada Abu Hurairah r.a katanya: Tanyakan wahai Rasulullah siapakah orang yang paling mulia? Baginda bersabda: Mereka yang paling bertaqwa. Mereka berkata: Bukan itu yang kami tanyakan kepada engkau. Baginda bersabda: Nabi Yusuf a.s adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, Cucu seorang Nabi dan ayah datuknya adalah Khalilullah iaitu kekasih Allah. Mereka berkata: Bukan perkara itu yang kami tanyakan kepada engkau. Baginda bersabda: Apakah tentang nenek moyang orang-orang Arab yang kamu tanyakan kepadaku? Keunggulan mereka pada masa jahiliah adalah keunggulan mereka pada masa Islam, iaitu jika mereka berbudi pekerti yang baik(Diriwayatka oleh al Bukhari dan Muslim).

Terjemahan hadith di atas menunjukkan diri Rasulullah s.a.w. itu sendiri adalah menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Aishah sendiri pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w., dan beliau menjawab bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al Quran.

Akhlak dalam Islam amat penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri. Akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadi dasar kepada tatacara kehidupan insan, baik dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, mahupun alam seluruhnya. Akhlak dapat dihuraikan dalam tiga bentuk hubungan:

a. Akhlak manusia terhadap Allah s.w.t.
b. Akhlak manusia sesama manusia.
c. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.

Maka disinilah keistimewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat, dan seterusnya umat keseluruhannya.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Wahyu (Bab 4: Sumber-Sumber Ajaran Islam)

Bab 4: Sumber-Sumber Ajaran Islam

4.0 Pendahuluan

Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:
a. Sumber-sumber asasi iaitu:-
Al Qur'an
Al Sunnah / al Hadith

b. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada:-
Al Ijmak
Al Qias

4.1 Sumber asasi:

Al-Qur'an:

Al-Qur'an ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-'a, yaq-ra'-u yang bererti bacaan.

Selain daripada panggilan al-Qur'an ia juga disebut dengan al-Furqan, al-Kitab, az-Zikr.

Makna Al-Qur'an dari segi istilah ialah kalam (perkataan) Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bahasa Arab yang diturunkan dan disampaikan secara mutawatir (yang berturut-turut) dan membacanya suatu ibadah.

Penurunan Al-Qur'an
Al-Qur'an adalah hidayah Allah s.w.t. kepada semua umat manusia. Ianya juga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Rasulullah s.a.w. Selain dari itu al-Qur'an juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala-galanya baik secara umum atau khusus.

Penuruman Al-Qur'an telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang iaitu selama 23 tahun. Bermula dengan ayat:

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: 1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - 5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.(Surah al Alaq: 1-5).

Berakhir dengan ayat:
Terjemahan: Diriwayatkan daripada al-Bara' r.a katanya: Ayat al-Quran yang terakhir sekali diturunkan ialah ayat: Yang bermaksud: Mereka meminta fatwa kepadamu tentang ayat kalalah(Diriwayatkan Bukhari dan Muslim). Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta Yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah al Nisa’: 176).


Tetapi ada yang mengatakan ayat berikut:
Firman Allah s.w.t.

Terjemahan: …. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu….(Surah al Maidah: 3).

Ciri-Ciri Khusus Al-Qur'an
Al-Qur'an mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain:

Pertama:
Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang membezakan dari kitab-kitab samawi (langit) yang lain. Tidak ada kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.(Surah Yusuf: 2).

Kedua
Al-Qur’an diturunkan sebagai wahyu daripada Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz dan maknanya dari Allah s.w.t.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka, tanda-tanda yang ditunjukkan itu boleh menarik perhatian umat masing-masing supaya beriman dengan mereka. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh itu aku berharap, akulah yang paling ramai pengikut berbanding dengan mereka pada Hari Kiamat(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ketiga
Al-Qur’an menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Oleh itu Allah s.w.t. telah mencabar orang-orang Arab agar mencipta satu surah yang sama seperti al Qur’an tetapi mereka tidak mampu melakukannya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.(Surah al Baqarah: 23).

Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Qur’an bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah s.w.t. yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Keempat
A-Qur’an disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini. Keasliannya adalah diyakini, tidak terpengaruh oleh pindaan atau perubahan.

Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.(Surah al Hijr: 9).

Kelima
Membaca al-Qur’an sama ada di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Terjemahan: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari) (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Allah s.w.t. telah mewajibkan umat Islam membaca ummul al Kitab atau surah al Fatihah dalam setiap sembahyang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah al-Fatihah(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Al-Sunnah / al Hadith

As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w. baik dalam bentuk qauliah (ucapan), fi’liyah (perbuatan), mahupunya taqririyah (pengakuan).

Al-Sunnah adalah sumber asasi yang kedua selepas al Qur’an. Ia berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Qur’an secara praktikal dalam melaksanakan perintah al-Quraan.

Pengertian di atas al Sunnah boleh dibahagikaa kepada tiga bentuk:

i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan seperti sabda Rasulullah s.a.w.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Hadith di atas diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada beberapa orang sahabat apabila dilaporkan kepada baginda s.a.w. berkenaan seorang sahabat yang berhijrah ke Madinah kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang mengikuti keluarga berhijrah ke Madinah.

ii- Sunnah Fi’liyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti Nabi melakukan ibadah solat kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengadu sakit lalu para Sahabat mendapatkan baginda seterusnya membawa pulang. Baginda mendirikan sembahyang dalam keadaan duduk sebaliknya para Sahabat mengikutinya dalam keadaan berdiri. Baginda kemudiannya mengisyaratkan agar para Sahabat duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia bangkit dari rukuk, bangkitlah dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, maka sembahyanglah juga dalam keadaan duduk(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Hadith di atas mengajarkan kepada umat Islam cara-cara sembahyang secara duduk. Melalui perbuatan Rasulullah s.a.w. umat Islam mengetahui kaifiat sembahyang ketika sakit yang tidak boleh dilakukan secara berdiri.

iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah saw terhadap apa yang diucapa dan dilakukan oleh para sahabat r.a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syarak seperti Rasulullah s.a.w. tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Emak saudaraku Ummu Hufaid telah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w minyak sapi, keju dan daging dhab. Baginda memakan minyak sapi dan keju dan meninggalkan daging dhab kerana merasa jijik. Lalu hidangan yang disediakan untuk Rasulullah s.a.w telah dimakan. Sekiranya haram tentu hidangan untuk Rasulullah s.a.w itu tidak akan dimakan (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Bukti al Sunnah sebagai sumber hukum

Terdapat dalil-dalil yang membuktikan bahwa al Sunnah al Hadith sebagai hujjah bagi kaum Muslimin adalah merujuk kepada:

1. Al Qur'an.
Di dalam al Qur’an banyak terdapat ayat-ayat yang memerintahkan umat Islam agar mentaati Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir.(Surah ali ‘Imran : 32).

Di samping itu Allah s.w.t. teleh menjelaskan, bahwa taat kepada Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan mentaati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka Sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa Yang berpaling ingkar, maka (janganlah Engkau berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).(Surah al Nisa’: 80).

Terdapat suatu bukti bahwa apa yang disyari'atkan oleh Rasulullah, juga merupakan syari'at llahi yang wajib ditaati oleh seluruh kaum muslimin.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).(Surah al Hasyar: 7).

2. Al Sunnah.
Banyak jumlah hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang memerintah-kan agar kaum Muslimin sentiasa berpegang kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Antara lain hadits Abu Najih al-Irbadh bin Sariyah r.a, yang menceritakan :

Terjemahan: Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat kepada kita dengan suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air
mata. Kami bertanya: "Hai Rasulullah, nampaknya nasihat itu nasihat terakhir. Karena itu beri nasihatlah kita! Sabda heliau: Aku nasihatkan kepadamu ugar kamu taqwa kepada Allah, taat dan patuh, biarpun seorang hamba sahaya memeritah kamu. Sungguh orang yang hidup lama (berumur panjang) di antara kamu nanti bakal mengetahui adanya pertentengan-pertentangan yang hebat. Oleh karena itu hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku, sunnah khulafaurrasyidin yang pada mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah dengan taringmu ! Jauhilah mengada-adakan perkara, sebab perkara yang diada-adakan itu adalah bid'uh. Padahal setiap bid'ah itu adalah tersesat dan setiap yang tersesat itu adalah neraka. (Diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal)

Apabila Sunnah tidak berfungsi lagi sebagai sumber hukum, maka kaum Muslimin akan menghadapi kesulitan dalam berbagai hal seperti dalam solat, zakat, sumpah, muamalah, munakahat dan sebagainya. Sedangkan yang menjelaskan secara terpeinci adalah al Sunnah atau al Hadith Rasulullah s.a.w.
4.2 Sumber-Sumber Ijtihadi

Al-Ijma'
Ijma' dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya

Terjemahan: Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.(Surah Yunus: 71).

Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma' berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma' dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih.

Menurut istilah ulama usul, ijma' ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad saw selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara'.

Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma' itu tidak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut:

i- Hendaklah persepakatan itu berlaku di kalangan para mujtahid, jika bukan dari kalangan mereka, maka tidak dikira ijma'.

ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma', kerana masih ada yang tidak sepakat.

iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi
Muhammad saw. Ijma' tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara' sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.

v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhammad saw sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.

Al-Qias
Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

Rukun Qias
Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempurnakan emapt rukun berikut;

i- Asal (al-asal) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara'

ii- Furu' (al-far'u) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Sunnah ataupun ijma'.

iii- Hukum asal (hukum al-asal) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.

iv- Sebab hukum ('illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal (al Asl) dengan yang baru ( al-Far'u).

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Kelebihan Islam (Bab 5: Keistimewaan Ajaran Islam)

Bab 5: Keistimewaan Islam

5.1 Rabbani
Islam adalah sebuah agama yang bersifat rabbani iaitu ketuhanan. Setiap umat Islam dituntut supaya mengerjakan sesuatu adalah kerana Allah s.w.t. dan meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Surah al An’am: 162).

Dalam setiap detik setiap saat umat Islam diwajibkan sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.(Surah al Nisa’: 103).

Mereka yang enggan menjadikan kehidupan mereka sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. maka sudah tentu mereka akan menjadi musuh Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.(Surah ali ‘Imran: 85).

5.2 Syumul Dan Lengkap
Islam merupakan agama yang syumul iaitu merangkumi semua bidang kehidupan hingga tidak ketinggalan sesuatu pun semua bidang ada dalam ajaran Islam. Islam memperkenalkan sistem akidah, sistem ibadah, sistem akhlak, sistem ekonomi, sistem politik, sistem kekeluargaan dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: …. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini…..(Surah al An’am: 38).

Al Qur’an mengandungi semua bidang kehidupan yang diperlukan oleh manusia untuk kehidupan dunia dan akhirat. Apabila manusia mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain maka tempanglah kehidupan manusia itu sendiri. Itulah sebabnya Allah s.w.t. menggesa manusia supaya mengamalkan Islam itu secara menyeluruh seperti firman Allah s.w.t.

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.(Surah al Baqarah: 208).

Umat Islam akan mendapat nikmat Islam apabila mereka mengamalkan semua yang terkandung dalam ajaran Islam tanpa pilihan. Ini kerana Allah s.w.t. telah menjamin kesempurnaan dan lengkapnya ajaran Islam itu seperti dalam firmanNya:

Terjemahan: ….pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu….(Surah al Maidah: 3).

5.3 Sepadu Dan Seimbang
Islam merupakan sebuah agama yang sepadu. Ia tidak terpisah-pisah seperti agama-agama lain. Islam tidak memisahkan antara solat dan politik. Seorang pemimpin dalam solat adalah layak menjadi pemimpin negara. Jika mereka tidak layak menjadi imam dalam solat maka menurut Islam mereka juga tidak layak menjadi pemimpin negara. Inilah yang disebut sepadu.

Islam tidak membezakan antara solat dan zakat. Setiap umat Islam wajib mendirikan solat mereka juga wajib mengeluarkan zakat. Mereka wajib mencari kehidupan. Mereka dilarang mencuri. Mereka dilarang berzina. Mereka dilarang membunuh tanpa sebab. Semua ajaran Islam saling kait mengait antara satu sama lain hingga memperlihatkan kesepaduan itu.

Islam mengajar umat Islam menolak sekularisma kerana sekularisma telah memisahkan antara tuntutan hidup agama dan dunia, memisahkan tuntutan Allah s.w.t. dengan tuntutan kebendaan duniawi, memisahkan diri dari mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mengabdikan diri sesama manusia. Pada hal dalam Islam menuntut manusia mencarai keredhaan Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".(Surah al Baqarah: 201).

Islam adalah agama yang seimbang. Seimbang antara ilmu dan amal. Seimbang antara individu dan masyarakat. Seimbang antara akal dan nafsu. Seimbang antara kepentingan duniawi dan ukhrawi. Seimbang antara aspek lahiriah dan batiniah. Seimbang antara roh dan jasad. Seimbang antara insan dan haiwan. Keseimbangan ini membolehkan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) …..(Surah al Baqarah: 143).
5.4 Waqii Atau Praktikal
Islam adalah sebuah agama yang praktikal. Ia bukan hanya agama yang bersifat teori semata-mata tetapi boleh diamalkan dengan semuprna dalam semua masa, tempat dan keadaan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Surah al Rum: 30).

Sesetengah kalangan masyarakat Islam yang kurang memahami ajaran Islam masih beranggapan bahawa ajaran Islam ini hanya dapat diamalkan di zaman lampau sahaja sedangan pada masa kini tidak dapat diamalkan lagi. Kenyataan ini adalah tidak ada kebenarannya sama sekali. Kini kita dapat saksikan begitu banyak terjadi ketempangan dalam rumah tangga muslim adalah kerena mereka tidak menghayati kehidupan berumah tangga secara Islam.

Antara lain Islam telah menetapkan hukum hudud sejak dari dahulu lagi hingga sekarang dan akan datang. Selagi manusia tidak mengamalkan hukum hidud dalam masyarakat maka masalah jenayah tidak mungkin dapat diselesaikan. Bilangan penjenayah semakin hari semakin meningkat kerajaan berbelanja berbillion ringgit untuk memberi makanan percuma kepada mereka. Setelah mereka keluar dari penjara perkara sama akan dilakukan. Selagi tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar maka selagi itulah masalah jenayah tidak dapat diselesaikan.

Seterusnya selagi manusia tidak kembali kepada sistem ekonomi Islam yang mengharamkan riba, rasuah, judi dan sebagainya maka selagi itulah ekonomi umat Islam tidak akan terjamin.

Menyentuh pula dalam persoalan politik. Selagi mana umat Islam tidak berpegang kepada prinsip politik Islam maka selagi itulah akan berlaku ketempangan dalam pentadbiran politik Umat Islam.

Islam juga telah menetapkan sistem pendidikan yang berteraskan kepada pendidikan al Quran maka jika umat Islam ingin kebahagian dan kenikmatan pendidikan Islam mereka wajib kembali kepada pendidikan Islam bukan pendidikan Barat. Pendidikan Barat akan menambah rumitkan lagi umat Islam dalam penerokaan bidang ilmu pengetahuan. Pendidikan psikologi Barat tidak sama dengan pendidikan psikologi Islam. Pendidikan seks Islam tidak sama dengan pendidikan seks Barat. Pendidikan etika Islam tidak sama dengan pendidikan etika Barat. Ilmu-ilmu Islam tidak sama dengan ilmu-ilmu Barat.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: …. "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.(Surah al Zumar: 9).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: … Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.(Surah al Mujadillah: 11).

Dengan ilmu dan iman sahaja seseorang itu dilebihkan derjat mereka berbanding dengan orang lain.

5.5 Tinggi Dan Agung

Islam adalah sebuah agama yang tinggi lagi maha agong. Tidak ada agama lain yang lebih baik dari agama Islam.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.(Surah ali ‘Imran: 19).

Islam dan umat Islam telah diberikan kedudukan yang lebih baik jika dibandingkan dengan umat-umat lain.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.(Surah ali ‘Imran: 110).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya.(Surah al Nisa’: 82).

5.6 Alami Dan Universal
Alami dari sudut akidah
Dari sudut akidah manusia seluruh dunia akan mengakui bahawa yang mencipta alam ini adalah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?(Surah al Ankabut: 61).

Semua manusia akan mengakui bahawa yang menciptakan alam ini adalah Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa dari sudut akidah sudah menjadi fitrah dalam diri mereka mengakui ketuhanan rububiyah. Ini mereupakan suatu persediaan manusia boleh menerima Allah s.w.t. sebagai tuhan yang mencipta dan memelihara alam.

Alami dari sudut kerasulan
Islam adalah sebuah agama yang bersifat alamiah iaitu sesuai kepada semua masyarakat dunia ini. Islam disebarkan ke seluruh alam ini untuk diamalkan oleh semua manusia tidak mengira bangsa atau keturunan. Oleh sebab itu Islam diperintahkan untuk manusia seluruh alam.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Surah al Anbiya: 107).

Alami dari sudut sosial
Demikian juga ajaran Islam menggalakkan supaya manusia saling berkenalan dan berhubung mesra antara satu sama lain untuk mengembang luaskan lagi ajaran agama Islam. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah sebuah agama yang bersifat alamiyah.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(Surah al Hujurat: 13).

Alami dari sudut hukum
Masyarakat dunia dapat menerima hukum Islam sebagai peraturan hidup tetapi oleh kerana kesombongan mereka sahaja yang menyebabkan mereka menolak sistem Islam.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga Yang dekat, dan jiran tetangga Yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir Yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;(Surah al Nisa’: 36).


5.7 Kebebasan

Kebebasan akidah
Islam adalah sebuah agama yang bebas. Kebebasan dalam akidah. Mereka boleh memilih agama yang mereka inginkan. Oleh kerana itu di dalam al Qur’an disebut tentang tidak ada paksaan dalam beragama.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah al Baqarah: 256).

Ayat berkenaan Allah s.w.t. telah menjelaskan tentang yang benar dan yang salah maka terpulanglah kepada manusia untuk menentukannya sama ada ingin beriman kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya. Jika mereka memilih Allah s.w.t. maka mereka akan selamat. Jika mereka memilih taghut, mereka akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat.

Bagi manusia yang mengongkong diri mereka dengan nafsu dan buta fikiran mereka akan memilih jalan yang salah.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.(Surah al A’raf: 179).

Kebebasan peribadi
Islam mengajar manusia membebaskan diri mereka dari pengaruh nafsu kebinatangan. Mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang bersumberkan kepada al Quran dan al Hadith. Minda orang Islam adalah bebas dari dipengaruhi kebendaan duniawi semata-mata tanpa memikirkan tentang kehidupan yang abadi di akhirat.

Mengikut hawa nafsu secara melulu itu bukanlah ertikan kebebasan yang sebenarnya kerena apabila kita melihat mereka yang hidup bebas terjebak dengan gejala dadah, zina, rompak dan sebagainya akhirnya mereka sendiri yang menerima padah.

Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan diri itu ialah membebaskan diri dari kongkongan hawa nafsu kerana nafsu itu sendiri menyuruh kepada kejahatan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: "Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Surah Yusuf: 53).

Kebebasan masyarakat
Islam memberi kebebasan dalam masyarakat. Masyarakat Islam sentiasa dibimbing oleh al Quran dan al Hadith supaya mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain. Saling hormat menghormati antara satu sama lain. Hidup dalam masyarakat Islam adalah suatu kehidupan yang membahagiakan. Mereka hidup saling tolong menolong antara satu sama lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.(Surah al Baqarah: 177).

Ayat di atas menggesa kepada umat Islam supaya saling bantu membantu sesama umat Islam dengan memberi makanan kepada sesiapa sahaja yang semua ini akan menjadikan masyarakat harmoni. Dari sinilah wujudnya kebebasan dalam masyarakat kerana tidak ada unsur dendam, dengki, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

Kebebasan dalam pemerintahan
Islam menggalakkan umatnya bersifat adil dalam pemerintahan. Mereka yang menjalankan urusan pemerintahan akan sentiasa melakukan keadilan kepada rakyat semata-mata kerana menjalan perintah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat.(Surah al Nisa’: 105).

Ayat ini diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu'mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu'mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahwa yang mencuri barang itu orang Yahudi. Hal ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu'mah kepada Nabi s.a.w. dan mereka meminta agar Nabi membela Thu'mah dan menghukum orang-orang Yahudi, walaupun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu'mah, Nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu'mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi. Ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran negara pemerintah sentiasa menjalankan hukum dengan adil untuk menjamin kebebasan dalam pentadbiran.

Kebebasan dalam beragama
Islam tidak peranah memaksa dalam beragama. Mereka yang tidak muslim akan dilayan sebagai rakyat. Walaupun mereka kafir zimmi mereka akan tetapi hidup aman dan damai dalam negara Islam dengan syarat tidak membahayakan masyarakat Islam yang lain.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.(Surah al Mumtahanah: 8).

5.8 Kesederahanaan

Islam adalah agama yang sederhana (wasatiah). Islam bukanlah agama pelampau seperti dakwaan sesetengah musuh Islam yang menganggap Islam adalah agama pengganas. Ajaran Islam tidak pernah mengajar umatnya berkelakuan ganas, bunuh diri, bom diri sendiri dan sebagainya. Islam sentiasa mencari jalan tengah. Harmoni. Bertimbang rasa. Kasih sayang sesama insan.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).(Surah al Baqarah: 143).

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.(Surah al Nahl: 90).

5.9 Saintifik

Islam tidak menolak sains dan teknologi asalkan tidak bercanggan dengan ajaran al Quran dan al Hadith. Dalam sejarah pencapaian Tamadun Islam 1,400 tahun yang lalu kemajuan umat Islam banyak mengambil dari pencapaian umat-umat yang lalu. Melalui kajian yang dijalankan maka lahirlah sains teknologi Islam, matematik Islam, perubatan Islam, kimia Islam dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharam-kan perbuatan-perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata atau Yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan tidak ada alasan Yang benar; dan (diharamkanNya) kamu memper-sekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak mengetahuinya.(Surah al A’raf: 33).

Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui.(Surah al A’raf: 32).

Ini menunjukkan bahawa Islam sentiasa memberi galakan kepada umat Islam supaya sentiasa memanfaatkan pemberian Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bersyukur terhadap pemberianNya. Sesungguhnya pemberian Allah s.w.t. di akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com